Pages

Sunday 9 June 2013

SETINGGI TAHNIAH YB DATO' WIRA SUK DAN YB DATO SFO BARU


Setinggi-tinggi ucapan tahniah dirakamkan kepada YB Dato' Wira Mohd Puat Mohd Ali yang dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah dan telah menerima watikah pelantikan daripada Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, YTM Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit pada 5 Jun 2013.

Biodata ringkas YB Dato' Wira Mohd. Puad Mohd Ali
Berusia 59 tahun, pernah memegang beberapa jawatan penting dalam pentadbiran Kerajaan Negeri termasuk Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri, Timbalan Pengarah UPEN, Timbalan Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani dan Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Investment Centre (KIC).

Beliau juga pernah menyandang jawatan Ahli Lembaga Pengarah Anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri Kedah, Anggota Jawatankuasa Penyusunan Semula Pihak Berkuasa Tempatan Persekutuan, Jawatankuasa Kajian Semula Sistem Saga Persekutuan.  Dilahirkan di Yan mendirikan rumah tangga dengan Datin Wira Dato' Hajjah Che Barni Mohd Noor dikurniakan 3 putera dan seorang puteri.

Tahniah juga kepada Dato' Haji Khazali Din yang dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri di majlis yang sama.

Biodata ringkas YB Dato' Haji Khazali
Berusia 58 tahun, dilahirkan di Jitra pernah memegang jawatan Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kota Setar, Bendahari Negeri, Pengurus Besar Yayasan Islam Negeri Kedah, Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Aquaculture Sdn Bhd, Pegawai Daerah Kuala Muda dan Datuk Bandar Alor Setar.

Staf KUIN penuh yakin dengan gandingan YB Dato' berdua bersama YAB Dato' Paduka Menteri Besar dapat menerajui Negeri Kedah ke arah pentadbiran yang peduli, amanah, telus, integriti dan akauntabiliti.