|
Dato Tajul 3 dari kiri bergambar bersama wakil pelajar |
23 Mei - Dato Tajul Arif, Exco Pendidikan, Pengangkutan dan JKR Negeri Kedah hari ini mengadakan lawatan rasmi ke KUIN sebagai tindakan drastik bagi menyelesaikan kemelut dalaman KUIN yang sanat rumit.
Lawatan bermula di Kampus KUIN Mergong pada jam 9.00 pagi. Dato Tajul bertemu dengan wakil Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIN (MPM) dan para pegawai hal ehwal pelajar dan pegawai-pegawai lain.
|
mesyuarat antara Exco, pentadbiran dan MPM |
Antara perkara yang dibangkitkan di dalam pertemuan tersebut ialah :
1. PENGINAPAN PELAJAR
- MPM menuntut agar keselesaan penginapan mereka di asrama diberikan perhatian kerana pelajar didakwa menghadapi masalah keselesaan diasrama. Begitu juga masalah kelas yang dhaif seperti maslaah tiada mikrofon dan masalah penghawa dingin. Namun kenyataan tersebut dipersoalkan oleh dato Barni, Timb Rektor kerana kenapa sekarang baru timbul soal keselesaan sedangkan sebelum ini Presiden MPM pernah mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa pelajar tidak ada masalah bahkan selesa asrama KUIN.
|
Lawatan mengejut ke asrama farabi |
- Timbalan Presiden MPM memaklumkan bahwa sebelum ini kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden MPM itu dibuat selepas mereka telah dipanggil dan diberikan maklumat oleh Jamil dan beberapa pegawai yang lain. Sebab itulah mereka mengeluarkan kenyataan bahawa mereka selesa.
2. DEKAN KULIAH AL QURAN KURANG KREDIBILITI SEBAGAI DEKAN
- Skuad BERSIH KUIN memuji salah seorang MPM yang berani secara terang mengkritik masalah yang berlaku di Kuliah al Quran berpunca daripada Dekan Dr Azharuddin yang didakwa tidak pandai mentadbir Kuliah al Quran dan kurang berkredibiliti selain beliau bukan takhassus dalam bidang al Quran sehingga pengambilan pelajar baru Ijazah dan Diploma tak sampai 10 orang sahaja sedangkan sebelum ini Kuliah Tahfiz adalah kuliah yang sangat popular di KUIN, ini adalah kerana pensyarah al Quran dibuang dari KUIN.
- Begitu juga masalah utama dengan Dekan adalah komunikasi di mana bahasa Indonesia yang sukar difahami oleh pelajar selain bahasa Arab beliau juga agak lemah berbanding pensyarah lain, ujar wakil pelajar tersebut.
Tujuan lawatan tersebut adalah pihak Kerajaan negeri mahu mendengar sendiri keluhan dan masalah yang mahu dikeutarakan oleh MPM yang mewakili para pelajar di KUIN.
Setelah perbincangan tamat , Dato Tajul terus mengadakan lawatan ke asrama Farabi. Di sana keadaan amat mengejutkan apabila dilihat bilik yang sangat dhoif sedankan yuran pelajar dinaikkan . Amat menghairankan tiada aduan dibuat sedangkan masalah tersebut amat mencabar kebajikan pelajar. bahkan terdapat beberapa bilik yang tidak langsung mempunyai lampu dan kipas yang didakwa telah diambil untuk dipasang di bilik lain yang mengalami kerosakan kerana Holdings tak ada duit nak beli lampu dan kipas yang rosak kepada pelajar..
Kasihan sungguh nasib pelajar apabila dilihat keadaan asrama mereka. Tapi persoalan , kenapa MPM langsung tak bersuara ? takkan bila tukar Kerajaan baru nak ngadu asrama tak selesa ?