Pages

Monday 19 November 2012

WAHAI JAMIL :JIKA ISU MINIT PALSU FITNAH SILA SAMAN

20 Nov - Jika kenyataan dan laporan polis yang dibuat oleh Presiden badan Bertindak Anti Penyelewengan Kedah dianggap fitnah dan hanya menjatuhkan reputasi Jamil, pihak kakitangan KUIN mencabar Jamil untuk memfailkan saman kepada En Khairul Anuar Ramli, Presiden badan Bertindak Anti Penyelewengan . Jamil perlu membersihkan namanya dan nama KUIN kerana memalsukan dokumen rasmi KUIN sehingga melibatkan institusi perundangan negara iaitu Mahkamah Tinggi ketika kendalian kes saman Syarikat Shake Cuisine Sdn. Bhd. baru-baru ini

Jamil dilihat sudah tidak berdaya menepis semua desakan daripada segenap lapisan masyarakat kerana telah melakkukan kesalahan yang boleh mellibatkan jenayah dan boleh dihukum penjara . Kes ini boleh disabitkan di bawah Jenayah Komersial kerana berniat untuk menipu atau boleh disabitkan menghina Mahkamah kerana disabitkan memberi kenyataan palsu dengan menggunakan minit palsu di dalam Mahkamah Tinggi Alor Setar.