Monday, 12 November 2012

PROGRAM IJAZAH TAHFIZ AL QURAN KUIN TIDAK SAH

Sumber :
Bernama 
Sinar
Utusan
Kosmo online
Mstar online
Malaysian Digest.com
Malay smart.com
Shafie Nor.blogspot
Kamerakupang.blogspot





ALOR SETAR — Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia (PSSPGM) Kedah hari ini membuat laporan polis berkaitan program ijazah Sarjana Muda Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat ijazah Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang didakwa masih tidak mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Bendahari Kehormat PSSPGM, Abi Norzuwadin Abdullah berkata, laporan polis itu dibuat kerana kecuaian Kuin menawarkan kursus yang masih belum mendapat pengiktirafan MQA.

Walaupun masalah pengiktirafan itu belum selesai, Kuin tetap membuat pengambilan kedua untuk kursus sama, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, di sini hari ini.

"Saya difahamkan seramai 30 pelajar sedang mengikuti kursus pengajian dalam bidang tersebut. Saya harap isu ini diselesaikan segera,” katanya. — BERNAMA