Pages

Tuesday 4 September 2012

10 PELAJAR TAHFIZ YANG DITAHAN REMAN DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN POLIS

Sebahagian waris pelajar yang setia menanti anak-anak mereka
4 September - Alhamdulillah petang ini dengan berkat usaha bersungguh-sungguh tok tok guru ulamak tahfiz dan doa serta solat hajat daripada rakan, waris dan semua , 10 pelajar Tahfiz yang telah ditahan reman selama 6 hari di Pejabat Polis Kota Setar di benarkan keluar dengan jaminan polis.

Sebahagian tok guru tahfiz bertungkus lumus membantu
Mereka yang dituduh mencederakan pencuri yang masuk mencuri barangan mereka di asrama hingga pencuri mati telah dibantu oleh 2 orang peguam yang dilantik.

Turut menanti mereka di Pejabat Polis Kota Setar ialah ibu bapa, sanak saudara dan tok-tok guru tahfiz. Penantian dengan penuh rasa kehibaan dan kesayuan sebenarnya disambut dengan kegembiraan.

Selepas dibebaskan mereka terus menuju ke Maahad Tahfiz bersebelahan  Masjid Sultanah.

Apa yang malangnya kepada 10 orang pelajar KUIN ini , masih tiada kelibat Timbalan Rektor HEP, Dekan HEP dan Timbalan-timbalan Dekan HEP  kelihatan di Balai Polis.KUIN seolah-olah melepas tangan dalam kes ini sedangkan semua 10 orang pelajar ini adalah pelajar KUIN yang berdaftar dengan KUIN dan memiliki no matrik KUIN.