- Sinar Harian
- Berita Harian
- Malaysiakini
- Bernama
Gerakan saran wujudkan jawatan timbalan MB Kedah
Pemuda
Gerakan Kedah mencadangkan diwujudkan jawatan timbalan menteri besar
bagi memastikan pentadbiran negeri tidak terjejas sekiranya pimpinan
tertinggi kerajaan negeri Kedah tidak dapat berfungsi bagi suatu tempoh
yang panjang.
Ketuanya
Tan Keng Liang berkata cadangan yang memerlukan perkenan Sultan Kedah
itu perlu dikaji dan dipertimbang kerana Undang-Undasng Tubuh negeri
sekarang tidak mempunyai sebarang peruntukan mengenai jawatan itu. "Dalam hal ini, kita harus memahami tiada pihak yang dapat meramalkan masalah kesihatan atau malapetaka lain yang mungkin terjadi ke atas mana-mana menteri besar Kedah, sama ada di pihak Pakatan Rakyat atau BN.
"Sebuah kerajaan negeri yang stabil harus mempunyai peruntukan untuk apa-apa kejadian yang mungkin menimpa pemimpin tertingginya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tan berkata cadangan itu dibuat ekoran keadaan kesihatan menteri besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dikatakan terjejas selepas diserang sakit jantung Julai lalu.
Katanya,
dengan adanya peruntukan bagi jawatan itu dalam peruntukan
Undang-undang Tubuh negeri, jika menteri besar tidak dapat berfungsi
dalam tempoh 30 hari, maka timbalan menteri bsar bolehlah mengambil alih
fungsi mentadbir kerajaan negeri. Beliau berharap kerajaan negeri Kedah dapat meneliti cadangan ini bagi kestabilan pentadbiran pada masa hadapan demi kebaikan rakyat negeri Kedah.
- Bernama