Pages

Tuesday 25 September 2012

TAULAN JUMPA MR SS DAN BAPAK DEKAN QURAN

Taulan
26 Sept - Semalam kelihatan kereta rasmi Taulan memasuki kawasan kampus KUIN Mergong. Beliau seterusnya menaiki ke Jabatan Pendaftar dan bertemu dengan Mr SS dan Bapak Dekan Quran .

Pelik dan ajaibnya Taulan telah mengeluarkan kenyataan akhbar pada hari sebelumnya kemudian baru ke KUIN untuk meminta penjelasan terhadap apa yang berlaku. Lain kali nak keluar statement kena minta penjelasan dulu , baru exco namanya.

Mungkin tujuan Taulan ialah sebagai persiapan Azizan yang bakal berhadapan dengan reporter sebaik sahaja tamat mesyuarat exco petang ini.

Untuk makluman pembaca blog Ijazah Sarjana Al Quran KUIN tidak mendapat pengiktirafan MQA kerana Dekan hingga kini belum lagi menghantar dokumentasi ke MQA untuk tujuan pengiktirafan walaupun pelajar sudah bergraduat. Bila isu meletup barulah Dekan terkebil-kebil untuk menyiapkan dokumen .
Mr SS

Bapak Dekan