ASSALAMUALAIKUM YANG BERBAHAGIA TUAN PENDAFTAR..
Terlebih dahulu,
saya sebagai salah seorang kakitangan INSANIAH ingin mengucapkan ribuan terima
kasih di atas sikap Tuan Pendaftar selama ini yang sentiasa mempertahankan hak dan
kebajikan kakitangan INSANIAH. Sesungguhnya kami warga INSANIAH berterima kasih
diatas apa yang telah Tuan lakukan selama ini. Sesungguhnya, kami sangat-sangat
menantikan seorang pegawai tertinggi yang sentiasa bercakap perkara yang benar dan
telus. Cuma saya memohon jasa baik Tuan Pendaftar agar melaksanakan Mesyuarat
MBJ agar kakitangan INSANIAH dapat menyuarakan rasa dan pendapat mereka kepada
Pengurusan Tertinggi. Ini kerana MBJ sudah lama tidak dijalankan.
Sekurang-kurangnya, dengan adanya MBJ ini dapatlah kiranya para kakitangan
meluahkan apa yang terpendam selama ini. Adalah diharapkan perkara ini mendapat
perhatian daripada pihak Tuan Pendaftar. Semoga Allah S.W.T. sentiasa bersama-sama tuan. Terima kasih…
Yang ikhlas
-YHJ-
Admin : Sangat setuju…..