Tuesday, 25 August 2015

LUARBIASA TERLAJAK HEBAT REKTOR KUIN SEKARANG!









Berita ini dibawakan daripada KUIN Online News, 25 Ogos 2015.

Kolej Universiti Insaniah (KUIN) bakal melakar sejarah tidak lama lagi.  Hasrat Rektor KUIN untuk menjadikan kolej ini terkenal dan ternama di serata-rata  akan menjadi kenyataan apabila kolej itu bakal mengumumkan pembukaan sebuah taman hidupan liar. KUIN sememangnya berpotensi menjadi sebuah Wildlife Park. Setelah sasaran 9000 orang pelajar tidak kesampaian, Rektornya yang juga seorang pakar ekonomi terulung di rantau ini berhasrat menjadikan kampus tetap KUIN di Kuala Ketil sebagai wildlife park ala ala MINI JURASSIC PARK yang terbesar di Malaysia dan bakal menjadi pesaing kepada Wild Life Park di negara-negara terkenal  di benua Afrika tentunya.  Tanda tanya kakitangan dan orang-orang luar seperti waris kepada pelajar, tetamu-tetamu selain pegawai-pegawai dan orang-orang kenamaan di negeri jelapang padi itu mengapa rumput dibiarkan panjang dan subur bakal terjawab. Sebenarnya rumput dibiarkan panjang untuk tujuan pembiakan haiwan khususnya spesies yang dikatakan kian pupus seperti ular tedung selar (termasuk ular LIDAH BERCABANG), harimau bintang, beruang panda, harimau belang, buaya bermulut panjang, orang utan dan lain-lain spesies haiwan yang bakal menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negeri Kedah khusunya  pelancong-pelancong dalam daerah Baling. 




Rektor KUIN yang  juga memang seorang yang berpandangan jauh telah mempunyai perancangan yang begitu teliti dibantu pakar-pakar penasihat beliau CA, HB dan SS apabila beliau telah menyediakan satu kawasan berhampiran pintu pagar belakang KUIN yang bakal dijadikan kawasan padang pasir ala ala Gurun Sahara, Gobi atau Kalahari yang dilengkapi dengan unta-unta pembodek dan pohon kurma melambai-lambai kepada para pelancong. Kawasan tersebut telah ditambun dengan tanah gersang hasil pemberian derma 1TGB (One Tanah Gersang Bhd) dan tanah tambun waqaf daripada orang luar kepada pihak KUIN khususnya kepada RKI (Rektor KUIN Incorporated).

Sebenarnya, kewujudan taman hidupan liar ala-ala Jurassic Park ini dijangka akan dapat menambah pendapatan KUIN bagi membolehkan kolej itu menjadi Universiti penuh dengan cepat dan Rektor dapat menambah pula pendapatan beliau daripada 45 ribu sebulan kepada 50 hingga 55 ribu sebulan (tengok nasib da). KUIN Online News mengucapkan syabas kepada Rektor KUIN!