Pages

Sunday 8 July 2012

DEMI KEBAJIKAN STAF KUIN : PEGUAM 'BERSIH TEAM' NASIHAT GUNAKAN KUASA PERUNDANGAN

Pada 28 Jun yang lalu pihak BERSIH TEAM bersama dengan En Yusuf telah mengadakan rundingan dengan KUIN yang diwakili Sayuti di Pejabat Perhubungan Perusahaan Kedah, Anak Bukit. Tujuan tersebut supaya En Yusuf diambil kerja semula kerana penamatan perkhidmatan beliau tidak sah kerana beliau telah pun menandatangani opsyen 60 tahun , namun dipertengahan jalan KUIN membatalkan opsyen tersebut tanpa mendapat persetujuan beliau,apatahlagi beliau masih menanggung isteri, anak dan ibunya.

Setelah cara rundingan gagal, perbincangan dengan peguam BERSIH TEAM telah dijalankan dan kes ini nampak lebih memihak kepada en Yusuf dan BERSIH TEAM bersetuju  untuk membawanya ke Mahkamah dalam masa terdekat.