Pages

Sunday 5 August 2012

KENAPA JAMIL GAGAL BENTANG LAPORAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN KUIN DAN HOLDING

Jamil dan sekutu rapatnya di kalangan Holding sudah dua kali gagal hadir ke dalam mesyuarat Exco kerajaan Negeri Kedah kerana takut membentangkan laporan terkini pengurusan kewangan KUIN dan Holding.

Pihak exco pada mesyuarat yang lalu telah memutuskan memanggil Jamil membentangkan laporan kewangan semasa KUIN dan Holding yang didakwa mengalami krisis kewangan yang sangat kritikal.

Kenapa Jamil tidak dapat menyiapkan laporan untuk dibentangkan kepada exco :
1. Bila dah laporan yang Jamil kelentong Azizan dalam mesyuarat lembaga tak betul dan penipu , jadi Jamil tiba tiba gentar nak bentang dalam exco kerana sedar dia dikelilingi oleh orang yang geliga penipu.
2. Penyata anak syarikat dan Holding tak seiring menyebabkan debit dan kredit lintang pukang
3. Sejak ditubuhkan anak syarikat dan Holding belum pernah laporan kewangan  dihantar kepada Suruhanjaya syarikat Malaysia (SSM) sehinggaka Holding diberi amaran perlu menghantar report sebelum 31 Julai 2012.
4. Jamil menjaga pegawai penjenayah yang dibawamasuknya sebagai Pengurus Kewangan (FC) agar tembelang ala penjenayah yang telah disabitkan Mahkamah Tinggi dapat dilindungi.
5, Azizan sedar kekasihnya Jamil dah ketar nak bentang , lalu Azizan cover line supaya jamil melengah-lengahkan pembentangan.
6. Azizan sedar bahawa KUIN tidak akan dan tidak berupaya untuk berpindah ke Kuala Ketil walaupun kampusnya mampu siap pada masanya kerana masalah kewangan merupakan masalah utama perpindahan Kuala Ketil.
7. Azizan sedar, dia akan malu sebagai seorang Menteri Bohong (MB) Kedah yang telah banyak ditupu Jamil dan Azizan pun dok cakap tipu, kalau Jamil bentang maka exco akan mengetahui memang Jamil dan Azizan bekerja dengan cara tipu.