KENYATAAN AKHBAR
Pihak
gerakan BERSIH KUIN yang berjuang membela kebajikan kakitangan KUIN mengucapkan
penghargaan terima kasih kepada semua masyarakat yang prihatin dan sudi untuk
menghulur sebarang bantuan dan pertolongan kepada kakitangan KUIN yang selama
ini menghadapi masalah kebajikan yang tidak dipedulikan.
Merujuk
kepada kenyataan media yang dikeluarkan YB Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
yang ingin menawarkan khidmat guaman kepada kakitangan KUIN yang bakal
dikenakan tindakan disiplin akibat membawa isu kebajikan kakitangan KUIN
sehingga ke pejabat Buruh, pihak gerakan
BERSIH KUIN mengalu-alukan bantuan tersebut.
Pihak BERSIH
KUIN mengalu-alukan ramai lagi orang perseorangan, NGO, pelbagai pertubuhan dan sesiapa sahaja yang mahu membantu kami bagi menuntut
hak-hak kebajikan kami kerana kami sudah membuka pintu rundingan dengan pihak KUIN
terutamanya Rektor, Jamil Osman namun keluhan kami langsung tidak diambil
peduli.
Kami
mengharapkan satu penyelesaiaan yang dapat memberikan kebaikan, kesejahteraan
dan kebajikan kepada kami.
Dalam menghadapi pelbagai krisis ini pihak
kakitangan telah berusaha mengadakan rundingan dengan Jamil agar dapat
diberikan penjelasan untuk penyelesaian kemelut namun Jamil langsung tidak
mengendahkan semua tuntutan kakitangan. Berikut disenaraikan tindakan yang
telah dilakukan kakitangan :
Awal Mei 2012
Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ), sebuah
jawatankuasa yang mewakili semua lapisan kakitangan pelbagai gred jawatan
telah bermesyuarat dan bersetuju untuk mengemukakan memorandum tuntutan
penyelesaiaan hal berkaitan kebajikan KUIN kepada Rektor KUIN.
14 Mei 2012
Pihak wakil kakitangan KUIN telah bertemu dengan
YAB MB Kedah di Kediamannya di Jalan Sultanah jam 8.50 malam. Seramai 6 orang
kakitangan KUIN menyertai pertemuan tersebut bagi menjelaskan isu yang sebenar
yang berlaku di dalam KUIN.
20 Mei 2012
Pihak kakitangan menerusi MBJ telah pun
mengemukakan surat dan memorandum tuntutan penyelesaian hal berkaitan kebajikan
KUIN . Memorandum tersebut disampaikan kepada Rektor KUIN dan di buat salinan
kepada pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah KUIN dan ahli Mesyuarat Tertinggi
KUIN.
30 Mei 2012
5 orang wakil kakitangan KUIN Mohamad Azki, Sajiah,
Tawfek, Asri dan Arif telah mengadakan pertemuan dengan Rektor KUIN pada jam
12.30 pm, namun dalam petemuan tersebut Jamil hanya ingin bertemu dengan
seorang wakil sahaja iaitu Mohamad Azki. Dalam pertemuan tersebut Jamil
memandang dingin terhadap isu yang dikemukakan di dalam memorandum sebaliknya
banyak menyoal tentang 'validility', bahkan selepas perjumpaan dilakukan pada
jam 4.00 petang Mohamad Azki terus ditukar Jabatan Pembangunan Kuala Ketil
melalui surat pertukaran yang ditandatangani oleh Rektor.
19 Jun 2012
Memorandum kedua telah diserahkan kepada YAB MB
Kedah melalui YB Taulan ketika merasmikan Majlis Perasmian Budaya Kualiti KUIN
di Dewan KUIN
20 Jun 2012
Memo telah ditulis kepada Rektor agar segera
mengadakan perjumpaan dengan semua kakitangan KUIN bagi menjelaskan isu yang
berbangkit namun sehingga kini Rektor KUIN langsung tidak memberi tindak balas
dan respon terhadap perjumpaan tersebut.
26 Jun 2012
Disebabkan tempoh sebulan yang diberikan kepada
Rektor KUIN untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji yang tidak dibayar KUIN
kepada pihak ketiga walaupun gaji dipotong di dalam slip gaji , maka beberapa
kakitangan KUIN membuat laporan polis di Pejabat Polis Daerah Kota Setar.
28 Jun 2012
Pihak kakitangan kemudian melakukan rundingan
dengan menjadikan pihak Jabatan Perhubungan Perusahaan Kedah sebagai orang
tengah terhadap kes sebahagian kakitangan KUIN yang di tamatkan perkhidmtaan
tanpa mengikut prosuder yang sah.
6 Disember 2012
20 orang kakitangan membuat laporan Polis di IPD
Kota Setar ke atas pecah amanah Jamil menguruskan kewangan dan potongan gaji
kakitangan KUIN
6 Februari 2013
Seramai 20 kakitangan KUIN mengiringi beberapa
kakitangan KUINmembuat aduan di Jabatan tenaga Kerja bagi memohon agar
diselesaikan isu kebajikan KUIN mengenai pembayaran gaji, pemotongan gaji dan
tonggakan ke Bank yang tak dibayar KUIN walaupun pemotongan di dalam slip gaji
telah dilakukan.
Desakan Jamil meletak jawatan bukanlah kali pertama
, bahkan pada 19 Februari 2012 , pelajar-pelajar KUIN pernah berhimpun di
hadapan wisma darulaman bagi mendesak Jamil melepaskan jawatannya. Kain rentang
panjang juga direntang di hadapan wisma melaungkan slogan ‘Jamil letak jawatan
rektor’.
Warga KUIN yang rata-ratanya sudah tidak mahu Jamil
menjadi Rektor KUIN mengharap agar Menteri Besar Kedah juga bertanggungjawab
dan mengambil tindakan memecat Jamil sekiranya Jamil masih tegar dan enggan
melepaskan jawatannya sebagai Rektor.
16 Februari 2013
16 Februari 2013