Pages

Wednesday 1 August 2012

CEO INSANIAH HOLDING BARU ?

1 Ogos - Keadaan semakin mendesak. Kegagalan Insaniah Holding menjalankan amanah Allah semakin terserlah. Sehubungan itu satu pertemuan tertutup jamil dan semua kepimpinan Holding dan anak syarikat KUIN yang dikritik hebat kakitangan KUIN, pihak Kerajaan dan orang ramai telah diadakan di Bilik Mesyuarat HEP jam 9.30 pagi. Kelihatan di dalam mesyuarat tersebut ialah Jamil, Romliy, Insan Mansor, dan ramai lagi kepala-kepala Holding.

Persoalannya adakah perbincangan tersebut lebih menjurus kepada nasib Holding dan anak syarikat yang semakin terpecah tembelangnya sehinggakan Jamil dipanggil untuk memberikan keterangan menyeluruh perkembangan KUIN dan anak syarikat kepada Exco Kerajaan Negeri . Namun menurut sumber, setelah asakan bertalu-talu daripada kakitangan KUIN, kini Azizan pun dah mula tersedak dengan pembohongan Jamil tentang keuntungan Holding sehinggakan ada ura-ura mengatakan supaya Jamil melepaskan jawatan CEO Insaniah Holding kerana dibimbangi konflik interest. Jika ini benar-benar berlaku dan terjadi, mungkin inilah agenda perbincangan utama bagi memilih pengganti CEO Holding yang baru di dalam pertemuan tertutup di bilik HEP pagi tadi. Atau mereka juga  membincangkan hal - hal berkaitan kebejatan Holding yang mereka terpaksa harungi?

Setelah jam 12.30 tengahari kelihatan masing-masing meninggalkan bilik mesyuarat HEP dan ketika itu Jamil dan beberapa orang sahaja orang kuat kanannya terus ke kediaman Azizan di Jalan Sultanah. Apa yang pasti romliy turut kelihatan. Pada jam 2.10 petang kelihatan jamil keluar daripada rumah Azizan (kekasihnya) dan menelefon seseorang , yang berkumunkinan memanggil pemandu untuk mengambilnya.