Pages

Sunday 12 August 2012

PENGLIBATAN TAUKEH BALAK BUKTI KUIN HADAPI MASALAH KEWANGAN TERAMAT SANGAT KRITIKAL

Mereka cuba merahsiakan tentang hal kewangan KUIN.  Itulah akibat buat kerja tak betul dan tidak amanah sehingga apabila Exco buat keputusan supaya Jamil bentangkan laporan kewangan dalam mesyuarat exco sehingga kini Jamil gagal membentangkan laporan kewangan.Kenapa tidaknya, kerana Jamil dah tak boleh lari dengan kesilapan atas kegagalan anak syarikat KUIN yang melingkupkan kewangan KUIN. Lantas seorang taukeh balak pun tetiba sahaja dimasukkan di dalam skrip Jamil dalam menghadapi measlah kewangan KUIN.

Semua warga kerja KUIN berasa amat kesal dengan tindakan Azizan dan Jamil yang telah mengheret penglibatan seorang taukeh balak dalam mencari dana bagi membayar gaji kakitangan KUIN. Kebimbangan kakitangan KUIN adalah kepada sifat integriti dan amanah yang akan tercalar apabila seorang taukeh balak sanggup menyalurkan wang kepada sebuah perbadanan di wisma (M**) sebanyak 2 juta dan seterusnya menyalurkan kepada KUIN.

Adakah taukeh ini benar-benar ada rasa ikhlas hingga sanggup memberi 2 juta? Atau  pasti ada udang sebalik batu dalam pemberian wang tersebut ? Dunia hari ini adalah dunia wang. Pasti ada yang tak kena.

Kita nilailah sendiri kredibiliti dan sikap amanah Jamil dan Azizan . Mungkin nampak sahaja sifar rasuah , tapi  hanya staf KUIN yang mengenali mereka secara dekat.

Pasti PRU 13 ada sesuatu amaran dari Allah.