Pages

Friday 16 November 2012

KUIN DIBAWAH PENTADBIRAN JAMIL GUNA DOKUMEN PALSU : BERITA HARIAN

Badan Bertindak Anti Penyelewengan Kedah mendedahkan dokumen palsu ciptaan Jamil

Sumber :
Berita Harian 

Kulim: Badan Bertindak Anti Penyelewengan Kedah mendedahkan tindakan pengurusan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) memfailkan minit mesyuarat palsu sebagai dokumen bukti di Mahkamah Tinggi Alor Setar.

Ia difailkan sebagai bukti defendan dalam kes tuntutan saman RM1.5 juta oleh Shake Cuisine Sdn Bhd (Shake Cuisine) selepas KUIN gagal menjelaskan bayaran penyediaan penginapan dan pengangkutan pelajarnya di Sungai Petani.

Pengerusinya, Khairul Anuar Ramli, berkata tindakan KUIN membuktikan pengurusannya sanggup melakukan apa saja termasuk menyeleweng bagi menutup kesalahan serta kelemahan sendiri.

Berdasarkan rekod, beliau berkata minit mesyuarat palsu bertarikh 14 Oktober 2009 itu disediakan Setiausaha Kanan Rektor KUIN, Kamaliah Osman atas arahan Timbalan Rektor (Hal Ehwal Awam) KUIN, Prof Madya Zakariya Man, sebelum ditandatangani sendiri Rektor, Prof Datuk Dr Jamil Osman.

Katanya, ia diakui sendiri Kamaliah melalui satu surat akuan bersumpah bertarikh 8 Ogos 2012 yang dibuat selepas minit mesyuarat itu dirujuk dalam perbicaraan kes saman antara Shake Cuisine dan KUIN di Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 31 Julai dan 1 Ogos lalu itu.

Dalam surat itu Kamaliah mengakui minit mesyuarat berkenaan adalah rekaan semata-mata dan dibuat atas arahan Zakariya yang sebelum itu menerima arahan daripada Dr Jamil.

Tindakan KUIN bukan saja terbukti menyeleweng. Malah, seolah-olah cuba mempersenda institusi perundangan negara.

Justeru, saya harap Dr Jamil selaku Rektor KUIN bertanggungjawab dengan melepaskan jawatan kerana beliau tidak layak menerajui kolej universiti berasaskan pengajian Islam itu. Turut digesa berbuat demikian Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, katanya.

Berdasarkan perjanjian antara KUIN dan Shake Cuisine yang ditandatangani dari Januari 2009 hingga Disember 2011, syarikat itu dipertanggungjawab menyediakan penginapan kepada 300 pelajar Kulliyyah Multimedia dan Kreativiti di Kampus Sungai Petani di Bandar Laguna Merbok dengan bayaran keseluruhan RM2.1 juta.

Bagaimanapun, KUIN hanya membuat bayaran bagi satu semester, iaitu bagi enam bulan pertama sebanyak RM360,000, disusuli pembayaran seterusnya sebanyak RM176,800. Selepas itu, KUIN tidak lagi membuat bayaran bermula Januari 2010 hingga Disember 2011 sebelum Shake Cuisine mengambil tindakan undang-undang.