Pages

Wednesday 12 September 2012

KERETA AZIZAN DI KMC SEHARI SELEPAS PENGERUSIKAN MESYUARAT LEMBAGA KUIN


Kereta Azizan (KBV 8) boleh dikenakan tindakan disiplin kerana parking ditempat yang menyalahi undang-undang

13 Sept - Pada sekitar jam 6.30 petang semalam Skuad BERSIH KUIN sempat mengambil gambar kereta rasmi MB Azizan (KBV 8) yang di letakkan di tempat larangan parking garis kuning di belakang Kedah Medical Centre (KMC) petang tadi. 

Bila ada kereta mesti ada tuan punya kereta. Takkan lah Azizan benarkan kereta rasmi Kerajaan Kedah digunakan oleh kakitangannya untuk kegunaan bukan rasmi Kerajaan .
Apa pun kewujudan kereta tersebut  telah menguatkan lagi apa yang telah dikisahkan oleh admin blog bahawa kesihatan dan keuzuran Azizan sudah tidak relevan menjadi MB Kedah dan perlu melepaskannya dengan segera. 

Semalam Azizan kelihatan di KUIN dalam keadaan yang tidak bermaya apabila dilihat cara berjalan, langkahan kaki, susuk tubuh yang agak membengkak.

Skuad BERSIH KUIN mendoakan Azizan sihat. Jagalah kesihatan. Tinggalkanlah jawatan. tumpukan kepada kesihatan. Tentang Jamil tak mengapa , kami kakitangan KUIN boleh menjaganya dengan baik.