Berita ini dibawakan daripada KUIN Online
News, 25 Ogos 2015.
Kolej Universiti
Insaniah (KUIN) bakal melakar sejarah tidak lama lagi. Hasrat Rektor KUIN untuk menjadikan kolej ini
terkenal dan ternama di serata-rata akan
menjadi kenyataan apabila kolej itu bakal mengumumkan pembukaan sebuah taman
hidupan liar. KUIN sememangnya berpotensi menjadi sebuah Wildlife Park. Setelah sasaran 9000 orang pelajar tidak kesampaian,
Rektornya yang juga seorang pakar ekonomi terulung di rantau ini berhasrat
menjadikan kampus tetap KUIN di Kuala Ketil sebagai wildlife park ala ala MINI
JURASSIC PARK yang terbesar di Malaysia dan bakal menjadi pesaing kepada
Wild Life Park di negara-negara terkenal
di benua Afrika tentunya. Tanda
tanya kakitangan dan orang-orang luar seperti waris kepada pelajar, tetamu-tetamu
selain pegawai-pegawai dan orang-orang kenamaan di negeri jelapang padi itu
mengapa rumput dibiarkan panjang dan subur bakal terjawab. Sebenarnya rumput
dibiarkan panjang untuk tujuan pembiakan haiwan khususnya spesies yang
dikatakan kian pupus seperti ular tedung selar (termasuk ular LIDAH BERCABANG),
harimau bintang, beruang panda, harimau belang, buaya bermulut panjang, orang
utan dan lain-lain spesies haiwan yang bakal menjadi tarikan pelancong dari
dalam dan luar negeri Kedah khusunya pelancong-pelancong dalam daerah Baling.
Rektor KUIN
yang juga memang seorang yang
berpandangan jauh telah mempunyai perancangan yang begitu teliti dibantu
pakar-pakar penasihat beliau CA, HB dan SS apabila beliau telah menyediakan
satu kawasan berhampiran pintu pagar belakang KUIN yang bakal dijadikan kawasan
padang pasir ala ala Gurun Sahara, Gobi atau Kalahari yang dilengkapi dengan
unta-unta pembodek dan pohon kurma melambai-lambai kepada para pelancong.
Kawasan tersebut telah ditambun dengan tanah gersang hasil pemberian derma 1TGB
(One Tanah Gersang Bhd) dan tanah tambun waqaf daripada orang luar kepada pihak
KUIN khususnya kepada RKI (Rektor KUIN Incorporated).
Sebenarnya,
kewujudan taman hidupan liar ala-ala Jurassic Park ini dijangka akan dapat menambah
pendapatan KUIN bagi membolehkan kolej itu menjadi Universiti penuh dengan
cepat dan Rektor dapat menambah pula pendapatan beliau daripada 45 ribu sebulan
kepada 50 hingga 55 ribu sebulan (tengok nasib da). KUIN Online News
mengucapkan syabas kepada Rektor KUIN!