Pages

Tuesday, 21 January 2014

JAWAPAN INSAN TULIS KEPADA WARIS PEMUSNAH PELESIT...AMBIK HANG!!!


Tulisan daripada "Waris Pemusnah Pelesit" dalam Utusan Malaysia
                                         
Admin menerima satu email daripada Insan Tulis :

Tulisan ‘Waris Pemusnah Pelesit’ adalah dirujuk,

Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) ditubuhkan pada tahun 1996. Dengan nama asalnya adalah Institut Agama Islam Negeri Kedah di atas kebijaksanaan Kerajaan Barisan Nasional pada ketika itu untuk melihat anak-anak Melayu terutamanya di Kedah dapat melanjutkan pelajaran tanpa keluar negara. Pada ketika itu, kakitangan KUIN bertungkus lumus demi untuk memajukan KUIN. Susah payah yang kami lalui selama ini tiada sapa yang tahu. Berpindah dari satu bangunan ke satu bangunan adalah perkara biasa bagi kami. Itu adalah cerita 17 tahun yang dahulu. Kami tak pernah merungut apatah lagi memberontak kerana kami yakin KUIN akan membangun suatu ketika nanti. Episod malang kami bermula setelah kerajaan negeri bertukar tangan kepada pihak pembangkang. Bermulalah cerita  yang memualkan kami sebagai kakitangan KUIN. Terlalu banyak drama poltik yang masuk kedalam KUIN sehinggakan menggangu fokus kami untuk bekerja.
Bermula dengan pembinaan kampus KUIN di Kuala Ketil yang membebankan kakitangan KUIN. Sedangkan tapak asalnya sudah diwartakan di Suka Menanti, Alor Setar tidak dibina. Mengapa pada ianya mula-mula dibina dahulu tiada dibuat kajian terperinci untuk membangunkan KUIN di Kuala Ketil? Kesilapan inilah yang membuatkan keresahan kakitangan KUIN yang menetap di Alor Setar untuk berulang alik ke Kuala Ketil setiap hari. Untuk pengetahuan ‘Waris Pemusnah Pelesit’, kakitangan KUIN bukan hanya anak Kedah semata-mata. Mereka berasal daripada Johor, Kuala Lumpur, Selangor malahan Sabah pun bekerja disini. Jadi tiada alasan menyatakan bahawa kami hanya mahu bekerja berdekatan dengan rumah dan kampung. Masalahnya disini adalah untuk berulang-alik dari Alor Setar dengan kos sara hidup amat membebankan. Disebabkan itulah setiap perancangan dibuat perlu memikirkan dari segenap sudut. Bukannya berfikir demi survival politik semata-mata.

Anda boleh bercakap apa saja kerana masalah tidak berlaku kepada anda sekeluarga. Mungkin anda adalah golongan yang senang segala-galanya. Mempunyai kereta mewah, bergaji ribuan ringgit, tidak perlu kehulu kehilir untuk mengambil anak di sekolah kerana semuanya di buat oleh pembantu peribadi anda. Mungkin juga anda mempunyai rumah di setiap negeri, jadi tak perlu risau akan masalah yang melanda hatta berpindah ke luar negara sekalipun. Tetapi berfikirlah bagaimana kami yang bergaji hanya RM1000 sebulan. Berbaloikah untuk berpindah ke sana? Jangan katakan kakitangan KUIN tidak penting, kami  tahu perit jerih untuk membangunkan ‘ institusi keramat’ ini kerana disinilah kami mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga dirumah. Sebagai orang luar , anda tidak perlu berkokok seolah-olah anda tahu segala-galanya. Pergilah bertanyakan kepada seluruh kakitangan KUIN, adakah majoriti daripada mereka sanggup berpindah ke sana? Dapatkan data tersebut dan bentangkan di ruangan ini agar masyarakat tahu apa yang dimahukan oleh majoriti kakitangan KUIN. Selepas ini kami juga tidak mahu mendengar keluhan daripada para waris sekiranya yuran akan dinaikkan dua kali ganda bagi menampung perbelanjaan mengurus kampus baru. Kerajaan negeri tidak akan menanggung selama-lamanya dana kepada KUIN kerana untuk menguruskan sebuah kampus sebesar itu memerlukan perbelanjaan yang tinggi. 

Tahukah anda beberapa orang kakitangan KUIN sudah berhenti dan akan berhenti kerja apabila berpindah ke kampus baru itu nanti? Tahukah anda ada kakitangan yang sudah merasa tertekan kerana perlu menyewa atau pun membeli rumah baharu? Tahukah anda majoriti pekerja bawahan di KUIN adalah mereka yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal, warga emas dan orang miskin? Sekiranya perpindahan berlaku, apa akan terjadi kepada nasib mereka ini? Mungkin anak anda akan meninggalkan KUIN setelah tamat belajar suatu hari nanti. Tetapi kami masih disini dan terus akan berada disini untuk membangunkan KUIN. Sesuatu yang indah diluar tidak semestinya indah didalamnya. Berfikirlah sebelum menulis. Terima kasih.

 p/s : sabaq IT..admin pun marah jugak kat waris jari hantu ...waris pemusnah pelesit nih. Tapi betoi ka dia ni waris??ka orang dalam jgk...buat2 jadi waris....jengg...jengg...jengg...