Pages

Monday 9 July 2012

ARKIB : RENTETAN DEMONSTRASI TAHFIZ AL QURAN MELEDAK KEZALIMAN JAMIL


Demo diadakan kerana pihak pengurusan KUIN melalui sepucuk surat kepada pengetua asrama pada ketika itu telah mengarahkan sebahagian pelajar tahfiz agar mengosongkan sebahagian Blok bangunan untuk memberi laluan kepada penempatan Sekolah Bestari.
1 APRIL 2011 : Selepas menunaikan solat Jumaat sekumpulan pelajar dan pensyarah tahfiz telah mengadakan demonstrasi aman bagi menuntut semula bangunan tahfiz yang telah dirampas untuk pembangunan Sekolah Insan Bestari hingga menyebabkan sebahagian pelajar Tahfiz diarah keluar dari asrama mereka. Himpunan ini turut melibatkan Saudara Faiz Arsyad (Presiden MPM), dan beberapa orang exco MPM yang turun bersama memperjuangkan hak kuliah tahfiz.
3 APRIL 2011 :  Rentetan daripada demonstrasi aman tersebut Ustaz Mohamad Idrus Bin Ismail telah dilucutkan jawatan selaku Timbalan Dekan Kuliah Al-Quran,kerana turut terlibat dalam demonstrasi bantahan pembinaan Sekolah Insan Bestari dan didapati bersalah oleh Panel Penyiasat kerana mengeluarkan kenyataan media. Dekan (Dr Azharuddin bin Sahil) juga turut didapati bersalah oleh Panel Penyiasat kerana mengeluarkan kenyataan media namun tidak ada sebarang tindakan yang diambil ke atasnya.
: Pada 9.00 malam Barisan MT dan Exco MPM bersidang, berbincang mengenai isu permasalahan yang di hadapi oleh pelajar Kuliah al-Quran. Kata sepakat dicapai untuk menghantar surat rundingan antara MPM, Rektor dan Menteri Besar. Namun usaha ini gagal kerana Pihak Rektor dan Menteri Besar enggan bertemu MPM.
4 APRIL 2011 : MB Kedah Mengeluarkan kenyataan akhbar,beliau menyatakan kekesalan kerana menerima surat berbaur ugutan daripada pensyarah kuliah tahfiz
5 APRIL 2011 :  Apabila diteliti segala sumber, surat yang diterima oleh MB rupanya merupakan laporan palsu yang diberikan oleh Dekan Kuliah Al-Quran (Dr. azharuddin bin Sahil). Oleh itu, pada hari yang sama juga Dekan Kuliah al-Quran telah menghantar surat penafian laporan pertama yang beliau beri kepada MB, dan keluar kenyataan media bahawa 'Dekan Kuliah Quran Memohon Maaf’.
: Seperti biasa, Mohd Aiman Razab (Peng.Biro Penerangan) mengadakan speaker corner untuk melakukan penerangan isu kuliah tahfiz dan bukumappixc serta isu-isu berbangkit kepada mahasiswa, namun telah dihalang oleh pihak HEP iaitu Encik Ikhmal, berlaku sedikit ketegangan apabila pihak HEP menuduh Saudara Aiman tidak mengikuti prosuder KUIN.
6 APRIL 2011 : Faiz Arsyad, Azlan Mat Zain dan Mohd Aiman Razab telah mengeluarkan kenyataan akhbar menggesa pertemuan dua mata antara Menteri Besar, Dato' Rektor dan Kuliah al-Quran tanpa kehadiran orang perantaraan dan juga memberikan mengenai beberapa isu dalaman yang berkaitan kebajikan mahasiswa.
7 APRIL 2011 :  Telah berlaku satu cubaan membakar pejabat HEP dan sehingga kini suspek tak dapat dikenal pasti dan MPM mengesyaki ini adalah salah satu provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memanipulasikan isu yang berlaku.
21 APRIL 2011 :  Timbul cadangan di peringkat tertinggi KUIN agar Diploma Tahfiz al-Quran dipindahkan kepada Yayasan Islam kedah (YINK) manakala bagi Ijazah dan Master akan kekal di KUIN. Ini ada bertujuan untuk mengeluarkan kesemua staf tahfiz (18 orang) dari KUIN sebagai hukuman terhadap demo yang diadakan.
23 APRIL 2011 :  6 Mahasiswa kita, Faiz Arsyad, Aiman Razab, ZukhiLatif, Ahmad Remy, Mohd Farhan dan Mohd Azlan telah menerima 'Surat Cinta' daripada pihak pentadbiran menggesa mereka memberikan surat tunjuk sebab dan perbicaraan tatatertib berkenan keterlibatan mereka dalam demonstrasi, mengeluarkan kenyataan akhbar, dan memberikan ucapan menggunakan pembesar suara (speaker corner).
30 APRIL 2011 :  MPM bersama ITQAN mengadakan solat hajat perdana agar Diploma Tahfiz tidak dikeluarkan daripada KUIN.
2 MEI 2011 : Beberapa Exco MPM dan ITQAN mengadakan Roudtour setiap asrama bagi penjelasan isu dan meraih sokongan mahasiswa terhadap isu Tahfiz
11 MEI 2011 : 6 Mahasiswa yang telah menerima 'Surat Cinta' daripada pihak HEP, telah menghantar surat bantahan terhadap surat  HEP kerana tidak mematuhi prosiding mahkamah dan 'Surat Cinta'  HEP pertama tidak sah!
15 MEI 2011 : 'Surat Cinta'  iaitu surat tunjuk sebab dan perbicaraan tatatertib daripada pihak pentadbiran yang ke dua di proses dan di hantar semula kepada 6 mahasiswa kita,mereka dikehendaki memberi maklum balas dalam tempoh 14 hari.
18 MEI 2011 : Mohd Aiman Razab wakil daripada seluruh mahasiswa KUIN menghantar memorandom 'selamatkan idealisme mahasiswa kepada S/U Pejabat PAS pusat meminta agar Presiden PAS menasihati Kerajaan Negeri Kedah agar bersikap rasional dan adil dalam menangani isu-isu kampus yang berlaku.

21 APRIL 2012 : Mesyuarat Lembaga Pengarah KUIN yang dipengerusikan oleh MB memutuskan untuk meminjam secara paksa seramaI 18 orang staf Kulliyyah Al-Quran ke Yayasan Islam Negeri Kedah selama 2 tahun. Arahan itu dibuat hanya melalui sepucuk surat dan dengan secara paksa. Ini adalah sebagai hukuman dari pihak KUIN terhadap staf tahfiz yang mempertahankan bangunan milik tahfiz daripada diambil alih oleh Sekolah Menengah Insan Bestari.