Pages

Sunday, 29 July 2012

GAJI KAKITANGAN KUIN BELUM DIBAYAR BUKTI JAMIL TIPU SOAL KRISIS KEWANGAN KUIN

Dalam artikel saya yang lalu , seperti yang dijangka setelah Jamil terpaksa mengarahkan untuk membayar semua tunggakan potongan gaji kakitangan yang tidak dibuat KUIN setelah namanya terkenal diseluruh dunia kerana bersikap biadap tidak menjaga kebajikan kakitangan KUIN. Itu pun setelah kakitangan KUIN mengadakan demonstrasi besar-besaran mendesak jamil meletak jawatan.

Impak kepada tersebut, kini gaji kakitangan KUIN bagi bulan Julai menghadapi masalah. Kerana takutkan piket dan demo kali kedua kakitangan , Jamil terpaksa mengarahkan agar gaji kakitangan gred 45 ke bawah dibayar terlebih dahulu manakalan gaji kakitangan gred 45 ke atas sehingga kini belum dibayar. 

Fenomena ini sekali lagi membuktikan Jamil dan Azizan menipu rakyat tentang kondisi krisis kewangan KUIN yang semakin parah.

Walaupun gred 45 keatas agak tinggi gaji mereka berbanding pekerja bawahan , namun mereka juga manusia yang ada anak dan keluarga dan perlu melangsaikan pelbagai hutang dengan pihak ketiga. Kesian kakitangan KUIN yang tak masuk gaji lagi. Jamil , sanggup dan tergamak kau buat mereka cam tu.

Jamil tiada pilihan melainkan pada Rabu yang lalu , Jamil sendiri pergi ke PTPTN untuk mendesak agar PTPTN membayar lebih awal dari jadual bagi menyelesai krisi kewangan KUIN. isyhhhhhh isyhhh , macaman ni ? Pakatan Rakyat minta memansuhkan PTPTN , tapi Jamil merayu PTPTN bayar awal. kalaulah tanpa PTPTN, mungkin malapetaka besar akan melanda KUIN. So tindakan KUIN yang amat terdesak bergantung dengan PTPTN membuktikan kecelaruan manifesto pakatan rakyat