Pages

Sunday, 23 September 2012

DEKAN AL QURAN PERLU SEDAR KEPENTINGAN MENDAPATKAN MQA SEBELUM BERGRADUAT

Bapak Dekan Kuliah Al Quran perlu sedar di Malaysia membutuhkan pengiktirafan MQA amat penting demi  masa depan pelajar di universitas KUIN.

Bapak Azharudin bisa merujuk soalan lazim MQA seperti pautan ini

1.    Saya sedang mengikuti satu program pengajian di sebuah institusi. Kenapa program pengajian tersebut tidak terdapat dalam MQR?
Ini bermakna program pengajian tersebut belum atau tidak diakreditkan oleh MQA atas beberapa sebab tertentu iaitu:
  • program pengajian tersebut baru dimulakan dan belum mencapai tempoh matang untuk penilaian akreditasi MQA. Penilaian akreditasi akan dijalankan apabila pelajar kohort pertama berada di tahun akhir pengajian;
  • program pengajian tersebut sedang dalam proses penilaian perakuan akreditasi MQA;
  • program pengajian tersebut gagal memperoleh perakuan akreditasi MQA atas alasan-alasan tertentu; atau
  • tiada permohonan untuk mendapatkan akreditasi daripada pihak PPT. Untuk makluman, permohonan akreditasi adalah secara sukarela dan terpulang kepada sesebuah institusi untuk memohon.
2.    Apakah kesannya jika seseorang pelajar mengikuti program pengajian yang tidak mendapat akreditasi penuh MQA?
Kesan utamanya adalah tiada jaminan kualiti yang dapat diberikan oleh MQA terhadap program pengajian tersebut. Selain itu, pelajar mungkin menerima kesan-kesan lain daripada pihak yang menggunakan perakuan akreditasi MQA sebagai syarat untuk:
  • memohon melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti mana ditetapkan oleh PPT tempatan atau luar negara;
  • memohon pemindahan kredit seperti mana ditetapkan oleh PPT tempatan atau luar negara;
  • memohon mendapatkan bantuan kewangan atau kemudahan pinjaman pendidikan seperti mana ditetapkan oleh pemberi pinjaman; atau
  • dipertimbangkan berkhidmat di sektor awam atau swasta seperti mana ditetapkan oleh JPA atau majikan swasta.