Pages

Tuesday, 22 May 2012

KRISIS KEWANGAN: KUIN WAJIBKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN KEPADA PELAJAR BARU UNTUK TAMPUNG INSAN MEDIC

ALOR SETAR, 21 Mei (Bernama) -- Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid pada Isnin menyelar tindakan pihak pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang didakwa mewajibkan pelajar baru menjalani ujian pemeriksaan kesihatan yang hanya boleh dilakukan di kolej itu.

Beliau mendakwa semua pelajar sesi baru perlu menjalani ujian pemeriksaan di kolej milik kerajaan negeri Kedah itu dengan bayaran antara RM150 hingga RM250 yang ditanggung sendiri oleh pelajar terbabit, dan ia membebankan pelajar-pelajar terbabit.

" (Dalam keadaan itu) bagaimana sebuah institusi pengajian tinggi nak menyediakan satu kemudahan yang baik kepada pelajar lebih-lebih lagi dalam bidang agama dengan kos yang berpatutan. Mereka nak buat apa-apa kaedah pun tidak apa, asalkan bagi kos berpatutan dan pelajar dapat faedah yang lebih baik seperti pengajian, kemudahan asrama dan yuran berpatutan," katanya pada sidang media di sini pada Isnin.

Mahdzir yang juga bekas Menteri Besar Kedah berkata Kuin harus sedar setiap perancangan mesti ada pengukuran sama ada mampu atau tidak untuk melaksanakannya seperti penubuhan 48 program pengajian di kolej tersebut.

" Buat apa nak tambah program pengajian kalau tak mampu. Itu yang kita persoalkan. Kuin ada program sedia ada seperti Usuluddin, Syariah, Bahasa Arab dan Perbankan Mualamat," jelasnya.

-- BERNAMA

rujuk : http://bernama.com.my/bernama/v6/bm/newsindex.php?id=667530