Pages

Tuesday, 7 August 2012

KONVO bersih KUIN 13 % TUNTUT DEPAN AGONG ?

KUIN akan mengadakan konvo yg 14 pada 17 DAN 18 September 2012 dan konvo kali ini akan dihadiri oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Adakah ini masa yang sesuai bagi staf KUIN untuk menyerahkan memorandum untuk memohon Kebawah Duli Tuanku untuk membantu nasib staf KUIN yang telah ditindas oleh rejim Jamil?

Staf KUIN pernah menyerahkan memorandum kepada MB semasa majlis kualiti dan adakah perlu staf KUIN mengadakan perkara yang sama ketika berlangsungnya Konvo ke 13?

Semua persoalan ini bakal terjawab sekiranya staf KUIN tidak mendapat apa sepatutnya yang mereka dapat. Tuanku adalah Canselor kepada KUIN dan Tuanku perlu tahu apa yang berlaku di KUIN ini hingga staf mengadakan demonstrasi pada 3 Julai yang lalu. Staf KUIN percaya Tuanku seorang yang prihatin terhadap rakyat Baginda dan sedia mendengar luahan hati rakyatnya. Staf KUIN percaya sekiranya ini adalah jalan terbaik maka perkara ini akan diusahakan pada konvo yang ke 13 kelak

Staf KUIN diminta terus berdoa agar kezaliman dan penindasan dapat dihindarkan di KUIN ini dan orang yang terlibat dikeluarkan daripada KUIN yang kita sayangi ini