Pages

Monday 24 September 2012

KRISIS KEWANGAN KUIN DAN PELINGKUP INSANIAH HOLDING : BANGUNAN STARGATE TAK BAYAR SEWA ANTARA 6 HINGGA 9 BULAN

Sebahagian bangunan stargate yang disewa tak bayar

25 Sept - Pihak KUIN dan Pelingkup Insaniah Holding  didapati tidak membayar sewa bangunan  di Stargate antara 6 hingga 9 bulan.. Bangunan tersebut digunakan untuk beberapa kuliah , asrama dan Pejabat Pelingkup Insaniah Holding.

Sewaan bangunan bukan hanya kepada satu individu/syarikat bahkan melibatkan banyak pihak.

Salah seorang pemilik bangunan ditemui admin, yang tidak dibayar sewa bangunan bercadang akan mengambil tindakan mahkamah.

Admin merasa pelik dan sangsi dengan sikap Jamil antara pelajar yang berhutang dan KUIN yang berhutang.
KUIN mengenakan syarat yang sangat ketat kepada pelajar yang tak melunaskan yuran pengajian. Dalam peraturan akademik pun pelajar mestilah menjelaskan Yuran Pengajian dan Yuran berkaitan bagi membolehkan menduduki peperiksaan.  Baru-baru ini graduan yang ingin bergraduat perlu membayar yuran konvo dan menyelesaikan semua yuran pengajian selama di KUIN.

Jamil hanya pandai buat peraturan pada orang , tapi tidak pada diri sendiri. Orang berhutang suruh dan paksa bayar segera., tapi  bila KUIN hutang orang lain, tak mengapa kera Jamil akan menyuruh mereka ikhlas kerana Allah.

Sebagai cadangan jika tak ada duit nak bayar sewa bangunan, cuba fikirkan cadangan ini :
- Potong elaun keraian Jamil
- Separuh gaji Romly CEO Pelingkup Insaniah Holding (0.03 juta sebulan) hendaklah digunakan membayar sewa tertunggak.
- Tutup terus Pelingkup Insaniah Holding
- Jamil letak jawatan bagi orang lain tadbir urus KUIN.