Pages

Tuesday 11 September 2012

BERITA KONVO 13 % :GRADUAN KONVO MUNGKIN BOIKOT MAKAN MALAM GRADUASI

11 Sept -  Baru-baru ni Jamil dan kroninya rasa tertampar apabila sebahgian besar kakitangan KUIN memboikot Majlis Aidilfitri yang dianjurkannya. Kini giliran para graduan yang bakal berkonvo pulak akan MEMBOIKOT MAJLIS MAKAN MALAM GRADUASI .

Apa dah jadi ni ? Daripada jumlah 944 orang graduan yang bakal menerima sijil konvokesyen , hanya lebih kurang 37 orang sahaja yang mengesahkan untuk menyertai majlis 'MAKAN MALAM GRADUASI'.

Mungkin jika takut lagi malu sebab bilangan tersebut tidak munasabah dengan perkataan "GRADUASI" , majlis tersebut mungkin akan dibatalkan. Jika dibatalkan maka inilah kemalangan yang besar kerana buat kali pertama dalam sejarah KUIN graduan berkonvokesyen tanpa "MAKAN MALAM GRADUASI".

Antara faktor kemungkinan boikot ini akan berlaku ialah ketidakpuasan hati graduan dengan bayaran yang dikenakan terlalu tinggi mencecah RM 55.00 hanya untuk makan malam di Dewan Mentalon (Dewan dah lah free).

Siapa yang bertanggungjawab ni? Tak kan yang ni pun Jamil nak kena turun padang ?  Nak buat keputusan fikir-fikirkan dulu ya ! KUIN tak dak duit, buatlah cara tak ada duit. Kakitangan tak dapat 13 %, buat konvo pun ala-ala 13 % cukup lah !