Pages

Thursday, 31 May 2012

PERCAYA TAK KAMPUS KUALA KETIL TIADA ASRAMA PELAJAR

MB Kedah dan Jamil hairan, asrama tiada
Hebat sungguh projek Kerajaan Jamil dan MB Kedah yang bangga dengan Kuala Ketil. Tapi saya tak pasti anda tahu atau tidak , sebenarnya dalam kita syok sendiri , tiada asrama dibina dalam kampus Kuala Ketil pada pembangunan fasa pertama.
Saya pun tak boleh fikirlah , takkan kot kontraktor yang bina bangunan tak tahu tentang kampus Universiti mestilah ada asrama. Kenapa dalam plan asal ada , tetiba ja masa buat bangunan tiada. Saya tak pasti mungkin MB Kedah ada cara tersendiri nak buat Unversiti ala Kuala Ketil atau ala Arab Badawi atau ala Bukt Indah Water.

Sekarang baru kalut nak fikir nak buat asrama. Maka kontraktor pun terpaksa buat rumah berkembar (rumah taman) untuk dijadikan tempat penginapan kepada pelajar KUIN. Itu pun baru terkial-kial buat diluar dari kampus KUIN Kuala Ketil.Kenapa ini berlaku. Ini akan memberikan sangkaan buruk kepada masyarakat seolah-olah ada sesuatu perkara tersembunyi dalam projek ini.

Kalau buat rumah mestilah ada bilik, kalau buat sampan mesti ada pendayung, kalau buat kereta mesti ada stering. Kalau buat kampus , kenapa tak ada asrama ?/???? Isyhhhhhhhh benda simple ja . Kesian kat pelajar.Silap-silap pelajar akan dikenakan yuran pengangkutan untuk tampung pengangkutan pelajar dari rumah penginapan yang berada diluar KUIN untuk ke kampus .


KENAPA USTAZAH AZLINA BERIYA-IYA PERTAHANKAN JAMIL


















Hangat dalam ruang FB , dengan kemunculan A***** Z****** (Ms AZ) banyak membodek Jamil, ntah apa tujuannya itu.

Pelik binti Ajaib seorang Ustazah boleh menyokong , bersekongkol dan mempertahankan pemimpin yang menindas pekerjanya. Mana perginya semangatagama seorang Ustazah yang belajar sampai ke luar negara. Adakah bila mendapat habuan dunia segalanya bisa di tutup mulut.

Ms AZ terpaksa memberikan sokongan padu kepada Jamil kerana dia tiada pilihan dan terpaksa kerana :
1. Jamil telah memasang umpan , Ms AZ diberikan cuti sambung belajar  dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh KUIN. Tak kan nak lawan kot, nanti kena ugut tarik balik biasiswa KUIN mati lah Ms AZ.
2. Ms AZ merupakan antara orang yang kuat kritik pensyarah tahfiz  ketika Jamil berdendam dengan mereka selepas berlaku demonstrasi danakhirnya ulamak tahfiz terpaksa dikeluarkan dari KUIN ke Yayasan Islam Kedah.
3. Ms AZ juga menjadi jurubela Jamil dalam kes pergantungan pelajar KUIN yang menang saman KUIN.
4. Ms AZ merasa terhutang budi kerana Jamil pernah menawarkan untuk Ms AZ sambung pengajian ke Oxford, tapi akhirnya hanya di USM saja.

Nasihat saya , dah Jamil bagi cuti tu, ambillah peluang cuti bersunguh sungguh dengan buat tesis dengan baik, jangan banyak campur hal KUIN. Kalau nak campur banyak berhenti buat Ph D , masuk KUIN balik atau buat permohonan nak jadi pendaftar atau jadi Rektor pun lagi bagus atau bertanding jadi MB Kedah (pengerusi Lembaga KUIN).

MR SS JANGAN JADI KACANG LUPAKAN KULIT

Permainan kotor politik Jamil kini semakin hebat. Sesiapa yang menjadi balachinya pasti akan menerima padah.

Dalam satu email yang dikirimkan kepada saya menceritakan bagaimana kisah KACANG MELUPAKAN KULITNYA. Mari kita saksikan kisah email tersebut :

Semenjak Mr SS (nama saya edit) menjadi orang kuat Jamil, beliau sanggup buat apa sahaja walaupun Mr SS tahu risikonya :


Haji Najib (pendaftar) yang telah ditamatkan perkhidmatannya kerana , Jamil tak suka pada Haji Najib, lalu dalam mesyuarat lembaga khas telah memutuskan untuk tidak mengguna pakai pekeliling umur bersara wajib 60 tahun. Satu surat telah ditanda tangani oleh Mr SS kepada Haji Najib memaklumkan bahawa KUIN menyambung lagi perkhidmatannya dua bulan sehingga 6 Jun 2012


Malang tidak berbau , dalam mesyuarat Perjawatan yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri pada 20 Mei , diputuskan Mr SS akan menjalankan tugas sebagai pendaftar pada 1 Jun 2012.


Cuba pembaca fikir  menurut surat yang Mr SS tandatangan 1 hingga 10 Jun 2012 Haji Najib masih Pendaftar KUIN, tapi kenapa Mr SS nak jalankan tugas pendaftar pulak pada 1 Jun ...... ada apa-apa erkkkkk......patutlah pun.... dapat elaun jalankan tugas Pendaftar lebih satu ribu ( lebih dari 20 % dari gajinya) .... macamana dengan kami staf bawahan.. 13 % dah lah tak dapat, tolonglah perjuangkan kat kami ni.


kalau tak mahu ingat kat kami pun ingat sama jasa haji Najib kepada kamu, jangan jadi kacang lupakan kulit.

Wednesday, 30 May 2012

KUIN DILANDA KRISIS GAJI UNTUK BULAN MEI

KUIN masih tidak mahu mengakui bahawa KUIN sedang tenat menghadapi krisis kewangan yang sangat meruncing . 

Hingga kini 30 Mei, untuk pembayaran gaji bulan Mei ini  KUIN hanya membayar gaji untuk gred 45 ke bawah, manakala gred 45 ke atas belum dimasukkan gaji kerana wang KUIN dalam bank tak cukup. Bukan sekadar itu gaji Insaniah Holding pun langsung tidak dibayar lagi kerana Insaniah Holding yang didakwa Jamil menguntungkan sebenarnya sentiasa merempat dan menjilat duit dari KUIN.

Lantas jamil pun bergerak pantas bersama Zakaria Man dan Bendahari pergi jumpa MB Kedah untuk mendapatkan simpati wang dari MB Kedah. MB Kedah cuba minta wang dari Pegawai Kewangan Negeri namun gagal kerana peruntukan berkala telah diberikan oleh Kerajaan Kedah.

Akhirnya Jamil memujuk MB Kedah untuk mendapatkan mana-mana sumber utnuk mengelak demonstrasi berlaku jika gagal membayar gaji pada esok hari. Akhirnya menurut sumber  buat kali ketiga Jamil terpaksa memohon dari MBI sebanyak 1 juta, namun MBI hanya memberi pinjaman sebanyak 1/2 juta sahaja.

Untuk rekod KUIN pernah meminta sedekah dan pinjaman wang dari MBI sebanyak 2 kali sebanyak 2 juta, dan kali in merupakan kali ketiga. KUIN juga pada dua bulan lalu telah meminta rempat kepada SADA sebanyak 2 juta untuk membayar gaji kakitangan KUIN.

Pembaca boleh baca dan fikir sendiri krisis kewangan KUIN dan tahap motivasi bekerja dalam KUIN. Pentadbiran semakin teruk dan gagal beroperasi dengan baik.

SEPERTI DIJANGKA : TAK BOLEH TATTATERTIB , TUKAR PUN JADI LAH US AZKI

Surat pertukaran ditandatangani Jamil
Dahulu kerusi panas dalam KUIN ialah PRO selepas Us Azki ditukar ke PSM kerana di dakwa banyak perkara yang tidak betul mendapat kritikan Us Azki. 

Selepas PRO, PSM pula jadi kerusi panas , selepas Us Azki dilihat menggerakkan gerakan membela kebajikan kakitangan KUIN dan menyerahkan memorandum atas nama Majlis bersama Jabatan (MBJ). Pada 28 Mei sepatutnya Us Azki dan Taufek akan bertemu Jamil namun mereka dikhianati apabila Mr SS dan Ustazah A***** Z****** (Ms AZ) yang pergi berjumpa dan mngenepikan Us Azki dan Taufek.

Pada 30 mei , selepas perjumpaan wakil kakitangan yang di ketuai us Azki bertemu Jamil, Jamil terus mengerluarkan surat pertukaran tempat bertugas Us Azki dari PSM ke satu jabatan yang nak memetisejukkan Us Azki iaitu (jabatan Pembangunan Kuala ketil).

Selalunya pertukaran kakitangan adalah bagi membangunkan kemahiran ilmu namun pertukaran yang dibuat Jamil ini adalah satu penganiyaan dan balas dendam.

Jamil nampak Azki bahaya kerana :
- Pengikut kakitangan dan pelajar yang berada bersamanya sangat ramai dan berpengaruh
-Us Azki setiausaha MBJ  dan MBJ dijadikan alat untuk menggerakkan tuntutan membela kebajikan kakitangan KUIN.
- Wujudnya Us Azki di PSM bermaksud pengaruh kakitanggan dan maklumat kakitangan menakutkan jamil.
-Blok A adalah blok maklumat, bahaya kalau Us Azki berad di situ kerana berhampiran degan pejabatnya.
-Jamil nak buat pembersihan PSM dari puak yang haluan kiri dengan Jamil untuk dimasukkan puak kroni Jamil

WAKIL KAKITANGAN JUMPA JAMIL , JAMIL TOLAK 13 % DAN TAK SERIUS TANGANI ISU KEBAJIKAN KAKITANGAN KUIN

30 Mei - Beberapa wakil kakitangan KUIN Us Azki, Taufek, Sajiah, Asri dan Arif telah cuba mencuri kesempatan untuk bertemu sendiri dengan Jamil. Walaupun mengikut jadual pada hari ini  , Jamil tidak ada di pejabat, namun setelah melihat kelibatnya, wakil kakitangan KUIN telah terus masuk ke Pejabat Rektor yang baru di aras bawah.

Ketika appointment dibuat, Jamil takut nak berhadapan dengan semua wakil yang hadir sebaliknya hanya ingin bertemu dengan Us Azki sahaja. Menurut sumber beberapa perkara telah dikeutarakan kepada Jamil antaranya :
- Tuntutan untuk mebayar kenaikan 13 % dengan mengguna pakai pekeliling JPA seperti agensi Kerajaan lain
- Tuntutan menyelesaikan kemelut kewangan hingga KUIN tidak membayar bayaran yang dipotong dalam slip gaji.
- Jika KUIN dianggap swasta kenaikan gaji mesti lebih dari 13 % bahkan rate gaji mesti sama atau lebih dari Insaniah Holdings.
- KUIN perlu bayar balik kerugian kakitangan hasil kelewatan bayaran kepada pihak ketiga.
- Mendesak agar perjumpaan segera dibuat antara Jamil dan semua kakitangan KUIN bagi mohon pennjelasan.

Selebihnya kandungan perbincangan saya akan cuba update esok apabila saya akan bertemu Us Azki sendiri untuk mendapat info yang lebih tepat.

Tuesday, 29 May 2012

RAMAI ORANG BERHENTI DAN DITUKARKAN KERANA JAMIL, SEKARANG GILIRAN KAMU PULA

Semua orang di Kedah tahu tentang kepincangan pentadbiran Jamil di KUIN ala hitler. Cara bekerja yang langsung tak ambil kira pandangan orang bawahan . siapa yang kritik dan banyak cakap akan ditendang  contoh sebahagian dari mereka :

1.Cikgu Ali (Pengarah  pengajaran pembelajaran) , berhenti sebab protes atas arahan Jamil yang tak masuk akal
2. Aiman Dato Fadhil Noor -(Anak mantan Presiden PAS) disuruh buat dokumen naik taraf ke Universiti penuh, juga meletakkan jawatan sebagai tanda protes
3. Dr Nor Dekan Medic - meletak jawatan sebagai Dekan kerana Jamil telah memasukkan CEO Insan Medic yang gajinya 35,000 hingga menidakkan kuasa seorang Dekan.
4. Dr Fadhil (Felo Akademik Medic) - Meletak jawatan kerana mengikut Dr Noor (Dekan Medic) yang meletak jawatan tanda protes
5. Dr Meo Zau (Pensyarah perubatan) - Juga meletak jawatan kerana sebab yang sama
6. Prof Madya Dr Syarifah (Pengarah Jaminan Kualiti) - Meletak jawatan juga kerana karenah jamil yang keras kepala dalam pentadbiran.
7.Fathi Alias (COO Insan Maya) - Didatangkan oleh Jamil dari Limkokweng Universiti dan akhirnya meletak jawatan kerana bergaduh besar dengan Jamil.
8.Us Azki (mantan pengarah PRO) ditukar ke jabatan lain kerana tidak sehaluan dengan jamil
9. Dato Barni  (Timbalan Rektor) Mula-mual ditukar potfolio HEP kepada pentadbiran, kemudian bila rasa Dato Barni bahaya pegang pentadbiran tukar pula ke Unit Komuniti dan Jaringan Industri.
10. Semua Ulamak Tahfiz KUIN di tendang keluar dari KUIN ke Yayasan Isalam Kedah kerana hanya menegur isu pembinaan Sekolah Insan Bestari di Asrama Tahfiz.
11. 5 pelajar KUIN yang hanya menegur dan membela hak kebajikan mahasiswa dikenakan tindakan gantung 1 hingga 2 semester sedangkan mereka sudah dengan rendah diri memohon untuk menyelesaikan kes diluar mahkamah tetapi Jamil degil nak tunjuk kuat , yakin KUIN menang . tapi akhirnya Jamil malu kerana KUIN kalah dimahkamah.
12 Mohd Salleh (bekas pengetua Sekolah Insan Bestari) berhenti dari pengetua Sek Bestari kerana tak tahan dengan pengurusan anak syarikat dan beliau pernah berkata Sekolah Bestari tak layak dinamakan Besatari kerana masalah disiplin yang keterlaluan.
13 Prof Madya Dr Yusuf  , Pengarah penyelidikan dan Pengajian Post Graduate , juga meletak jawatan pentadbiran kerana tahu banyak ketidak betulan dalam pengurusan akademik.

Sekarang mungkin ada oranag akan dikenakan tindakan atau sekurang-kuranngnya pertukaran akan dilakuakn oleh Jamil untuk menyelamatkan takhta pemerintahannya.

KENAPA JAMIL TAK MAHU TERIMA PEKELILING KENAIKAN 13 %

hari ini KUIN dalam sejaran apabila Jamil menolak untuk mengguna pakai pekeliling JPA baru berhubungan kenaikan 13 % dan kenaikan elau sara hidup adalah kerana beberapa alasan :

1. KUIN memang terpaksa akur hadapi masalah kewangan yang sangat tenat, jika diberikan kenaikan gaji , maka KUIN akan bertambah tenat, sudahlah FD di dalam Bank habis dicairkan.
2. Jika diberikan kenaikan kepada kakitangan KUIN , Jamil juga terpaksa berikan kenaikan gaji kepada anak-anak syarikat yang langsung tak berniaga. lagilah tak ada duit.
3. Jamil terpaksa tolak pekeliling kenaikan pangkat sebab , Jamil danMB Kedah memang tak senang hati dengan Hj Najib (pendftar) , tiada pilihan terpaksa menolak kesemua pekeliling dengan alasan KUIN swasta
4. Jamil terpaksa menjaga hati kroni -kroni dikalangan anak, saudara dan kawan-kawn yang berada dalam Insanaih Holdings.

APA MR SS BUAT SAMPAI LEWAT MALAM TADI

Malam tadi selepas habis rundingan dan perjumpaan sulit  dengan Jamil di rumah Jamil, dilihat Mr SS setia pulang dan berada di pejabat KUIN hingga lewat malam . Namun yang kelihatan bercahaya ketika itu ialah bilik Timb Rektor HEP.Biliknya dijadikan plot untuk mereka mengatur strategi.

Persoalannya
- Apa mereka buat dengan penuh kerahsiaan. adakah pengawal keselamatan sudah sedar dan mengambil nama kerana mereka buat kerja di Blok A diluar waktu pejabat.
-Apa agaknya arahan Jamil hinggakan mereka terpaksa bertungkus lumus buat kerja malam , sebab buat sianga takut bocor.

Tidak mengapa segalanya akan terjawab dan dibongkarkan  tidak lama lagi kerana menurut sumber mereka pada pagi ini 30 Mei mereka ada satu meeting khas  ......

nantikan .!


Monday, 28 May 2012

KENAPA FIRDAUS SAKIT HATI PADA TAUFEK

Saya menerima email semalam yanng Firdaus secara terus terang menampakkan rasa marah dan dendamnya terhadap Taufek Ishak (Pustakawan Kanan). Menurut sumber kemarahannya adalah kerana sikap prasangka buruknya kepada Taufek dengan menuduk Taufeklah yang meng'uploadkan' video penyalahgunaan Firdaus kereta jabatan tahun lalu semasa pendaftgaran pelajar baru. Issyyyyy tak baiknya Mr F prasangka kat orang ada kah bukti nak main tuduh tuduh ni. Kami pihak admin ok ja, sebab berita kami semua ada bukti kukuh, konkrit dan kemas.

Lantas Mr F telah melantik spy supaya mengekori pergerakan Taufek. Eeeeeeee geramnya, hei U are U understand what are u doing, U cannot be Mr Dectetif Conan but if u want to be Mr Bean its OK. 

Mr Firdaus I know what u did last summer and last friday night ......U suka mempeburukkan semua kakitangan lama (dengan kata lain mengata and mengumpat) antaranya :
1. U tuduh P A Rektor Kamaliah sihirkan Jamil
2. U tuduh Taufek sebagai perekod video salah guna u terhadap kereta jabatan dengan mengambil unit amal sebagai pemandu kereta jabatan hingga ada yang sampai ada di markas PAS
3. U tuduh Us Azki nak menjahanamkan konvo tahun lalu
4. U tuduh seorang kakitangan KUIN di Pusat bahasa ada skandal
5. U tuduh  Pendaftar Najib bocorkan rahsia KUIN

Kemudian u yang dok bawa cerita merata tempat. U ingat, semua staf KUIN tak suke u tau! U cerita kat orang tapi orang tak percaya. Last kali ni choice u pergi cite kat jamil. Yang Jamil pun sama dok percaya dengan Firdaus ni yang cakap orang putih pun bukanlah betul sangat pun.
Ingat Mr F u bukan kakitangan KUIN, u just merempat dari Holdings saja tau. sekarang giliran kami pulak untuk bongkarkan salah guna u . Sebagai permulaan cukuplah saya nyatakan bahawa:
1. U salah guna kereta jabatan untuk kepentingan parti politik u dan peribadi u, pembaca tak percaya tanya driver.
2. U salah guna I pad milik KUIN bawa pergi ke perhimpunan agong muktamar PAS
3. U bagi hilang I pad milik KUIN di gunung Jerai, tapi tak ngaku dan sepatutnya u kena buat pengakuan bertulis atas kelalaian u itu.
4. U yang bagi maklumat salah pada Jamil hingga Jamil ketakutan kepada kakitangan KUIN
5. U canang di merata tempat nak bertanding pilihanraya wakili PAS.Memang tak layak U jadi wakil rakyat sebab , u gila pangkat

Saya akan cuba dapatkan dan upload semula video penyalahgunaan kereta jabatan KUIN itu.

PERJUMPAAN SULIT DENGAN REKTOR :MR SS, AZLINA, ZAKARIA MAN DAN WAN SULAIMAN

Kereta Nissan Mr SS WRS1100 kelihatan di rumah Jamil
Dalam perancangan pada hari ini sepatutnya Us Azki dan Tawfek akan mengadakan perjumpaan tertutup dengan Jamil bagi menuntut hak kakitangan dan kebajikan kakitangan di pejabat Rektor. Perjumpaan ini pun akan disertai oleh Zakaria Man, Mr SS  dan Azlina Zakaria yang akan membentangkan keputusan perbincangan yang telah mereka lakukan kelmarin dengan Zakaria Man (Timbalan Rektor Akademi)

Kereta Azlina KBY 6044 diletak diluar rumah Jamil
Saya dah pesan dekat us azki dan Taufek jangan percaya dengan Mr SS dan Azlina kerana mereka ini kaki bodek dan lalalng . Mereka mesti ada agenda kerana mereka orang rektor, mustahil mereka akan membela kakitangan KUIN.

WRS 1100  disembunyikan namun tetap kelihatan
Pada hari yang sama (28 Mei 2012) lebih kurang jam 3.30 petang mereka merancang mengadakan suatu perjumpaan sulit yang telah berlangsung di rumah Jamil di Bukit Indah Water , Jitra Kedah. ahli mesyuarat sulit adalah seperti berikut Zakaria man, Azlina Zakaria, Mr SS (Sayuti Sanusi), Wan Sulaiman. kelihatan di dalam ruang pakir kereta dan ruang legar rumah Jamil ialah kereta Mr SS Nissan WRS 1100 dan kereta Azlina Zakaria , toyota avanza KBY 6044 hijau pucuk pisang yang diletakkan diluar hadapan kawasan rumah Jamil.

Mereka cuba membelot sepakatan yang telah mereka sepakati dengan Us Azki dan Taufek untuk bertemu dengan Jamil pada hari ini, sebaliknya mereka mengadakan perjumpaan sulit tanpa melibatkan Us Azki dan Taufek . Jangan percaya kepada mereka lagi. Ingat perjuangan kita ialah membela kakitangan KUIN bukan membela kroni Jamil.


Sekali jatuh dalam lubang biawak jangan jatuh kali kedua , namun teruskan perjuangan wahai rakan rakan ku. kami akan sentiasa bersama anda .

(update 28 Mei 4.30 petang)

FIRDAUS SALLEH DIAJAK DEBAT


Sunday, 27 May 2012

AZKI DAN TAUFEK AKAN TUNTUT HAK STAF KUIN PAGI INI

TERKINI

Menurut sumber yang boleh percayai, pada pagi ini (28 Mei 2012) wakil gerakan reformasi kakitangan KUIN Ustaz Azki dan Tawfek Ishak akan bertemu dengan Jamil bagi mendesak agar hak kakitangan diberikan antaranya kenaikan gaji 13 %, penambahan elaun Colar dan opsyen 60 tahun. Perkara yang lain yang mungkin akan disentuh hal berkaitan Insaniah Holdings yang telah gagal berfungsi hingga mengakibatkan krisis kewangan yang kritikal dan pembayaran tonggakan gaji kepada Bank yang tidak dibuat KUIN seperti yang dikeluarkan dalam penyata gaji.

Mari kita doakan bersama-sama, agar pertemuan memberikan sesuatu yang akan mengembirakan semua kakitangan KUIN 

Jika gagal.... adakah BERSIH KUIN 1.0 akan berlaku ? .. sama-sama kita nantikan,

Pihak admin Berita KUIN akan membawa perkembangan terkini dari masa kesemassa.

JAMIL SAMBUNG KONTRAK 4 TAHUN (62 - 66 TAHUN), TAPI PENTADBIRAN NAFIKAN OPSYEN 60

Tahniah kerana Jamil telah disambung kontraknya bermula Mei 2012 hingga Mei 2016. Inilah hadiah yang paling berharga kepada pencinta kezaliman KUIN. bermaksud Jamil akan terus berkuasa hingga umurnya 66 tahun.
Ini juga satu lagi penindasan yang dilakukan oleh Jamil dalam masa yang sama menidakkan opsyen 60 tahun umur persaraan dengan alasan KUIN swasta tak perlu tertakluk kepada Pekeliling JPA.Jamil boleh berkhidmat hingga umur 66 tahun, tapi kakitangan pentadbiran hanya sekadar 58 sahaja, adilkah? pelik pelik pelik. eeeeeeeee  memang zalim lah.

Umur Jamil 62 tahun tapi kenapa Jamil tidak sedar diri dengan kesihatan yang amat tidak mengizinkan memegang jawatan Rektor. Pembedahan jantungnya masih dalam pemerhatian doktor dan risiko berkerja baginya amat tinggi. Sebab itu Jamil berpindah pejabat sebanyak tiga kali dan kali yang terakhir terpaksa berpindah ke tingkat bawah kerana tidak mampu untuk mendaki tangga hanya ke tingkat 2.

Kenapa kakitangan KUIN lain yang masih sihat dinafikan hak meneruskan kerjaya hingga umur 60 tahun tetapi  Jamil yang dah nampak semakin tidak bermaya seperti dulu bahkan melebihi umur 62 tahun masih tegar mahu berkuasa di KUIN. 

Inilah double standard Jamil, kalau jadikan alasan umur hampir 60 tahun sebagai tempoh masalah kesihatan, jamil kena cermin muka sendiri dengan keadaan kesihatannya.

TEMUDUGA KULIAH QURAN HAMBAR

Temuduga pelajar tahfiz Quran hari ini memberi tamparan hebat kepada KUIN kerana hanya  39 orang sahaja daripada 316 lebih permohonan yang datang untuk temuduga. berbanding tahun sebelum ini , bilangan yang datang temuduga melebihi   100 orang dan separuh daripadanya (50 orang) layak dan akan mendaftar diri sebagai pelajar KUIN. bayangkan jika hanya 39 orang yang datang untuk temuduga , berapa ramai yang nak daftar Jun ini. Menurut sumber hanya 29 orang sahaja yang lulus temuduga. Kalau anda lihat seolah-olah tiada suasana temuduga berlaku, tak seperti dulu yang sesak hari temuduga

Malang sungguh dah lah tak ada sambutan , Dekan pulak masih di Indon tak pulang. Yang bagi taklimat cakap indon semua waris pening tak faham bahasa Indon. Malang sungguh Kuliah Quran KUIN kerana dijajah Indon hinggakan dokumen pengiktirafan Ijazah Quran untuk MQA pun dibuat dalam bahasa Indon dan telah di tolak beberapa kali hingga kini enggak bisa selesaikan dengan MQA. Kesian , apa yang kami bimbang nasib pelajar Ijazah Quran yang akan graduat tetapi pengiktirafan belum selesai. Malangnya jika dijajah oleh Indon.

Bilangan ini memberi isyarat bahawa semua krisis yang berlaku yang didalangi dan dicetuskan Jamil akan merebak hingga kepada bulan hadapan pendaftaran pelajar baru yang juga kemungkinan akan merosot.

Macmanana orang nak datang belajar kat tahfiz KUIN sebab tahun ini dikenakan yuran RM 100 per kredit sedangkan sebelum ini tiada caj dikenakan kepada yuran tahfiz kerana Kerajaan sebelum ini ingin memberi galakan dan penghargaan kepada huffaz. Tambah pulak ulamak ulamak tahfiz yang terkenal di Kedah dan peringkat nasional dianggap parasit dan ditendang keluar dari KUIN. Orang sudah mengalihkan kepada Tahfiz di yayasan Kedah (YIKED), YIKED target 30 orang sahaja setahun dan bilangan yanng masuk terpaksa ditapis kerana di yayasan kebajikan dijaga, yuran tidak seperti KUIn, ulamaknya hebat.

KENAPA JAMIL RAMAPAS 13 %, ELAUN COLA DAN OPSYEN BERSARA 60

Sungguh terkejut kakitangan KUIN baru-baru ini , apabila Mesyuarat Lembaga (Khas) menolak untuk menerima pakai Pekeliling kenaikan gaji 13 %, pencen 60 tahun dan kenaikan elaun colar seperti yang dinikmati oleh semua kakitangan awam yang lain. Inilah kali pertama dalam sejarah  KUIN sejak ditubuhkan tidak menerima pakai pekeliling rasmi Kerajaan yang telah juga diguna pakai oleh kakitangan Kerajaan dan Agensi Jabatan Kerajaan Negeri Kedah.

Persoalannya kenapa pekeliling itu ditolak? Pihak warta berita KUIN ada jawapannya:
1. Krisis kewangan KUIN antara faktor utama, kerana KUIN sudah menggunakan hampir keseluruhan peruntukan Kerajaan Negeri dan KUIN amat bergantung kini kepada yuran pelajar. Kalau bayar kepada kakitangan KUIN, apahal pulak dengan kakitangan anak emas Jamil Insaniah Holdings.

2. Jamil sebenarnya mahu Pendaftar dan Pak Cop (driver Dato Barni) tidak dismbung semula. Tidak ada pilihan melainkan menyekat penggunaan pekeling opsyen umur bersara wajib 60 tahun. Bila tak mahu menggunakan pekeling itu , KUIN juga tak boleh guna pekeliling kenaikan gaji sebab ia adalah pekeliling yang setaraf, alasan utama yang Jamil bisik kat MB ialah KUIN adalah swasta. Bila nak guna pekeliling gaji kat kami kira swasta, kenapa tak naikkan gaji kami melebihi Insaniah Holding sebab sama sama swasta. CEO Insan medic  bagi 35,000.00 sebulan, Dekan Kuliah Insan Medic 25,000.00, Penjenayah financial controller 8,0000.00 sebulan.

Memang Jamil suka kepada KERA dan BERUK kerana pepetah melayu ada berkata :

' ANAK SENDIRI DIBIARKAN
  ANAK KERA DIHUTAN DISUSUKAN'

BLOK A DIKAWAL KETAT SELEPAS WAKTU PEJABAT

Jamil menampakkan ketakutannya apabila mengarahkan pengawal keselamatan KUIN (PAk Gat) membuat kawalan ketat kepada Blok A selepas waktu pejabat. Ini adalah kerana menurut sumber beberapa orang seteru Jamil ada di Blok A. Isyyhhhh takut juga Jamil ni walaupun di bantu oleh polis-polis Jamil.

Tak cukup dengan tambahan pengawal, dibuat pula pemasangan CC TV , tak cukup arahkan pula kawalan mesti diketatkan selepas waktu pejabat.

Cadangan saya kepada semua kakitangan KUIN bekerja sampai jam 5 terus pulang , tak perlu buat OT, nanti tak pasal-pasal anda diintip oleh Unit pengawal dan Jamil.

Saturday, 26 May 2012

RAMLI AZNI : APA MISI MEREKA DALAM INSAN MEDIC

Sudah lama saya ingin bongkarkan mengenai banyak khabar angin mengenai CEO Insan Medic yang gajinya 35, 000 dan isterinya Dr Azni yang sangat bermaharaja lela dalam Insan Medic. Mereka banyak menggunakan kesempatan . Pembelian barangan Medic yang malampaui dengan apa yang ada pada fakulti Medic IPTS lain diragui selain harganya yang amat tinggi. admin sedang mennyiasat pergerakan suami isteri dalam Insan Medic iaitu RAMLIAZNI

Mari kita buat report SPRM supaya SPRM dapat menyiasat kes ini secara telus dan nyata.

Saya taipkan semula content gambar di atas bagi memudahkan pembaca untuk membacanya:

"
I nak cakap terus terang walaupun mungkin Menteri Besar akan marah.. Ini kes terjadi pasal makmal fakulti Perubatan si supply oleh Ketua jabatan dia sendiri… bini semdiri ambil tender supply barang makmal perubatan, isteri sendiri sekejap-sekejap cuti cari barang di Filipina padahal dia lecture di situ…Ini orang pura-pura alim macam Ustaz.. tapii isteri dia sendiri ambik tender .Masuk tender dua tiga nama supaya lulus syarat dapat tender. Masuk harga gila-gila, lepas tu suami sendiri masuk panel tender , bila KUIN sudah tak ada duit , pentadbir tahu tapi tak boleh buat apa-apasebab segan pada ini seorang ustaz…orang macam inikah pas nak jaga?ini suami isteri sapu gila-giladuit KUIN sebab orang lain tak tau harga sebenar barang dalam makmal. Mereka hanya faham barang-barang dalam makmal perubatan memang mahal,itu sahaja. Ini macam terang-terang punya kes , bahagaian pentadbiran tau…tapi kalau you oraang betul nak amal islam , ustaz laki bini sudah lama kena buang masuk jail. Jangan kita berani kita kata menteri berani makan duit lembu tapi kita biar orang dalam KUIN buat sama apa yang menteri lembu buat. Akhirnya PAS yang malu besar… Ramai staff yang tahu dan kenal ini ustaz tapi tak berani report kerana segan dengan ustaz tersebut. Betul tak?"

 http://www.faceboo.com/photo.php?fbid=2055927455063&set=a.1010515640421.1470.1750898739&type=1&theater

MABAS PUN TAK PERCAYA PADA ORANG KUAT INSANIAH HOLDING

Admin berita KUIN dimaklumkan tentang seorang orang kuat dalam Insaniah Holding yang ada hubungan saudara dengan Jamil. beliau juga bertanggungjawab dengan semua kerja-kerja kontraktor yang mendatangkan masalah kepada pelajar KUIN. Angkaranyalah Bangunan Razy mengalami masalah hingga gagal buat pembayaran, angkaranya juga asrama stargate hadapi masalah, angkaranya juga perumahan staf yang rosak amat lambat dibaiki. Saya tak perlu sebut nama sebenarnya, cuma cukup sekadar menggunakan ganti dirinya sebagai Mr Haji I.

Baru-baru ini Masjid Abu Bakar Bakar Arang Sungai Petani (MABAS) bagi kontrak kepada MR Haji I untuk membuat jamban masjid, tiba-tiba bila kerja kerja mula dilakukan , tukang yang buat tu bangsa cina kafir. AJK masjid sudah mula mengesyaki sesuatu dan mempertikaikan cara Mr Haji I berkerja. Apabila ditanya Mr Haji I menafikan beliau 'sub' projek jamban kepada kontraktor cina. Mr Haji I kata itu kuli nya, tapi AJK MABAS tak percaya kerana tak masuk akal cina kerja dengan Mr Haji I dan agak kesal nak buat dalam rumah Allah pun nak 'sub' kat Cina?

Sekarang jamban yang dibuat mula rosak dan menanti masa nak runtuh? 

Isyyhhhhhh, story ni macam story yang saya buat dlam pembinaan Insan bestary. Lepas buat , tak sampai setahun banyak kerosakan dah berlaku walaupun sebenarnya kos tu hampir mencecahh 1 juta.

Friday, 25 May 2012

APABILA EMAIL BERBICARA : AMBIL PENGAJARAN

Assalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Mutakhir ini nama Kolej Universiti Insaniah menjadi satu nama yang sering disebut-sebut oleh Media Massa sama ada akhbar, tv, radio dan lebih-lebih lagilah di laman-laman blog yang menjadi penyebar maklumat yang berkesan dan pantas dalam dunia hari ini. Malangnya nama KUIN menjadi terkenal kerana masalah atau kemelut yang sedang melanda akibat pengurusannya telah diserahkan kepada orang yang tidak sepatutnya. Ibarat kita mahu menempah baju melayu untuk dipakai di hari raya tetapi malangnya kita tidak menyerahkannya kepada tukang jahit tetapi kita minta tukang tebar roti canai untuk menjahit baju melayu tersebut. Akhirnya baju melayu itu mungkin siap juga tetapi rupanya tidak seperti rupa baju melayu tetapi lebih kepada rupa roti canai.

Apabila direnung kembali dengan penuh keinsafan maka kita akan sedar bahawa segala musibah dan masalah yang menimpa KUIN secara bertalu-talu akhir-akhir ini bermula sejak Tok-tok Guru Tahfiz seramai 18 orang dinyahkan secara paksa oleh Rektor dan kuncu-kuncunya ke Yayasan Islam Negeri Kedah. Surat arahan untuk Guru Tahfiz dinyahkan dari KUIN dikeluarkan pada bulan yang mulia iaitu pada bulan Ramadhan 1432 Hijriah dan pada 10 yang akhir dari Ramadhan di saat umat Islam menanti-nanti kedatangan Lailatul Qadar. Allah maha Adil lagi Maha Berkuasa. Surat tersebut yang ditandatangani oleh Tuan Syeikh Najib bin Abdullah selaku Pendaftar pada waktu itu dan diterima oleh 18 Guru Tahfiz dengan penuh keredhoaan kepada Allah swt kerana Allah tidak menentukan sesuatu ketetapan untuk seseorang mu’min melainkan di sana ada kebaikan untuknya. Kuasa adalah pinjaman sementara, belumpun sampai setahun atau lebih kurang 10 bulan kerana sekarang kita telah memasuki bulan Rejab, hari ini Haji Najib dah mula hilang bisanya, tandatangannya sudah tidak laku lagi kerana ada komplot yang berusaha untuk menggugurkannya dari jawatan Pendaftar, maka ditangguhkan perlaksanaan pencen umur 60 tahun. Mau tak mau maka Haji Najib terpaksa turun dari jawatan tersebut. Jawatan Pendaftar kini diintai-intai oleh Mr SS (rakan sepermainan waktu kecilku).

Wahai Mr SS (admin edit nama asal), aku ada sedikit nasihat buatmu sebagai rakan, ingatlah, amanah itu adalah tanggungjawap dan bukannya kemuliaan. Jangan semudah-mudah itu kamu menandatangani sebarang surat jika surat tersebut menyebabkan akan ada orang yang teraniaya atau dizalimi. Ambillah pengajaran dari Bos mu dahulu, Hj Najib yang telah banyak berjasa kepada jawatanmu. Aku tumpang simpati kepadanya namun setiap perbuatan itu pasti ada balasannya. Jika kamu wahai Mr SS sanggup mengkhianati rakan-rakanmu hanya untuk membela Rektor, maka tidak mustahil apa yang menimpa kepada Hj Najib juga akan menimpa dirimu. Aku dengar bahawa surat untuk Pak Cop driver ditandatangani oleh kamu?...Pak Cop antara mangsa kezaliman, takutlah kamu jika Pak Cop mengangkat tangan menadah merintih kepada Allah, maka doa Pak Cop pasti akan diterima oleh Allah swt. Itulah sedikit nasihat dan pesananku buat mu dan rakan-rakan yang bersekongkol dengan kamu. Sampaikan salamku buat Rektor mu, assalamualaikum.

Komen:
Admin Berita KUIN tak bertanggungjawab dengan gaya penulisan dan ayat-ayat artikel di atas yang di hantar pada email admin beritakuinsebenar@yahoo.com

Thursday, 24 May 2012

STAF KUIN SEMAKIN BERSATU TOLAK JAMIL

Selepas selesai menunaikan solat hajat dan bacaan yasin, kebanyakan kakitangan KUIN berhimpun di restoran di pekan Alor Setar bagi mendengar perkembangan terkini KUIN. Lebih 30 orang kakitangan bersama kaum keluarga berasa amat seroknok dengan kesatuan kakitangan yang ada.

Pelbagai cadangan dan pandangan diberikan bagi memastikan KUIN terselamat dari tangan ghaib dan Jamil di singkirkan dari KUIN.




TAHNIAH KAKITANGAN KUIN .

MOHD FIRDAUS BIN SALLEH: KUIN BUKAN MARKAZ PAS

Mohd. Firdaus Salleh, telah tamat tempoh perkhidmatan Pengarah Jabatan Perhubungan Awam, PRO pada 15 Mei 2012, tak tau la pasai pa Dato’ Jamil lantik budak PAS bangang ni jadi PRO.   Minta macam-macam kemudahan - kenderaan jabatan Proton Waja KBV 300 yang selalu ada di markas PAS, pemandu serta IPad, mengarang tak pandai, kerja dok pebetoi pronunciation Bahasa Inggeris orang lain tapi grammar dia tunggang langgang dia tak sedar.   Punya belagak nak speaking sampai dengan YTM Tunku Temenggong pun cakap I you sampai orang Pejabat Tuanku nak muntah tengok dia, depa kata Insaniah hantar mai staf kurang ajar mai interview YTM.

Dengan imej membawa budaya memfitnah, mengumpat, suka promosi diri sendiri, banyak bercakap hal politik di pejabat daripada bekerja, gemar mengarah staf unit lain menyelesaikan kerja-kerja di jabatan perhubungan awam, menyalahgunakan laman web INSANIAH dengan memaparkan gambar sendiri, selalu tidur ketika mesyuarat serta sangat mempercayai khidmat bomoh.  Masa baru jadi PRO dia pernah naik kereta jabatan dok di belakang, tau-tau drebar sound dia – hang baru jadi PRO dah dok di belakang nanti jadi ADUN dok dalam bonet teruih.

Penyokong kuat team YB Phahrol Razi ni telah membawa Mohamad Sayuthi Sanusi, Pengarah Jabatan HEA juga Timbalan Pendaftar INSANIAH bi’ah untuk bertanding sebagai calon PAS PRU13 kemudian akan dilantik sebagai EXCO Kedah dibawah Kerajaan PAS.   Sayuthi pun dah berangan nak jadi EXCO Kedah.

La ni mat Firdaus ni dok kelupur pasai surat sambung PRO dia tak keluar lagi, so hari-hari la dok ikut Sayuthi pi melangut di Pejabat Rektor …kalau Rektor sambung bangang ni INSANIAH lagi lingkop la sebab Kementerian Pengajian Tinggi dah warning pasai dok gatai jawab kot surat khabar kes INSANIAH

Komen:
Admin Berita KUIN tak bertanggungjawab dengan gaya penulisan dan ayat-ayat artikel di atas yang di hantar pada email admin beritakuinsebenar@yahoo.com

BUKTI : JAMIL JADI AHLI PAS UNTUK KABURKAN AZIZAN DAN AHLI PAS

Jadi Rektor 1 Mei 2008,jadi ahli Pas 1 Ogos 2008: apa maknanya
 
Hangat ! hangat ! 

Cuba lihat gambar ini. Jamil sanggup buat apa sahaja semata-mata untuk kepentingan peribadi. Sekejap jadi UMNO semasa bertugas di UIAM, sekejap jadi PKR sebab isterinya ada hubungan saudara dengan Anwar Ibrahim, sekejap jadi PAS sebab nak raih sokongan ahli PAS di KUIN.

Untuk rekod Jamil mula bertugas di KUIN pada 2 Mei 2008. Tetapi cuba lihat tarikh keahliannya dalam PAS adalah pada 14 OGOS 2008. Apa maknanya semua ini??? Budaj sekolah tadika pun boleh jawab soalan saya ini.

Jamil jadi ahli PAS hanya untuk menutup strategi kotornya. Sebab itulah KUIN gagal stabil sebab sepatutnya sebuah institusi pengajian akademik, politik tidak boleh dicampur tangan dalam pentadbiran. Jamil jadi ahli Pas selepas dilantik jadi Rektor adalah bukti jelas bahawa Jamil telah mempolitikkan KUIN . Bila KUIN dipolitikkan , KUIN akan hancur. Sebab itu semua krisis KUIN tidak dijawab oleh Jamil di dalm media sebaliknya bersembunyi disebalik polit MB Kedah.

Dengan adanya JAMIL yang pura-pura jadi ahli PAS membuat semua orang PAS dalam KUIN menjadi mangsa. 5 mahasiswa yang digantung KUIN adalah orang kuat PAS tetapi lihatlah bagaimana taktik kotor Jamil berpura-pura jadi ahli PAS hingga Jamil mahu semua orang kuat Pas dikeluarkan dari KUIN.

Baru-baru ini Jamil cuba berjumpa dengan YB Dato Bashah (Pengerusi UMNO Kedah) . Apa tujuannya? Atau Jamil sudah menilik bahawa kalau Kedah jatuh ke tangan BN , mungkin Jamil akan kembali kepada UMNO semula untuk pastikan dia akan terus berkuasa di KUIN.

Lalang, lalang.... kesian puak-puak hat kuat PAS dok ikut dia... 

Mr SS sudahlah, cukuplah jadi pembodek sikit-sikit cukuplah. Jamil jenis hisap madu , lepas habis spah dibuang. Mr SS bukan tak tahu ramai orang kanannya dah kena tendang. Adakah Mr SS nak jadi mangsa seterusnya? !!!!. Saya dah bongkar ni. Nak tunggu apa lagi , jom joint group kami yang nak pastikan Jamil keluar dari KUIN, kembalikan kesejahteraan KUIN.

Mr F . Kamu tak payah joint kami, kamu pun lalang juga.. sesuai lah kamu kawan dengan Jamil.

SOLAT HAJAT DAN YASIN : SAMBUTAN LUAR BIASA

Pihak admin Berita KUIN mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua warga kerja KUIN dan pelajar KUIN yang hadir memeriahkan dan menjayakan majlis bacaan Yasin dan solat hajat bagi mendoakan agar tangan-tangan ghaib yang merosakkan KUIN dikeluarkan daripada KUIN pada malam tadi.Sambutan luar biasa itu adalah kerana penindasan yang nyata dilakukan oleh Jamil kepada kakitangan KUIN dan pelajar KUIN.

Majlis bacaan Yasin dan solat hajat yang bermula selepas solat maghrib diketuai dan diimamkan oleh Ustaz Azki. warga kerja yang hadir adalah dari semua jabatan termasuk Insaniah Holding yang juga yang dianiaya oleh Jamil. Juga turut hadir spy spy Jamil yang mula resah  dengan kebangkitan warga kerja KUIN.

Wednesday, 23 May 2012

NANTIKAN KEDATANGANNYA TIDAK LAMA LAGI...


SOLAT HAJAT BACA YASIN: SEMUA WARGA KUIN WAJIB TURUN


Mari kita berserah kepada Allah , ramai-ramai kakitangan dan pelajar KUIN bersama sanak saudara dan kaum keluarga masing-masing hadir ke Masjid Rahmah Taman Wira (berhadapan KUIN) 24 Mei (khamis malam jumaat) lepas magrib untuk melaksanakan solat hajat dan bacaan Yasin agar Allah memelihara KUIN dari tangan ghaib yang merosakan KUIN dengan agenda kronisme dan kurapsi. Kita minta hak kebajikan tidak diabaikan, potongan gaji dibayar ikut pay slip , kenaikan yang dinafikan ,dll

Mereka rasa mereka berkuasa boleh tipu dan buat apa sahaja  tapi mereka lupa Allah lagi berkuasa.

Apa yang penting JAMIL DAN KRONINYA MESTI DISINGKIRKAN  dari KUIN kerana merosakkan imej KUIN yang sebelum ini hebat denan nilai keagamaannya.

JAMIL TAKUT DIGULINGKAN STAF, CEPATKAN PERUNDANGAN



23 Mei – Ketakutan Jamil kepada kebangkitan staf  adalah mimpi ngeri yang tidak disangka. Jamil terdesak memanggil beberapa orang kuatnya termasuk orang lama yang termakan umpan Jamil Ustaz Sayuti bersama Unit Undang-undang untuk meneliti hal berkaitan undang-undang tatatertib kakitangan KUIN bagi mengekang kebangkitan kakitangan KUIN yang mahukan Jamil berundur dari KUIN. 

Jamil perlu segerakan usaha pengesahan kuasa dalam peruntukan undang-undang tatatertib KUIn sebelum kakitangan KUIN yang akan berdemo tak lama lagi. Jamil takutkan staf guna undang-undang . Jamil tak takut Allah atas kezaliman yang dilakukan kepada kakitangan dan pelajar.

AZKI TARGET JAMIL UNTUK TINDKAN TATATERTIB


Tekanan demi tekanan terpaksa diharungi oleh Jamil. Rektor mencari siapa yang berani lawan aku ni haaaaa?? Dato Barni susah sikit la sebab power dia kuat… Yang terkini target man Jamil ialah Us Azki. Mereka mula dok fikir-fikir apa tindakan yang nak dikenakan kepada Us Azki . Kenapa Us Azki  bukan Us Sayuti? Us Azki kini dengan lantang kritik terbuka kezaliman jamil manaka sayuti dengan lantang membodek Rektor.

Sabar us Azki kami akan bersama anda.

JAMIL TAKUT DATO BARNI , TUKAR PROTFOLIO


Jamil marah sangat dengan dua program yang dilaksanakan Bahagian Sumber Manusia :

1.       Kursus pengurusan stress sehingga membangkitkan keberanian staf  kritik pentadbiran KUIN yang kurapsi hingga ada seorang staf minta kita bergabung tenaga singkirkan Jamil dari KUIN
2.       Ceramah agama anjuran Unit Latihan hingga membawa kepada solat hajat  yang mana Jamil amat takut kepada solat hajat.

Jamil tahu bahawa Dato Barni (timbalan Rektor) member sokongan kepada kakitangan yang kena aniaya. Reputasi jamil merudum, sebaliknya Dato Barni semakin popular di kalangan kakitangan.

Eeeeee geramnya, Jamil tiada pilihan melainkan Dato Barni perlu disingkirkan dari KUIN. Jamil arah MB tukarkan Dato barni, tapi Allah berkuasa, usahanya gagal.

Eeeee geramnya , Jamil tiada pilihan lagi melainkan buat rombakan carta organisasi untuk sekatan kemaraan team Dato Barni , Dato barni yang sebelum ini memegang portfolio pentadbiran terus dikecilkan dan di peti sejukkan dengan berikan portfolio Rangkaian Industri, komuniti, rundingan (portfolio yang macam tak bagi kerja) Dah la tu keluar surat dekat En Yusoh drebar Dato Barni tamat perkhidmatan hingga awal Jun sahaja. ZALIM sungguh JAMIL.

S***** S***** (Mr SS) , BODEK BERPADA-PADALAH

Satu-satunya orang lama yang makan umpan jamil ialah Mr SS. Kami tahulah Mr SS naik pangkat cepat dan dapat tunggakan banyak berbelas ribu tapi janganlah lupa kami staf bawahan dan pertengahan ni.  
Kami tahu Mr SS menghalang staf HEA supaya jangan turun solat hajat , Mr SS kata solat hajat dan dengar ceramah sunnat , kerja wajib. Apalah ustaz punya statement ni.

Kami tahu Mr SS bodek Jamil dengan kata MBJ tak valid , kenapa Mr SS tak kata Jamil masuk meting Lembaga yang lalu , dia cuti (MC) sakit tapi mai meting jugak dan buat keputusan menafikan 13 % , tu pun tak valid.

Mr SS nak bodek pun berpada-pada lah

Tuesday, 22 May 2012

JAMIL PENING : URA-URA DEMO DATARAN KUIN DAN LALULINTAS SESAK

Ura-ura demonstrasi besar-besaran staf menerusi mesej yang tersebar memeningkan kepala banyak pihak, Rektor pening sebab kesihatan yang belum stabil dan sentiasa menunggu arahan Firdaus masa yang sesuai untuk datang ke pejabat, Firdaus pening sebab fikir apa pulak nak keluar kenyataan akhbar, Kapten pening hingga tempatkan ramai pengawal keselamatan di merata tempat, staf pening kearana tertanya-tanya betulkah ada demo, sayuthi pening hingga datang awal ke pejabat.

Saya pun terkejut apabila warga guru pun penuh di dataran dan dewan KUIN, Firdaus dah ketar . Apatah lagi kalau demo berlaku di hadapan warga pendidik Kedah akan menjatuhkan reputasi Jamil dan kroninya.

Bila buat menganiaya orang hidup tak akan tenang. Anak syarikat ditatang, anak sendiri ditendang. ZALIM .


MR F telefon polis takut Demo: Kenapa Bersih 3.0 lawan polis ?

Beberapa buah kenderaan polis kelihatan berlegar-legar disekitar KUIN pada pagi 22 Mei kerana menerima laporan daripada KUIN bahawa demo akan diadakan oleh kakitangan KUIN. Bukan sekadar itu Jamil juga telah dimaklumkan agar jangan datang pejabat awal kerana bimbang akan dikerumuni kakitangan KUIN yang merasa kesal dengan keputusan Mesyuarat Lembaga yang cuba merahsiakan penidakkan kenaikan gaji seperti yang dinikmati oleh penjawat awam yang lain.

Menurut sumber dalang utama yang memberi maklumat kepada Jamil dan polis ialah F*****s S***** (Mr F). Mr F adalah seorang yang memegang jawatan Pemuda Pas Pokok Sena. Beliau juga orang kuat Unit Amal Pas. Beliau juga terlibat dengan demonstrasi BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 . 

Yang pelik hairan dan ajaib semasa beliau menyertai himpunan BERSIH , beliaulah antara yang kuat lawan Polis hingga kena tembak gas dan air pemedih mata. Tib-tiba pulak dlam krisis KUIN Mr F juga yang maklumkan pada polis , minta tolong untuk selamatkan dia dan Jamil. Pelikkan? apa tandanya itu !!!!

KRISIS KEWANGAN: KUIN WAJIBKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN KEPADA PELAJAR BARU UNTUK TAMPUNG INSAN MEDIC

ALOR SETAR, 21 Mei (Bernama) -- Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid pada Isnin menyelar tindakan pihak pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang didakwa mewajibkan pelajar baru menjalani ujian pemeriksaan kesihatan yang hanya boleh dilakukan di kolej itu.

Beliau mendakwa semua pelajar sesi baru perlu menjalani ujian pemeriksaan di kolej milik kerajaan negeri Kedah itu dengan bayaran antara RM150 hingga RM250 yang ditanggung sendiri oleh pelajar terbabit, dan ia membebankan pelajar-pelajar terbabit.

" (Dalam keadaan itu) bagaimana sebuah institusi pengajian tinggi nak menyediakan satu kemudahan yang baik kepada pelajar lebih-lebih lagi dalam bidang agama dengan kos yang berpatutan. Mereka nak buat apa-apa kaedah pun tidak apa, asalkan bagi kos berpatutan dan pelajar dapat faedah yang lebih baik seperti pengajian, kemudahan asrama dan yuran berpatutan," katanya pada sidang media di sini pada Isnin.

Mahdzir yang juga bekas Menteri Besar Kedah berkata Kuin harus sedar setiap perancangan mesti ada pengukuran sama ada mampu atau tidak untuk melaksanakannya seperti penubuhan 48 program pengajian di kolej tersebut.

" Buat apa nak tambah program pengajian kalau tak mampu. Itu yang kita persoalkan. Kuin ada program sedia ada seperti Usuluddin, Syariah, Bahasa Arab dan Perbankan Mualamat," jelasnya.

-- BERNAMA

rujuk : http://bernama.com.my/bernama/v6/bm/newsindex.php?id=667530

Monday, 21 May 2012

KETAKUTAN : MEMORANDUM MBJ KEPADA JAMIL

Tahniah skuad Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang amat perihatin dengan masalah staf  yang berlaku kini dengan mengahantar memorandum menuntut hak kebajikan dan hal berkaitan dengan gaji diberikan keutamaan oleh Jamil.

Jamil dalamm mesyuarat Lembaga Pengarah yang lalu telah menghalang kenaikan gaji staf 13 % dengan secara sangat pulun masuk menyertai mesyuarat lembaga walaupun ketika itu beliau sedang cuti, dan tidak layak untuk masuk mesyuarat. Ertinya kehadirannya tak valid. Kenapa Jamil pulun masuk juga meeting itu, tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menganiaya Pendaftar dan Pak Chop agar tak sambung kerja KUIN dengan menidakkan opsyen 60 tahun dan menyampuk ketika mesyuarat agar ditangguhkan kenaikan 13 %.

Jamil memang tak layak jadi Rektor KUIN sebab masalah kesihatan dan mentalnya yang masih tidak stabil menyebabkan keputusan yang dibuat hanya menguntungkan dirinya dan kroninya sahaja .

Dengar-dengar cerita Jamil dah mula takut dengan memorandum kakitangan kerana Jamil bimbang dulu pelajar menentangnya , kini staf pula mula bangkit. Jamil tiada bergantung, talian hayatnya hanyalah bergantung kepada Firdaus PRO untuk menjadi pengintip dan SPY Rektor. Sesuai nama tu PRO (Perisik  Rektor Officer).

PAKSA PELAJAR BARU MEDICAL CHEKUP , SATU LAGI TRAGEDI MENJADIKAN PELAJAR MANGSA KRISIS KEWANGAN KUIN

HANGAT ! HANGAT ! Lagi penganiyaan KUIN kepada pelajar.

Bulan lepas naik yuran dari RM 60 kepada RM 200 kepada pelajar pengajian Islam .


Kemudian caj RM 25 kepada calon pemohon yang mahu mengetahui status permohonan berjaya atau gagal

Terkini KUIN akan mengenakan caj sebanyak RM 150 hingga RM 200 untuk tujuan pemeriksaan kesihatan (medical checkup) kepada pelajar yang bakal mendaftarkan diri di KUIN pada bulan Jun ini. Lebih malang lagi pelajar diwajibkan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan itu di Kuliah Perubatan KUIN. Caj ini dimaklumkan kepada pelajar yang diterima masuk ke KUIN menerusi sistem ‘online’  KUIN makluman panduan pendaftaran.

Caj ini tidak masuk akal kerana kebiasaannya jika pemeriksaan kesihatan dilakukan di Hospitan dan Klinik Kerajaan, kosnya hanyalah sekitar RM 20 sahaja dan jika dilakukan di Hospital dan Klinik swasta kosnya hanya sekitar RM 50 hingga RM 80 sahaja. Bahkan pelajar KUIN sebelum ini pun tidak pernah langsung diwajibkan untuk dijalankan pemeriksaan kesihatan.

Tindakan terdesak ini berkemungkinan disebabkan KUIN gagal menjalankan opersi Kuliah Perubatan berikutan tiada sambutan kepada kemasukan Kuliah tersebut , apabila hanya 8 orang yang mendaftar pada 2 Mei yang lalu  dan seramai 3 orang sahaja mendaftar diri semalam (20 Mei 2012). 

Disebabkan kos operasi Kuliah Perubatan yang sangat tinggi dan tidak mampu beroperasi dengan hanya bersandarkan kepada 11 orang pelajar perubatan makan KUIN terpaksa mengambil tindakan menjadikan pelajar baru dalam program pengajian yang lain sebagai mangsa dengan mengenakan caj tersebut

Maklumlah nak jaga Insan Ramli dan isterinya Insan Azni serta kroni-kroninya . Bawa ramai-ramai kroni suami isteri maasuk KUIN , bagi gaji tinggi , nak hairan apa? student dengan staf KUIN baik , tak pandai dan takut nak bangkit dan berdemo... Jom Bangkit la semua warga KUIN tentang kezaliman dapat pahala.