Monday, 12 November 2012

GAJI JURUTUNJUK BULAN OKTOBER BELUM MASUK ... DURJANA SUNGGUH JAMIL !

12 Nov -  Sehingga saat ini walaupun waku pejabat tamat dan esok cuti depavali namun gaji juru tunjuk Kuliah Quran sehingga kini belum dibayar. Itu pun rabu ini mereka dikerah untuk hadir ke pejabat untuk tujuan berkaitan urusan keputusan peperiksaan pelajar.

Gaji bulan oktober tak masuk lagi walupun dah tengah bulan november tapi tak ada hati  perut  nak suruh orang buat kerja tapi upah tak bayar... bukan kah durjana namanya !!!!

Memang zalim jamil dan kuncunya  ni . Gaji Jamil hampir 20 ribu sepatutnya jangan dibayar lagi sampai semua jurutunjuk dibayar.

jamil ingat !!!! walaupun jurutunjuk gaji hanya 1,000.00 lebih tapi mereka ada tanggungjawab nak hidup bayar hutang bank, nak bayar sewa rumah , bil-bil...

Mereka juga sehingga kini tak dibuat caruman KWSP dan tiada slip gaji walaupun sudah berkhidmat melebihi 5 tahun di Kuliah Quran KUIN.