Pages

Sunday 26 August 2012

KUIN KEMBALI SENSASI : ISU SYARIKAT SYAYA NAK BELI KUIN JADI ISU UTAMA MEDIA MASA


27 Ogos  - Setelah sebulan pihak admin berehat bagi menumpukan kepada bulan Ramadhan, kini KUIN kembali sensasi di dada akhbar dan tv 3 apabila semua media turut mengetahui tentang isu email yang dihantar oleh Syaya (bekas CEO Insaniah Holding)  yang ingin membeli KUIN memandangkan KUIN diakui sendiri  menghadapi masalah Kewangan yang sangat kritikal.



Laporan  lanjut boleh klik pada pautan di bawah :
- Malaysiakini
- Sundaydaily

KUALA NERANG 26 Ogos - Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid mendakwa pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) akan diambil alih oleh sebuah syarikat swasta.

Beliau mendakwa kerajaan negeri Kedah telah menerima surat dari sebuah syarikat antarabangsa berkenaan dengan pengambil alihan pengurusan Kuin sejak dua bulan lepas.

"Ada surat menyurat dari syarikat swasta kepada kerajaan negeri Kedah berhubung dengan proses pengambilalihan Kuin dari kerajaan negeri kepada syarikat swasta. 

"Kita minta kerajaan negeri memberi penjelasan mengenai surat tersebut," katanya kepada pemberita pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri dekat sini hari ini.

Beliau berkata, pengambilalihan itu akan memberi kesan kepada pelajar kerana pihak swasta sudah pasti mahu mengaut keuntungan yang tinggi berbanding dengan kerajaan negeri.- BERNAMA