Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menawarkan khidmat itu atas dasar kemanusiaan dan demi memperjuangkan
hak dan kebajikan petugas KUIN.
Isu kebajikan petugas
Beliau mengikuti dengan dekat isu kebajikan petugas
KUIN yang teraniaya akibat kelemahan pengurusan tertinggi kolej sehingga
terpaksa mengadakan demonstrasi, membuat laporan polis dan terbaru
mengadu kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) bagi menuntut gaji bulanan
yang sering dibayar lewat sejak setahun lalu,” katanya dalam kenyataan
di sini, semalam.
Selain lewat dibayar gaji, Shahrizat berkata, petugas juga
berdepan masalah membabitkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP), potongan Lembaga Tabung Haji dan ansuran bank.
Beliau turut menyelar kegagalan dan sikap membisu Menteri
Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dilihat sengaja lepas
tangan dalam isu hak dan kebajikan petugas KUIN.
Pengurusan tidak peka
“Ini membuktikan pengurusan tertinggi KUIN bukan saja tidak peka
dengan nasib kakitangan mereka, malah tiada niat mahu menyelesaikan isu
berkenaan.
“Pengurusan tertinggi KUIN sebaliknya mahu menggunakan tindakan
tata tertib bagi menutup mulut kakitangan yang berjuang mendapatkan hak
dan kebajikan mereka,” dakwa Shahrizat.
Minggu lalu, seorang petugas KUIN membuat laporan kepada JTK
berhubung dakwaan pecah amanah di kolej universiti.