GBK mengucapkan sekalung tahniah kepada Prof. Madya Dr. Sharipah Azizah binti Syed Sahil yang telah menerima pingat Ahli Mahkota Kedah (AMK) sempena Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman yang ke-86. Admin dimaklumkan selepas ini ramai lagi pendokong GBK akan menerima Pingat dari KDYMM Tuanku Sultan Kedah. Admin akan maklumkan dari masa ke semasa. Menjunjung kasih Tuanku. Daulat Tuanku!!
Thursday, 30 January 2014
AL-FATIHAH
Dimaklumkan bahawa ibu kepada Saudara Shaharudin Shafie telah meninggal dunia pada 30 Januari 2014, jam 7.50 malam, di Hospital Sultanah Bahiyah. Jenazah akan disempurnakan di Masjid Melele sebelum Jumaat. Diharap Saudara Shaharudin tabah dalam menghadapi dugaan ini. Semoga roh ibu beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.......
Sunday, 26 January 2014
TERKINI : PELAJAR KUIN SESAT DALAM HUTAN GUNUNG JERAI
Gunung Jerai |
Difahamkan, dua lelaki dan 16 pelajar perempuan yang menaiki tangga Kenari kira-kira jam 10 pagi semalam gagal turun sehingga ke hari ini menyebabkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat dan polis dikejarkan ke tempat kejadian bagi kerja mencari dan menyelamat.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Kedah Nazri berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian jam 6.24 petang tadi sebelum enam anggota dari BBP Yan dikejarkan ke tempat kejadian.
"Jentera pertama tiba di lokasi pada jam 7 petang tadi diketuai Penguasa Bom Kanan II S Sivalingam dan usaha mencari serta menyelamat akan diteruskan malam ini," katanya
Namun menurut sumber kira-kira jam 10.00 malam semua 16 pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) bersama dua jurupandu arah ditemui selamat di puncak Gunung Jerai oleh pasukan penyelamat.
Pasukan keselamatan membawa mereka turun melalui Tangga Kenari di Titi Hayun.
"Jentera pertama tiba di lokasi pada jam 7 petang tadi diketuai Penguasa Bom Kanan II S Sivalingam dan usaha mencari serta menyelamat akan diteruskan malam ini," katanya
Namun menurut sumber kira-kira jam 10.00 malam semua 16 pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) bersama dua jurupandu arah ditemui selamat di puncak Gunung Jerai oleh pasukan penyelamat.
Pasukan keselamatan membawa mereka turun melalui Tangga Kenari di Titi Hayun.
PEMILIHAN BADAN KEBAJIKAN STAF (BKS) KUIN
sebahagian kakitangan KUIN semasa pemilihan BKS KUIN |
Tahniah!!! kepada semua AJK BKS KUIN...Tahniah kepada Ustaz Hazli diatas perlantikan sebagai Pengerusi yang baru. Admin yakin Ustaz bersama gandingan jawatankuasa baru dapat mampu merencanakan aktiviti yang berfaedah demi kebajikan staf KUIN. Kembalikan senyumanmu warga KUIN....
Tapi admin bangga sebab Rektor menyebut tentang blog pada semua staf KUIN , menandakan Rektor adalah pembaca setia blog merah ini. hmmmmmm...
Jadi semua staf KUIN pun wajib baca blog ini. Tiada yang tak betul dan tiada yang fitnah dalam blog ini melainkan fakta yang bertanggungjawab.
'DEMI KEBAJIKAN STAF KITA BERSATU'
Friday, 24 January 2014
CERITA LAWAK...
Penat dah berjuang, tak habis-habis lagi..laa ni kita rehat sat...hilangkan tension....
Kisah Lucu: Pencuri Kasut
Di sebuah masjid selepas sembahyang Jumaat kelihatan seorang lelaki resah mencari sesuatu di tangga.
BB: Kenapa ni SS?
SS : Kasut aku hilang.
BB: Cuba cari betul-betul.
SS: Takde.. yang tinggal selipar buruk ni je..Ishh.. kasut tu baru lagi aku beli. Baru 3 - 4 kali je aku pakai.
BB: Aku rasa pencuri tu mengikut saranan tok khatib masa khutbah tadi kot.
SS : Maksud ko?
BB: Ye la.. tok khatib tu kata..
"MAKA AMBILLAH YG BAIK-BAIK DAN TINGGALLAH YANG BURUK".
SS : Huh?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penduduk kampung mendengar azan di luar waktu mula rasa pelik lalu semuanya bergerak ke masjid untuk menyiasat. Selepas melihat orang gila itu azan, ketua kampung menjerit
"Hoi, sekarang pukul 10 pagi ni azan solat apa? Zohor pun belum masuk!"
Orang gila menjawab:
"Tadi azan yang betul pukul 6 pagi ada 5 orang je datang, ni azan yang salah sekampung pulak datang?"
Penduduk kampung terdiam....
Kisah Lucu: Pencuri Kasut
Di sebuah masjid selepas sembahyang Jumaat kelihatan seorang lelaki resah mencari sesuatu di tangga.
BB: Kenapa ni SS?
SS : Kasut aku hilang.
BB: Cuba cari betul-betul.
SS: Takde.. yang tinggal selipar buruk ni je..Ishh.. kasut tu baru lagi aku beli. Baru 3 - 4 kali je aku pakai.
BB: Aku rasa pencuri tu mengikut saranan tok khatib masa khutbah tadi kot.
SS : Maksud ko?
BB: Ye la.. tok khatib tu kata..
"MAKA AMBILLAH YG BAIK-BAIK DAN TINGGALLAH YANG BURUK".
SS : Huh?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah Lawak Orang Gila
Seorang penduduk yang dikatakan kurang waras, secara tergesa-gesa pergi ke surau pada pukul 10 pagi, lalu melaungkan azan.Penduduk kampung mendengar azan di luar waktu mula rasa pelik lalu semuanya bergerak ke masjid untuk menyiasat. Selepas melihat orang gila itu azan, ketua kampung menjerit
"Hoi, sekarang pukul 10 pagi ni azan solat apa? Zohor pun belum masuk!"
Orang gila menjawab:
"Tadi azan yang betul pukul 6 pagi ada 5 orang je datang, ni azan yang salah sekampung pulak datang?"
Penduduk kampung terdiam....
BERITA PANAS...
Admin mendapat tahu bahawa terdapat satu keputusan yang dibuat mungkin tidak menyenangkan kakitangan KUIN. Sudahlah kita tertekan dengan isu perpindahan, kita ditekan lagi dengan pelbagai masalah dari segenap sudut dan ruang..Apapun tunggulah memo rasmi daripada pihak pengurusan.....Untuk itu, tenangkan fikiran, jangan rungsing, manfaatkan cuti hujung minggu anda bersama keluarga..Pikiaq pun buat apa..buat sakit badan jee...selamat beramal...;-)
PENASIHAT YANG SEDANG BERMAHARAJALELA DI KUIN...
1. LIFE di Langkawi..??? Tetapi masih diterima sebagai penasihat sehingga hari ini...
2. Kampus INSANIAH di Kemboja dan Thailand...???Tetapi masih menjadi penasihat sehingga hari ini...
3. Perpindahan secara tergesa-gesa ke KKK suatu ketika dahulu...???Tetapi masih menjadi penasihat sehingga hari ini...
Pening, hairan, ajaib, pelik...walaupun pelbagai kegagalan demi kegagalan yang berlaku sehingga hari ini, tetapi masih lagi mampu tersenyum dan memberi nasihat untuk KUIN.....apa dah jadi???
Benarlah kata seorang sahabat di KUIN...kerajaan dahulu dan sekarang...SAMA SAJA!!!
"kebajikan staf diutamakan"
*gambar dan imej sekadar hiasan.
Wednesday, 22 January 2014
PANTUN LAGI…PASAI SAPA LAGI….APA…..THE BIG BROTHER…..!!!
Umur dah tua, elok lah bersara
Jangan ganggu staf KUIN nk buat keje derr…
Kalau nak tahu siapa dia…
Itu yang kita panggil The Big Brother
Umuq tua ni, umuq subsidi
P la bertaubat kalau ada masa lagi
Jangan dok jaja nama kesana kemari
Kononnya diri sedang dipuji
Cerita Mahkota ka lagi hari ni…
Adoii…tak habih2 lagii ka nie…
Kita cerita sbb ada orang dah berjanji…
Dia nk bagi 30 k…bleh
percaya ka dia nie….
Orang dok meluat kiri dan kanan
Tapi muka hemoi, buat2 tak perasan
La ni dia dok intai macam 2 jawatan
Apa yang dia idamkan..itulah dekan…
Cerita lembu pun tak habis lagi
Dulu berjanji boleh bagi
Tiba-tiba mai bil pagi-pagi..
Suruh bayaq..kot mana pun..Insaniah ‘kena’ lagi…
Isu perpindahan ke KKK..
Tapi macam ada benda yang tak ok…
Bila ditanya macam mana KKK..
Tapi jawabnya semua ok..ok..ok…
Pantun pun ada, teki teki pun ada
Saja nk duga, pembaca setia…
Mai hijau pun dia besaq, mai biru pun dia besaq..
Apakah menatang ni namanya?
Itu lah dia sedikit cerita…
Kalau ada yang terasa biaq kat hang laa..
Jangan dok jadi lalang sangat laa..
Orang dok meluat lagi ada laaa….
PEMILIHAN PENGERUSI SEMPENA MESY. AGUNG BKS KUIN....
Salam kepada semua pembaca Blog Merah....
Kita sedia maklum bahawa satu pemilihan AJK bagi BKS KUIN akan berlangsung pada Ahad ini. Apa yang diharapkan kepada semua kakitangan KUIN turun untuk mengundi bagi memilih kepimpinan yang baru. Dan diharap juga kepimpinan baru ini dapat menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka. Semoga kepimpinan yang bakal di pilih ini akan terus mempertahankan kebajikan kakitangan KUIN yang selama ini dirobek oleh kepimpinan lama. Admin tak mahu menyentuh pemilihan keseluruhan jawatankuasa, tetapi disini admin ingin menyarankan 3 nama yang patut diangkat menjadi Pengerusi BKS.
Selamat bermesyuarat....
Kembalikan roh perjuangan GBK....tunjukkan kesatuan kita, bentangkan kekuatan kita, rapatkan kembali saf kita. Kita gempur, kita lunturkan kebatilan, kita bangunkan segala kudrat kita demi KUIN yang kita cintai..Ayuh sahabat-sahabatku.....Bangkitkan gelombang PUTIH........
Tuesday, 21 January 2014
EMAIL DARI PEMBACA BLOG MERAH...
Tajuk : Kebajikan dimahkotakan, sangat besar nilainya.....
admin : pelik jugak yeee.....anda kenal sapa itu......
Alkisah besarnya kisah ini. Ada seorang hero yang besar nak settlekan tunggakan kat sebuah klinik...nak mahkotakan dulu RM30k...tapi tunggu punya tunggu punya tunggu, cek tak sampai2..punyalah besar cek tu sampai lamanya nak tulis cek...atau nak tolong settle dengan duit sendiri kot?...Baguslah kalau macam tu...tapi jangan cakap besar...buat dak pun....
p/s : ayat diatas hanya staf KUIN sahaja yang faham. Jika pembaca luar tak faham tak mengapa....
admin : pelik jugak yeee.....anda kenal sapa itu......
"kebajikan staf diutamakan"
MASIHKAH DIKAU INGAT???
Keratan Akhbar Utusan Malaysia, 10 Julai 2013 |
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :
وَأَوْفُوا بِعَهْدِ اللهِ إِذَا عَاهَدْتُمْ وَلاَ تَنْقُضُوا اْلأَيْمَانَ بَعْدَ تَوْكِيْدِهَا
“Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah itu sesudah meneguhkannya….” (An-Nahl: 91)
وَأَوْفُوا بِالْعَهْدِ إِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْئُوْلاً
“Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggungjawabannya.” (Al-Isra`: 34)
JAWAPAN INSAN TULIS KEPADA WARIS PEMUSNAH PELESIT...AMBIK HANG!!!
Tulisan daripada "Waris Pemusnah Pelesit" dalam Utusan Malaysia |
Tulisan ‘Waris Pemusnah Pelesit’ adalah dirujuk,
Kolej
Universiti INSANIAH (KUIN) ditubuhkan pada tahun 1996. Dengan nama asalnya
adalah Institut Agama Islam Negeri Kedah di atas kebijaksanaan Kerajaan Barisan
Nasional pada ketika itu untuk melihat anak-anak Melayu terutamanya di Kedah
dapat melanjutkan pelajaran tanpa keluar negara. Pada ketika itu, kakitangan
KUIN bertungkus lumus demi untuk memajukan KUIN. Susah payah yang kami lalui
selama ini tiada sapa yang tahu. Berpindah dari satu bangunan ke satu bangunan
adalah perkara biasa bagi kami. Itu adalah cerita 17 tahun yang dahulu. Kami tak
pernah merungut apatah lagi memberontak kerana kami yakin KUIN akan membangun
suatu ketika nanti. Episod malang kami bermula setelah kerajaan negeri bertukar
tangan kepada pihak pembangkang. Bermulalah cerita yang memualkan
kami sebagai kakitangan KUIN. Terlalu banyak drama poltik yang masuk kedalam
KUIN sehinggakan menggangu fokus kami untuk bekerja.
Bermula dengan
pembinaan kampus KUIN di Kuala Ketil yang membebankan kakitangan KUIN. Sedangkan
tapak asalnya sudah diwartakan di Suka Menanti, Alor Setar tidak dibina. Mengapa
pada ianya mula-mula dibina dahulu tiada dibuat kajian terperinci untuk
membangunkan KUIN di Kuala Ketil? Kesilapan inilah yang membuatkan keresahan
kakitangan KUIN yang menetap di Alor Setar untuk berulang alik ke Kuala Ketil
setiap hari. Untuk pengetahuan ‘Waris Pemusnah Pelesit’, kakitangan KUIN bukan
hanya anak Kedah semata-mata. Mereka berasal daripada Johor, Kuala Lumpur,
Selangor malahan Sabah pun bekerja disini. Jadi tiada alasan menyatakan bahawa
kami hanya mahu bekerja berdekatan dengan rumah dan kampung. Masalahnya disini
adalah untuk berulang-alik dari Alor Setar dengan kos sara hidup amat
membebankan. Disebabkan itulah setiap perancangan dibuat perlu memikirkan dari
segenap sudut. Bukannya berfikir demi survival politik semata-mata.
Anda boleh
bercakap apa saja kerana masalah tidak berlaku kepada anda sekeluarga. Mungkin
anda adalah golongan yang senang segala-galanya. Mempunyai kereta mewah, bergaji
ribuan ringgit, tidak perlu kehulu kehilir untuk mengambil anak di sekolah
kerana semuanya di buat oleh pembantu peribadi anda. Mungkin juga anda mempunyai
rumah di setiap negeri, jadi tak perlu risau akan masalah yang melanda hatta
berpindah ke luar negara sekalipun. Tetapi berfikirlah bagaimana kami yang
bergaji hanya RM1000 sebulan. Berbaloikah untuk berpindah ke sana? Jangan
katakan kakitangan KUIN tidak penting, kami tahu perit jerih untuk
membangunkan ‘ institusi keramat’ ini kerana disinilah kami mencari sesuap nasi
untuk menyara keluarga dirumah. Sebagai orang luar , anda tidak perlu berkokok
seolah-olah anda tahu segala-galanya. Pergilah bertanyakan kepada seluruh
kakitangan KUIN, adakah majoriti daripada mereka sanggup berpindah ke sana?
Dapatkan data tersebut dan bentangkan di ruangan ini agar masyarakat tahu apa
yang dimahukan oleh majoriti kakitangan KUIN. Selepas ini kami juga tidak mahu
mendengar keluhan daripada para waris sekiranya yuran akan dinaikkan dua kali
ganda bagi menampung perbelanjaan mengurus kampus baru. Kerajaan negeri tidak
akan menanggung selama-lamanya dana kepada KUIN kerana untuk menguruskan sebuah
kampus sebesar itu memerlukan perbelanjaan yang tinggi.
Tahukah anda
beberapa orang kakitangan KUIN sudah berhenti dan akan berhenti kerja apabila
berpindah ke kampus baru itu nanti? Tahukah anda ada kakitangan yang sudah
merasa tertekan kerana perlu menyewa atau pun membeli rumah baharu? Tahukah anda
majoriti pekerja bawahan di KUIN adalah mereka yang terdiri daripada ibu-ibu
tunggal, warga emas dan orang miskin? Sekiranya perpindahan berlaku, apa akan terjadi kepada
nasib mereka ini? Mungkin anak anda akan meninggalkan KUIN setelah tamat belajar
suatu hari nanti. Tetapi kami masih disini dan terus akan berada disini untuk
membangunkan KUIN. Sesuatu yang indah diluar tidak semestinya indah didalamnya.
Berfikirlah sebelum menulis. Terima kasih.
p/s : sabaq IT..admin pun marah jugak kat
Monday, 20 January 2014
PANTUN SELOKA KLINIK MAHKOTA....
Pergi ke klinik sebab sakit mata
Nak ambik ubat beriya-iya
P ke kaunter kononnya percuma
Depa huluq bil rupa-rupaya kena bayaq juga
Sakit mata dah berminggu-minggu
Tiap-tiap malam dok terganggu-ganggu
Nak ke klinik Mahkota orang dah bagi tahu
Bil dah tak bayaq dah berminggu-minggu
Sakit mata dok tak hilang lagi
Awal pagi ke Klinik Mahkota
Aku dah pesan kat hang awal-awal lagi
Hang p sana, depa kata “Insaniah dgn. kami dah xda apa-apa”
Hilang sakit mata, mai plak sakit perut
P Mahkota, depa kata keracunan kot
Ambik ubat aku terus terkejut
Sebab depa kata..”Encik kena bayaq kot…”
Hilang sakit perut, mai pulak sakit telinga
Pagi-pagi tetap p Mahkota
Dah nak buat macam mana
Walau kena bayaq, tetap ku tunggu jua…
Mai pengurusan baru, staf gembira selalu
Tetapi masalah lama terus berlaku
Takkan depa tak tahu-menahu
Staf bawahan dok nangis tersedu-sedu
Itulah dia pantun seloka, Klinik Mahkota
Untuk semua kakitangan Insaniah
Harap kita terus tabah dan berdoa
Agar kita mendapat Hidayah olehNya…
Sunday, 19 January 2014
MESYUARAT AGUNG KALI PERTAMA BKS KUIN
Tarikh : 26 Januari 2014
Hari : Ahad
Masa : 9.15 pagi
Tempat : Bilik Santapan, DSAHMS (Mergong yee)
*sekiranya roh GBK masih berada di dalam hati dan genggaman anda...pakaian adalah PUTIH!!!
Hari : Ahad
Masa : 9.15 pagi
Tempat : Bilik Santapan, DSAHMS (Mergong yee)
*sekiranya roh GBK masih berada di dalam hati dan genggaman anda...pakaian adalah PUTIH!!!
"staff is the boss"
Wednesday, 15 January 2014
NOTA UTARA YANG RINGKAS KEPADA ZULKIFLI YAHYA.....
1.Kerajaan mana yang bina KUIN di Kuala Ketil tanpa memikirkan kepayahan dan kesusahan kakitangan yang menetap di Alor Setar sedangkan tanah di Suka Menanti diwartakan sebagai Kampus KUIN yang baru???
2. Kerajaan mana yang telah mewujudkan sebanyak-banyak anak syarikat sehinggakan keadaan kewangan KUIN menjadi tunggang langgang???
3. Kerajaan mana yang didenda oleh syarikat persendirian dan KPT kerana salah tadbir urus???
4. Kerajaan mana yang menendang para pensyarah tahfiz ke Yayasan Islam???
5. Kerajaan mana yang buat potongan gaji tetapi tak sampai ke pihak bank sehinggakan ada staf yang disenarai dalam CRISS dan CTOS???
6. Kerajaan mana yang menaikkan yuran pelajar???
7. Kerajaan mana yang terburu-buru berpindah sewaktu asrama dan masjid belum siap???
Butakah anda???Pekakkah anda??? Jadi tulislah berkenaan KUIN dengan menggunakan kepala otak bukannya kepada lutut. Mungkin ada baiknya anda diam......dan diam.....dan diam....itu lebih baik....
TAHNIAH KEPADA SEMUA STAF KUIN
Salam kepada semua kakitangan KUIN
Di kesempatan ini admin ingin mengucaplan tahniah kepada semua kakitangan INSANIAH kerana telah menjalankan tugas dengan tenang dan teratur sehinggakan Majlis Konvokesyen INSANIAH berjalan dengan lancar. Walaupun kita tertekan dgn isu perpindahan ke KKK...walaupun kita terpaksa bangun awal pagi...walaupun kita terpaksa menempuh perjalanan yang panjang....walaupun kita terpaksa berpanas dan sebagainya, sikap profesional yang kita tunjukkan semasa konvokesyen ini amatlah terpuji. Kita sorokkan keresahan yang melanda , kita simpan perasaan yang meluat, kita pendam hati yang terluka...kerana KUIN....kerana kita sayangkan KUIN...kerana kita mahukan KUIN cemerlang seperti dahulu.
Kita tak mahu orang yang bermuka-muka didalam KUIN. Kita meluat orang yang seperti ini. Selamatkan KUIN dari parasit -parasit besarrrr......SAPA KATA KAKITANGAN KUIN TAK PROFESIONAL....!!!
Thursday, 9 January 2014
Wednesday, 8 January 2014
Salam kepada semua pembaca blog berita kuin....Gerakan Bersih KUIN masih belum berkubur.Cuma sedang memerhati dari dekat apa tindakan yang akan dibuat oleh pentadbiran baru ini. Adakah pentadbiran ini masih meneruskan legasi yangg ditinggalkan oleh Jamil & kroninya? Adakah penasihat-penasihat Jamil masih lagi membuat keputusan untuk KUIN? Nantikan pendedahan yang seterusnya....Blog Merah sedang mencari-cari masa yang sesuai untuk membuat tindakan.
Warga KUIN sedang sibuk untuk menguruskan konvo ke-15, penat dan lelah kita dlm menguruskan acara terbesar universiti ini diharap mendapat balasan yang setimpal olehNya. Walaupun konvo dibuat di KKK, yang telah buat warga KUIN pening krn jarak yang jauh, terpaksa meninggalkan anak, isteri, dan suami...terpaksa menaiki kereta sendiri untuk kesana, terpaksa membayar duit minyak, tol dan sebagainya.....Ini adalah dugaan kepada kita...sabaq nooo...
Khabarnya bas akan menunggu di KUIN pada jam 6 pagi...keh...keh...keh..lawak aihh...Waktu tu..kambing pun dok tidoq lagi... Diharap warga KUIN bersabar dengan dugaan ini. Ayuh warga KUIN, kembalikan segala kekuatanmu...
Admin akan kembali dengan berita yang terbaru dan panasssss.....tungguuuuu....
Warga KUIN sedang sibuk untuk menguruskan konvo ke-15, penat dan lelah kita dlm menguruskan acara terbesar universiti ini diharap mendapat balasan yang setimpal olehNya. Walaupun konvo dibuat di KKK, yang telah buat warga KUIN pening krn jarak yang jauh, terpaksa meninggalkan anak, isteri, dan suami...terpaksa menaiki kereta sendiri untuk kesana, terpaksa membayar duit minyak, tol dan sebagainya.....Ini adalah dugaan kepada kita...sabaq nooo...
Khabarnya bas akan menunggu di KUIN pada jam 6 pagi...keh...keh...keh..lawak aihh...Waktu tu..kambing pun dok tidoq lagi... Diharap warga KUIN bersabar dengan dugaan ini. Ayuh warga KUIN, kembalikan segala kekuatanmu...
Admin akan kembali dengan berita yang terbaru dan panasssss.....tungguuuuu....
Subscribe to:
Posts (Atom)