Wednesday, 7 November 2012

KUIN SUKA BAYAR DENDA KWSP DARI BAYAR CARUM KWSP PEKERJA

Rupa-rupanya Pengurusan Kewangan KUIN sekarang lebih berminat membayar denda kepada KWSP dari menjelaskan caruman bahagian majikan.  Maklumat  yang perolehi menjelaskan bahawa setiap kali didenda adalah sebanyak  RM20 ribu oleh itu caruman bahagian majikan tidak dibayar kepada kepada  KWSP walaupun potongan dilakukan pada gaji staf.   Ada staf yang gagal untuk mengeluarkan KW2 untuk  membayar pendahuluan pembelian rumah disebabkan caruman kepada KWSP tidak dijelaskan.

Begitu juga potongan kepada Tabung Haji sehingga hujung Oktober 2012 didapati  pembayaran kepada TH hanya sehingga Jun 2012, bayangkan betapa ruginya kita staf KUIN dianiayai oleh Jamil dan konco-konconya.  Kenapa caruman staf Holdings telah dibayar sehingga September 2012, apa bisnes dan  keuntungan  staf holdings ni?

Dengar cerita ada seorang kakitangan atas disponsor bercuti ke Legoland...betul ke? Kita dah dapat maklumat siapa dia tue, dulu kerjanya di mana kenapa diarah letak jawatan tempat kerja lama, apa hubungan dengan Jamil dan kenapa Jamil ambil dia kerja di KUIN.  Cukup-cukup la dengan kesilapan yang dibuat dulu jangan diulangi di KUIN..

Ingat kami tak akan biarkannya.