Pages

Tuesday, 11 February 2014

IT KEMBALI LAGI...TERIMA KASIH IT....



Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Salam perjuangan….semoga rakan-rakan berada di dalam keadaan sihat. Admin melihat kedatangan kakitangan ke program yang dianjurkan samaada oleh INSANIAH ataupun tidak sangatlah membanggakan. Apa yang penting, sebagai seorang kakitangan INSANIAH….kita tidak menentang semua. Apa yang baik, kita ambil..apa yang tidak baik..kita akan tentang habis-habisan..” Admin menerima satu lagi email daripada pembaca setia blog merah…..INSAN TULIS…….mari kita sama-sama membaca ulasan beliau….

SWASTA ATAU KERAJAAN? IMPAK DISEBALIK DUA AYAT TERSEBUT KEPADA KAKITANGAN INSANIAH
Saudara blogger yang dihormati…

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan sakalung tahniah kepada kakitangan INSANIAH kerana sentiasa bersatu dalam segala hal dan keadaan. Apabila kakitangan kita ditimpa musibah, maka ramailah datang semata-mata untuk menziarah. Apabila rakan-rakan kita tidak sihat, kutipan derma dibuat tanpa disuruh oleh sesiapapun. Saya amatlah berbangga semangat yang ditunjukkan oleh kita semua, Tahniah saya ucapkan.

Pembaca blog merah yang dihormati..

Pada kali ini, saya akan membahaskan isu yang seringkali kita ucapkan iaitu adakah INSANIAH SWASTA atau KERAJAAN? Kita sedia maklum bahawa kita pernah bersusah-payah berjuang semasa kerajaan terdahulu salah satunya adalah kerana isu ini. Swasta atau kerajaan? Adakah kakitangan INSANIAH boleh menjawab isu ini. Tanyalah sesiapapun di dalam INSANIAH, sudah tentulah mereka tidak mampu menjawabnya dengan tepat. Isu inilah yang membelenggu kakitangan INSANIAH dari dulu sehingga kini. Kakitangan INSANIAH mungkin akan merasakan perubahan apabila kepimpinan baru mengambil alih, tetapi tekaan kita silap kerana pelbagai legasi daripada kepimpinan dahulu tetap diteruskan sehingga kini. Adakah semua kakitangan INSANIAH berasa tenang dan bahagia dengan kepimpinan yang ada sekarang? Adakah anda berasa apa-apa perubahan  sehingga kini?  Saya ada jawapannya…anda bagaimana?

Pembaca yang dihormati…

Beberapa impak daripada isu ini telah memberikan sedikit sebanyak kesan kepada kehidupan harian kita. Contohnya, pernahkah anda ingin membuat pinjaman peribadi di bank-bank tempatan? Apa yang akan mereka akan tanya terlebih dahulu? Apakah syarat yang ditetapkan oleh pihak bank kepada anda? Yang pertama sekali…pihak bank akan mengklasifikasikan INSANIAH sebagai kakitangan SWASTA. Betul? Yang kedua syarat seorang peminjam adalah anda perlu bergaji melebihi RM2000 sebulan. Betul? Syarat yang ketiga…anda perlulah mencari penjamin terlebih dahulu. Betul? Dah selesai ketiga-tiga perkara tersebut? Belum lagi…Giliran anda pula bertanya kepada pihak bank…bagaimana faedah yang dikenakan oleh pihak bank kepada kakitangan swasta? Tinggi?  Membebankan? Ya..sangat-sangat membebankan… Kerana apa…sebab anda adalah swasta…Mungkin perkara ini mudah kepada mereka yang layak. Tetapi bagaimana bagi mereka yang bergaji dibawah RM2000 sebulan? Bagaimana mereka cuba menyakinkan ahli keluarga atau para sahabat agar menjadi penjamin kepada mereka? Adakah pening dengan situasi ini? Tak perlulah anda pening…kerana kita sudah sedia pening dengan situasi ini. Ok…bagi mereka yang bergaji puluhan ribu, bagi mereka yang sudah mempunyai pencen tetap, bagi mereka yang segala-galanya hebat, tidak perlu khuatir dengan situasi ini. Tetapi bagaimana pekerja bawahan yang baru terkial-kial untuk memulakan kehidupan? Adakalanya membuat pinjaman wang boleh mengurangkan beban. Saya tidak menggalakkan kakitangan INSANIAH membuat pinjaman dengan pihak bank. Tetapi  dalam sesetengah situasi, pinjaman diperlukan terutamanya untuk menanggung kos perubatan, anak menyambung pelajaran, pembesaran rumah, perkahwinan dan sebagainya. Dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang, berapa banyak yang anda boleh simpan dengan duit gaji anda? Seribu? Dua ribu? Tiga ribu? Mereka yang bergaji tinggi tidak perlu memikirkan situasi ini, Tetapi bagi yang bergaji rendah, situasi inilah memberikan sedikit sebanyak gangguan dalam kehidupan. Kita bukannya bertaraf Dato’, Prof. hatta Encik pun bukan. Kita hanyalah pekerja bawahan yang hilangnya seringgit, mencari satu kampung. Kita tidak mempunyai PhD hatta Diploma pun tiada. Yang ada hanyalah sekeping sijil PMR ataupun SPM sebagai penyambung hayat untuk mencari peluang pekerjaan. Itupun kalau ada.

Saya tidak mahu mengulas panjang berkenaan isu ini. Sudah banyak perkara ini diketengahkan, namun sayangnya tiada jawapan. Pentadbiran kepala biawak dan ekor ular inilah yang menyebabkan isu ini terus menjadi polemik yang tidak berkesudahan. Yang mana menguntungkan INSANIAH AKAN DIKUTIP SATU PERSATU TANPA TINGGAL SEINCI PUN. Tetapi yang mana menguntungkan staf, akan ditinggalkan begitu sahaja tanpa khabar berita. Anda ikut Skim gaji kerajaan..Ya..betul. Tetapi bagaimana dengan pinjaman perumahan, pinjaman kereta, motor dan sebagainya. Adakah kakitangan INSANIAH menikmatinya? Tidak? Sudah lama kita tidak menikmatinya. Sayang seribu kali sayang…Anda pening dengan situasi ini? Saya pun pening? Kerana apa anda pening…kerana INSANIAH Swasta pun bukan…Kerajaan pun bukan…pening??? Habis tu…INSANIAH ni apa??? Kata P.Ramlee…” hantam sajalah….” Arghhhh….cukup…saya  pening dan pening….

 * saya berdoa kepada rakan-rakan kita yang tidak sihat agar bersabar dengan dugaan ini. Kepada Puan Kamaliah, En. Sobri dan En. Asri...banyakkan berehat..Makanlah ubat seperti disarankan oleh pihak doktor. INSANIAH masih memerlukan anda. Terima kasih.

-IT-

ADMIN : Peninggggg.....