Hari ini beberapa kakitangan KUIN telah membuat pendedahan berani disebalik perasmian dan pembinaan Kampus Kuala Ketil yang kononnya menampakkan keprihatinan Azizan dan Jamil terhadap pembangunan , sebenarnya ia adalah hanya satu skrip bagi mengkaburi mata masyarakat terhadap kezaliman dan penindasan terhadap warga KUIN yang sudah lama menderita.
Bagai diikat kakitangan dan mulut , Azizan dan Jamil cuba melobi nak tutup kelemahan pentadbiran KUIN dengan mengerahkan semua tenaga untuk merasmikan segera Kampus Kuala Ketil .
Tapi ramai yang yang tertipu dengan Jamil dan Azizan , sebenarnya disebalik pembangunan kampus Kuala Ketil , kakitangan KUIN hidup dalam keadaan melarat, menderita dan diabaikan hak dan kebajikan :
- Kenaikan gaji dinafikan
- Tiada bonus kepada kakitangan walaupun peruntukan daripada Kerajaan Negeri jelas memperuntukkan bayaran bonus untuk kakitangan 2012.
- Tidak membuat pembayaran kepada bank walupun slip gaji telah dipotong antara 2 hingga 5 bulan, menyebabkan kakitangan KUIN terpaksa menerima surat dan panggilan cinta daripada Bank dan Peguam.
-Kakitangan diwajibkan pindah ke Kuala Ketil namun tiada bayar insentif yang sepatutnya diberikan kepada kakitangan.
-Nama KUIN dan staf di senarai hitamkan di kebanyakkan Bank menyebabkan kesukaran untuk membuat pinjaman.
- Gaji dibayar lewatr sehingga ada yang melepasi bulan seterusnya.
Inilah pentadbiran ala FIRAUN. Pandai buat piramid yang dikagumi dunia tapi atas dasar menzalimi rakyatnya.
KUIN pun sama , pandai buat Kampus Kuala Ketil tapi atas dasar menzalimi kakitangannya.
Sebagaimana Allah menurunkan bala kepada firaun tenggelam dilautan , adakah bala yang sama akan diturunkan pada KUINdi dalam tasiknya sendiri ?