Pages

Tuesday 20 November 2012

JAMIL BERI SIGNAL PROJEK KONVO KHAS ADALAH PROJEK GENG BERUK PANJAT POKOK CERMAI


Semua kakitangan KUIN dah mula bercakap soal integrity Jamil sebagai pengemudi KUIN.

Ketika mesyuarat konvo khas KualaKetil yang  diadakan pada Selasa yang lalu (19  Nov) … tetiba Dekan Kuliah Muamalat dengan berani mengutarakan soalan diakhir sesi perjumpaan hampir dengan maghrib antara Jamil dan Ketua-ketua Jabatan dan AJK .

Dekan Tanya , yang dok rancang majlis yang sangat grand nie KUIN adakah duit ? Soalan yang pendek tetapi membuatkan Jamil tergamam dan tak tahu nak jawab….. Jamil cuma kata , MB Azizan yang suruh buat , so Jamil buat saja lah…. (Rupanya betullah apa yang dikatakan admin, sebenarnya MB dah takut kalah dlam pilihanraya atau dia tak kekal sebagai MB, takut bila dia tak ada, kampus Kuala Ketil akan terkubur, jadi kenalah juga buat konvo khas dan perasmian kauala Ketil dan libatkan Agong)

Semua staf KUIN tahu KUIN dah banyak hutang tak dibayar… di Jabatan Bendahari bertimbun timbun cek tak dilepaskan bernilai jutaan ringgit kerana KUIN tak ada duit