Permainan kotor politik Jamil kini semakin hebat. Sesiapa yang menjadi balachinya pasti akan menerima padah.
Dalam satu email yang dikirimkan kepada saya menceritakan bagaimana kisah KACANG MELUPAKAN KULITNYA. Mari kita saksikan kisah email tersebut :
Semenjak Mr SS (nama saya edit) menjadi orang kuat Jamil, beliau sanggup buat apa sahaja walaupun Mr SS tahu risikonya :
Haji Najib (pendaftar) yang telah ditamatkan perkhidmatannya kerana , Jamil tak suka pada Haji Najib, lalu dalam mesyuarat lembaga khas telah memutuskan untuk tidak mengguna pakai pekeliling umur bersara wajib 60 tahun. Satu surat telah ditanda tangani oleh Mr SS kepada Haji Najib memaklumkan bahawa KUIN menyambung lagi perkhidmatannya dua bulan sehingga 6 Jun 2012
Malang tidak berbau , dalam mesyuarat Perjawatan yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri pada 20 Mei , diputuskan Mr SS akan menjalankan tugas sebagai pendaftar pada 1 Jun 2012.
Cuba pembaca fikir menurut surat yang Mr SS tandatangan 1 hingga 10 Jun 2012 Haji Najib masih Pendaftar KUIN, tapi kenapa Mr SS nak jalankan tugas pendaftar pulak pada 1 Jun ...... ada apa-apa erkkkkk......patutlah pun.... dapat elaun jalankan tugas Pendaftar lebih satu ribu ( lebih dari 20 % dari gajinya) .... macamana dengan kami staf bawahan.. 13 % dah lah tak dapat, tolonglah perjuangkan kat kami ni.
kalau tak mahu ingat kat kami pun ingat sama jasa haji Najib kepada kamu, jangan jadi kacang lupakan kulit.