Pages

Wednesday, 30 January 2013

AZIZAN MELALUT DENGAN MAKLUMAT PALSU JAMIL

Dalam ucapan perasmian kampus yang tak lengkap kemarin Azizan seperti biasa akan membandingkan Insaniah dulu dan sekarang. Ayat biasa yang dia kata adalah 'dulu ada 7 program yang hanya tumpu pada pengajian Isalm tapi kini ada 48 program'. Azizan sepatutnya kena bagi tau hadirin jumlah setiap pelajar yang ada dalam 41 program pengajian tu jika dibandingkan dengan 7 program yang asal. Jawapannya bagai langit dan bumi. bahkan ada program yang langsung tak dapat student walau dah 4 tahun.

Azizan juga kata pembinaan kampus Insaniah tidak minta bantuan kerajaan pusat. Sedarkah Azizan yang Insaniah tu kerajaan negeri punya. Kalau minta kat Pusat pun depa tak akan bagi pasai itu tanggungjawab kerajaan negeri.

Azizan dengan bangganya berkata kerajaan buat pinjaman bank dan terima kasih kat bank2 yang bagi pinjaman. Cara Azizan cakap tu macam pinjaman bank tak kena bayaq dan bayaq tu pulak akan guna duit rakyat sebanyak lebih kurang RM 45j setahun. Harap-harap kerajaan Kedah tak bankrup la lepas ni. Apapun yg Azizan cakap tu semuanya maklumat yang dibagi oleh kekasih dia Jamil.

Hebat mcmanapun kampus baru staf Insaniah dok mcm tu jugak tiada kenaikan gaji, tiada bonus dan tiada potongan gaji dibuat ke bank. Tahniah pada staf yg profesional bertungkus lumus semasa hari perasmian