Pages

Tuesday 14 August 2012

PENDEDAHAN EKSKLUSIF : TAKTIK KOTOR JAMIL SUDAH DIJANGKA , SYA'YA MANTAN CEO INSANIAH HOLDING TAWAR BELI KUIN

Inilah taktik perniagaan Jamil dan rakan karibnya Sya'ya (mantan CEO Insaniah Holding). Krisis kewangan yang berlaku KUIN kini adalah disebabkan oleh Sya'ya semasa memagang jawatan CEO Insaniah Holdings yang telah menggunakan kewangan KUIN untuk perbelanjaan Insaniah Holding yang sebenarnya tak pun berniaga. Bila KUIN sudah tenat maka sya'ya lari ke Turki. Bila KUIN semakin tenat ,maka Sya'ya melalui emailnya kepada Jamil telah merancang untuk mengambil 90 % ekuiti KUIN. Bahkan memaklumkan kepada Jamil beliau akan tawarkan kepada kakitangan KUIN agar berada dibawah syarikatnya apabila beliau berjaya membeli KUIN
Azizan menafikan KUIN hadapi masalah kewangan kritikal tetapi terbongkar apabila email Sya'ya mengiyakan bahawa KUIN memang benar-benar kritikal hadapi masalah kewangan yang diciptanya sendiri ketika menjadi CEO Insaniah Holding suatu ketika dahulu

Adakah Sya'ya sudah lama merancang untuk membeli KUIN dengan Jamil? Patutlah hang bagi KUIN lingkup , duit KUIN tak ada terpaksa melutut kepada MBI, SADA , lepas  tu hang dah nampak nak lingkup hang pulak nak beli.

Inilah taktik kotor ahli perniagaan yang mempunyai agenda dalam KUN. 

Kakitangan suruh buat kerja ikhlas tetapi mereka yang ada agenda dengan KUIN.Patutlah bila Exco Kerajaan Negeri minta jamil bentang akaun dan laporan kewangan Jamil gagal membentang hingga hari ni, Jamil sembunyi belakang Azizan agar beliau tak payah bentang. Azizan , !!! kamu tu ustaz, kalau seorang ustaz sokong dan lindungi penzalim, kamu akan terima padah . bencana menimpa kamu bukan di akhirat, kamu saksikanlah doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan atas dunia ni ii.

(Nantikan sambungan kisah Insan Sya'ya dan Jamil)