Pages

Tuesday 14 August 2012

KEBAKARAN DI STARGATE

15 Ogos - Seluruh warga kampus KUIN Stargate  gempar dan terkejut dengan sebuah kemalangan kebakaran yang tidak diduga berlaku pagi ini sekitar jam 8.30 pagi. Aksi terkejut ini mungkin rasa fobia dengan kejadian letupan bom molatof yang pernah melanda pejabat Hal Ehwal Pelajar pada tahun lalu , gara-gara mahasiswa marah kepada Jamil kerana mengambil tindakan menggantung 5 orang mahasiswa KUIN hanya kerana menegur Jamil yang gagal mengus tadbir KUIN secara Islam.

Kejadian kebakaran berlaku di hadapan Blok F asrama siswi Stargate apabila sebuah motor milik seorang siswi KUIN tiba-tiba meletup dan api marak menyala sehingga motor tersebut rentung . Kebakaran yang marak itu turut memusnahkan 2 buah motorsikal yang  berada berhampirannya.

Dua buah kenderaan bomba telah tiba dan proses forensik akan dilakukan bagi mengetahui punca nahas.

Skuan BERSIH KUIN  mengucapkan takziah dan harap pemilik motor bersabar dan jika perlukan bantuan , sila hhubungi kami dengan menggunakan email yang terpampang pada header blog BERITAKUIN.