Pages

Thursday 20 September 2012

BERITA KONVO 13 % : WARIS KELUAR KENCING TAK BOLEH MASUK DEWAN

Pihak admin blog mendapat aduan menerusi email daripada graduan yang memaklumkan bahawa ada di kalangan waris yang memenuhi dewan semenjak 7 pagi lagi kemudian bila dah tunggu lama nak terkencing , maka mereka keluarlah untuk kencing. lepas kencing nak masuk dewan balik tak boleh dan dihalang kerana kononya mengganggu perjalanan konvo 13 %.

Admin tak pasti bagaimana Mr F mengendalikan konvo sebagai 'flour manager'. Sehinggakan waris merungut hampa kerana gagal melihat anak mereka berada di persada pentas konvo sedangkan bayar duit yuran sampai RM230.

Kesian pak cik dan makcik. Nak buat macamana dah nak terkencing , kenalah keluar kencing pada tempatnya (kamar kecil). Kalau ada undang-undang boleh kencing dalam dewan mungkin waris dah buat dah macam tu. Tapi tak kan kot kencing dalam dewan tak mencemarkan majlis sebaliknya keluar dewan untuk kencing dan masuk balik boleh mencemarkan Majlis. Mr F kena tanya prokol Istana Negara.