Pages

Monday 27 August 2012

MASLAH KESIHATAN : AZIZAN PERLU LETAK JAWATAN MB, JAMIL AKAN TURUTI

Bernama melaporkan PAS Kedah perlu mencari pengganti MB kerana kesihatannya amat teruk sehingga banyak program rasmi kerajaan beliau tidak hadir.

Beritakuin.blogspot melaporkan KUIN perlu mencari pengganti Rektor berikutan Jamil pun menghadapi krisis kesihatan dan sokongan kakitangan.

Mari kita baca pautan dan komen daripada rakan dalam Pakatan rakyat iaitu PKR :
(Sumber BERNAMA)


PAS Kedah Wajar Ketengahkan Tokoh Baru Ganti Azizan Pada Pilihan Raya Umum

 SUNGAI PETANI, 27 Ogos (Bernama) -- PAS Kedah wajar mengetengahkan tokoh baharu bagi menggantikan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada pilihan raya umum akan datang berikutan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Ketika membuat saranan itu, bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Zamil Ibrahim berkata Azizan harus akur dengan keadaan kesihatan beliau untuk mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau.

"Masalah kesihatan Azizan menyebabkan beliau tidak dapat menghadiri majlis Hari Rayanya di Seri Mentaloon (kediaman rasmi Menteri Besar) dua hari lepas.

"Pada saya sudah sampai masanya Menteri Besar itu mencari muka baru (menggantikannya) untuk menjadi calon PAS Kedah pada PRU-13," kata Zamil kepada Bernama di sini, pada Isnin.

Sebelum ini, Azizan beberapa kali mendapatkan rawatan katarak mata di samping masalah kesihatan lain dan pernah mengambil cuti namun tidak melantik pemangku.

-- BERNAMA