Pages

Friday 8 March 2013

AZHARUDIN PERNAH DISIASAT DAN DIDAPATI BERSALAH , MANA SURAT TATATERTIB ?

Laporan siasatan yang disediakan oleh 3 orang ahli
Sejurus selepas berlakuknya demonstrasi pelajar tahfiz pada 1 April 2011,  satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menyiasat penglibatan kakitangan di dalam demonstrasi tersebut yang dianggotai oleh Prof Dr Shuib Che Din (Pengerusi), Haji Najib Abdullah (AJK) dan Nadia Murshida Abd Azizs (Setiausaha).

Di dalam laporan siasatan tersbut dengan jelas menyebut tindakan Dekan Kuliah Quran (Dr Azharudin Sahil) dan Timb. Dekan Kuliah Quran (Ustaz Idrus Ismail) bersalah kerana mengeluarkan kenyataan umum tanpa kebenaran masing-masing pada 2 hb April 2011 dan 5hb April 2011. Ini bersalahan  berdasarkan Peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan tatatertib) 1992

Di dalam laporan siasatan jelas menyatakan kedua-dua mereka dicadangkan dikenakan tindakan oleh jawatankuasa tatatertib
Perkara 7 menyatakan kesalahan kroni Jamil dan perkara 9 dicadangkan dikenakan tatatertib.... tapi dibutakan mata sahaja...adilkah ?

Hasilnya Ustaz Idrus dipecat daripada jawatan Timbalan Dekan.

Namun sehingga hari ini Dekan Quran Dr Azharudin langsung tidak dikenakan tindakan tatatertib, tidak dikeluarkan surat tatatertib, tidak diberikan amaran dan tidak digantung jawatan Dekan. Kenapa ia berlaku... inilah kronisme yang berlaku di dalam KUIN, kerana Dr Azharudin yang berwarganegara Indon adalah seorang yang sangat rapat dengan Jamil dan dibawa masuk oleh Jamil dari USIM ke KUIN , bahkan menurut sumber  Azharudin erat dengan Jamil ibarat adik angkat.

Persoalan .. kenapa perlu ada pilih kasih di dalam tindakan tatatertib?

Persoalan .. kenapa orang kanan Jamil buat salah terlepas , tapi bila penipuan dan kejahatan Jamil dibongkarkan oleh SKUAD BERSIH, terus diambil tindakan dengan surat tatatertib?

Mana keadilan dalam pemerintahan ?

Semua yang membaca blog boleh menilai cara KUIN mentadbir dan menguruskan kakitanganya.