Pages

Wednesday 8 August 2012

TAUKEH BALAK, AZIZAN, JAMIL DAN GAJI KAKITANGAN KUIN

Mungkin ramai kita bertanya apakah kaitan keempat-empat nama dalam tajuk story kali ini :
" TAUKEH BALAK, AZIZAN, JAMIL DAN GAJI KAKITANGAN KUIN"

Menurut sumber memaklumkan kepada admin berita kuin, punyalah terdesak dengan krisis kewangan yang dialami KUIN menyebabkan seorang taukeh balak telah diheret masuk dalam kancah kewangan KUIN bagi membayar gaji kakitangan KUIN bagi mengelakkan demonstrasi kali kedua berlaku.

Persoalannya :

Benarkah wujudnya taukeh tersebut dalam skrip sandiwara senetron KUIN ini?

Siapakah taukeh tersebut?

Kenapa taukeh balak?

Apa hubungan taukeh tersebut dengan orang yang berkaitan?

Penting sangatkah taukeh tersebut dengan permaslahan kewangan KUIN?

Benarkah taukeh tersebut memasukkan wang sebanyak 2 juta ke dalam sebuah organisasi Perbadanan (M**)sebelum di salurkan kepada KUIN?

Jika semua dakwaan ini benar, amat malanglah KUIN yang mendokong Islam buat kali kedua selepas Karpal Sigh kini Taukeh ?

Renung-renungkan apa yang berlaku dalam KUIN?