orang luar dari KUIN banyak mengeluarkan komen2 yang pada
saya tak tepat. KUIN ditubuhkan pada 1995 dan matlamat asalnya ialah membantu
orang belajar dengan mengenakan yuran yang cukup rendah. Tetapi apa yang
dikesalkan ialah sejak 2008, ini ialah kali ke-3 yuran dinaikkan. dan kenaikkan
kali ini cukup tinggi.
Walaupun KUIN ialah IPTS tetapi ianya milik penuh
kerajaan negeri kedah dan juga menerima bantuan kewangan dari kerajaan negeri. Tahun
2012 mendapat bantuan sebanyak 15 juta. Tetapi masalahnya ialah kewangan gagal
dikawal dengan baik semenjak berubah kerajaan negeri. Ini perlu diakui kerana
KUIN menubuhkan anak syarikat dan sehingga ke hari ini, KUIN masih lagi
menampung gaji kakitangan anak syarikat yang berjumla hampir 1 juta untuk 1
bulan.
Jadi apabila masalah kewangan melanda maka yuran terpaksa dinaikkan. Jika
dibelanja secara berhemah tak mungkin akan berlaku masalah ini. MB selaku
pengerusi lembaga pengarah walaupun telah maklum hal ini masih tidak serius
mengambil tindakan untuk memulihkan kembali KUIN ini. Harap orang luar yang tak
tahu masalah KUIN ini tak perlu reka cerita sendiri dan lebih baik datang
sendiri bertanya kepada kakitangan KUIN.
WAK: sebenarnya ramai lagi kakitangan KUIN yang cuba meluahkan masalah
mereka dan mungkin mereka tidak tahu saluran mana yang perlu diikuti.
Disini Wak beri alamat EMAIL Wak untuk anda menghantar segala
permasalahan anda untuk wak dedahkan. adik_wak@yahoo.com
http://adikwak.blogspot.com/
http://adikwak.blogspot.com/