Pages

Sunday 22 July 2012

SKIM PERKHIDMATAN BARU KUIN ALA KRONI JAMIL BAKAL DIPERKENALKAN

Mungkin ramai daripada kita tidak menyedari bahawa sekarang satu penggubalan skim perkhidmatan baru akan digunakan di KUIN. Apa sandaran dan rujukan skim baru ini? Tapi yang pasti skim ini digubal dengan diketuai oleh rakan kroni kanan Jamil iaitu Mr Romliy.

Skim baru ini dijangkakan akan menyatukan skim bagi KUIN dan Insaniah Holdings.

Persoalannya , jika skim baru dibuat :

1. Adakah kakitangan KUIN akan diberikan opsyen memilih skim perkhidmatan yang baru?
2. Adakan kakitangan Holding sanggup untuk turun gaji bagi menyamakan gred gaji antara KUIN dan Insaniha Holdings?
3. Adakah skim baru ini akan menguntungkan arga kerja KUIN atau hanya menguntungkan Holdings sahaja?
4.Adakah skim baru ini dirangka untuk memastikan bermaharaja lela lagi golongan zalim dan menindas orang bawahan?

Apa pun , skuad BERSIH KUIN akan memastikan kebajikan kakitangan KUIN tetap dipertahankan dan mendapat pembelaan walaupun terpaksan menggunakan perundangan sekali pun.

Jangan tunduk kepada orang zalim , bak kata Us Azki  di dalam demo yang lalu " berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim itu adalah jihad yang paling besar"