Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Salam
perjuangan….semoga rakan-rakan berada di dalam keadaan sihat. Admin melihat
kedatangan kakitangan ke program yang dianjurkan samaada oleh INSANIAH ataupun
tidak sangatlah membanggakan. Apa yang penting, sebagai seorang kakitangan
INSANIAH….kita tidak menentang semua. Apa yang baik, kita ambil..apa yang tidak
baik..kita akan tentang habis-habisan..” Admin menerima satu lagi email
daripada pembaca setia blog merah…..INSAN TULIS…….mari kita sama-sama membaca
ulasan beliau….
SWASTA ATAU KERAJAAN? IMPAK DISEBALIK DUA AYAT TERSEBUT KEPADA KAKITANGAN INSANIAH
Saudara blogger
yang dihormati…
Terlebih dahulu
saya ingin mengucapkan sakalung tahniah kepada kakitangan INSANIAH kerana
sentiasa bersatu dalam segala hal dan keadaan. Apabila kakitangan kita ditimpa
musibah, maka ramailah datang semata-mata untuk menziarah. Apabila rakan-rakan
kita tidak sihat, kutipan derma dibuat tanpa disuruh oleh sesiapapun. Saya
amatlah berbangga semangat yang ditunjukkan oleh kita semua, Tahniah saya
ucapkan.
Pembaca blog
merah yang dihormati..
Pada kali ini,
saya akan membahaskan isu yang seringkali kita ucapkan iaitu adakah INSANIAH SWASTA
atau KERAJAAN? Kita sedia maklum bahawa kita pernah bersusah-payah berjuang
semasa kerajaan terdahulu salah satunya adalah kerana isu ini. Swasta atau
kerajaan? Adakah kakitangan INSANIAH boleh menjawab isu ini. Tanyalah
sesiapapun di dalam INSANIAH, sudah tentulah mereka tidak mampu menjawabnya
dengan tepat. Isu inilah yang membelenggu kakitangan INSANIAH dari dulu
sehingga kini. Kakitangan INSANIAH mungkin akan merasakan perubahan apabila
kepimpinan baru mengambil alih, tetapi tekaan kita silap kerana pelbagai legasi
daripada kepimpinan dahulu tetap diteruskan sehingga kini. Adakah semua
kakitangan INSANIAH berasa tenang dan bahagia dengan kepimpinan yang ada
sekarang? Adakah anda berasa apa-apa perubahan
sehingga kini? Saya ada
jawapannya…anda bagaimana?
Pembaca yang
dihormati…
Beberapa impak
daripada isu ini telah memberikan sedikit sebanyak kesan kepada kehidupan
harian kita. Contohnya, pernahkah anda ingin membuat pinjaman peribadi di
bank-bank tempatan? Apa yang akan mereka akan tanya terlebih dahulu? Apakah
syarat yang ditetapkan oleh pihak bank kepada anda? Yang pertama sekali…pihak
bank akan mengklasifikasikan INSANIAH sebagai kakitangan SWASTA. Betul? Yang
kedua syarat seorang peminjam adalah anda perlu bergaji melebihi RM2000
sebulan. Betul? Syarat yang ketiga…anda perlulah mencari penjamin terlebih
dahulu. Betul? Dah selesai ketiga-tiga perkara tersebut? Belum lagi…Giliran
anda pula bertanya kepada pihak bank…bagaimana faedah yang dikenakan oleh pihak bank
kepada kakitangan swasta? Tinggi?
Membebankan? Ya..sangat-sangat membebankan… Kerana apa…sebab anda
adalah swasta…Mungkin perkara ini mudah kepada mereka yang layak. Tetapi bagaimana
bagi mereka yang bergaji dibawah RM2000 sebulan? Bagaimana mereka cuba
menyakinkan ahli keluarga atau para sahabat agar menjadi penjamin kepada
mereka? Adakah pening dengan situasi ini? Tak perlulah anda pening…kerana kita sudah
sedia pening dengan situasi ini. Ok…bagi mereka yang bergaji puluhan ribu, bagi
mereka yang sudah mempunyai pencen tetap, bagi mereka yang segala-galanya
hebat, tidak perlu khuatir dengan situasi ini. Tetapi bagaimana pekerja bawahan
yang baru terkial-kial untuk memulakan kehidupan? Adakalanya membuat pinjaman
wang boleh mengurangkan beban. Saya tidak menggalakkan kakitangan INSANIAH
membuat pinjaman dengan pihak bank. Tetapi
dalam sesetengah situasi, pinjaman diperlukan terutamanya untuk
menanggung kos perubatan, anak menyambung pelajaran, pembesaran rumah,
perkahwinan dan sebagainya. Dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang, berapa
banyak yang anda boleh simpan dengan duit gaji anda? Seribu? Dua ribu? Tiga
ribu? Mereka yang bergaji tinggi tidak perlu memikirkan situasi ini, Tetapi
bagi yang bergaji rendah, situasi inilah memberikan sedikit sebanyak gangguan
dalam kehidupan. Kita bukannya bertaraf Dato’, Prof. hatta Encik pun bukan.
Kita hanyalah pekerja bawahan yang hilangnya seringgit, mencari satu kampung.
Kita tidak mempunyai PhD hatta Diploma pun tiada. Yang ada hanyalah sekeping
sijil PMR ataupun SPM sebagai penyambung hayat untuk mencari peluang pekerjaan.
Itupun kalau ada.
Saya tidak mahu
mengulas panjang berkenaan isu ini. Sudah banyak perkara ini diketengahkan,
namun sayangnya tiada jawapan. Pentadbiran kepala biawak dan ekor ular inilah
yang menyebabkan isu ini terus menjadi polemik yang tidak berkesudahan. Yang
mana menguntungkan INSANIAH AKAN DIKUTIP SATU PERSATU TANPA TINGGAL SEINCI PUN.
Tetapi yang mana menguntungkan staf, akan ditinggalkan begitu sahaja tanpa
khabar berita. Anda ikut Skim gaji kerajaan..Ya..betul. Tetapi bagaimana dengan
pinjaman perumahan, pinjaman kereta, motor dan sebagainya. Adakah kakitangan
INSANIAH menikmatinya? Tidak? Sudah lama kita tidak menikmatinya. Sayang seribu
kali sayang…Anda pening dengan situasi ini? Saya pun pening? Kerana apa anda
pening…kerana INSANIAH Swasta pun bukan…Kerajaan pun bukan…pening??? Habis tu…INSANIAH
ni apa??? Kata P.Ramlee…” hantam sajalah….” Arghhhh….cukup…saya pening dan pening….
* saya berdoa kepada rakan-rakan kita yang tidak sihat agar bersabar dengan dugaan ini. Kepada Puan Kamaliah, En. Sobri dan En. Asri...banyakkan berehat..Makanlah ubat seperti disarankan oleh pihak doktor. INSANIAH masih memerlukan anda. Terima kasih.
-IT-
ADMIN : Peninggggg.....