Sunday, 16 September 2012

HARAP KONVO 13 % BERJALAN LANCAR

17 Sept -  Walaupun konvo pada tahun ini mengalami tsunami yang agak besar namun Skuad Bersih KUIN tetap mendoakan agar majlis konvo 13 % berjalan dengan lancar tanpa gangguan dan kepincangan protokol. Itu pun sebab student yang ambil konvo saja. Kalaulah konvo ni hanya untuk Jamil dan kroni , maka skuad BERSIH KUIN tak akan teragak-agak untuk boikot. Tapi kesian student tak bersalah , yang bersalah adalah Jamil yang telah memporak perandakan KUIN.

Beberapa ingatan untuk Mr F  yang telah dimarahi protokol Istana Negara semalam :
- Pastikan gambar Agong ada dalam bilik santapan dan bilik diraja.
- Teks ucapan dan panggilan graduan dekan kena siap, jangan dok tala salahkan HEA
- Kerusi depan sekali bawah depan dewan jangan lupa reserve 7 kerusi bukan 5 kerusi
- MB tak larat jalan sebab sakit, bentara kena make sure jalan pelan-pelan macam Azizan jalan.
- Sidang Media jangan di 'cancel' kan sebab , masa itulah yang paling ditunggu-tunggu

Kalau majlis konvo 13 % caca merba jangan dok salahkan tuding pada Jabatan lain , tetapi sepatutnya Mr F yang menggelarkan dirinya Pengurus Lantai  perlu bertanggungjawab.

Selamat Berkonvo 13 %. Kita akan sentiasa saksikan.