Pages

Tuesday 14 August 2012

SOKONGAN KAKITANGAN KUIN TERHADAP GERAKAN BERSIH DITERJEMAHKAN DENGAN KEHADIRAN LUAR BIASA MAJLIS BERBUKA PUASA

Keadaan Restoran Tepi Sungai penuh sesak hingga di saat -saat akhir berbuka

14 Ogos - Pihak Gerakan BERSIH KUIN mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepa semua kakitangan KUIN yang telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa BERSIH KUIN sebentar tadi. 

Kehadiran yang diluar jangkaan mencecah hampir 200 orang membuktikan majoriti kakitangan KUINmenolak pentadbiran Jamil yang banyak mengabaikan kebajikan kakitangan KUIN.  Terdahulu pada Selasa yang lalu , pihak KUIN yang diterajui Jamil juga telah mengadakan jamuan berbuka puasa di kalangan staf dan pelajar namun tiada langsung sambutan daripaa staf yang hadir ke majlis tersebut kecuali mereka yang seperti Mr F.

Jamuan berbuka puasa yang diadakan secara percuma kepada kakitangan KUIN telah berlangsung di Restoran Tepi Sungai Jalan Stadium.

Lebih meriah majlis tersebut dengan kehadiran sanak saudara dan ahli keluarga. Majlis berjalan dengan penuh keriangan dan rasa ikatan ukhuwwah.
Melayan tetamu memastikan hak makanan kakitangan terbela

Penuh kemesraan ukhuwah bersatu kerana penindasan Jamil