Pages

Thursday 28 February 2013

8 STAF YANG MEMBONGKARKAN PENYELEWENGAN JAMIL DIBERIKAN SURAT CIINTA DARIPADA PENDAFTAR




KENAPA INSANIAH HOLDINGS PERLU DITUTUP SEGERA



Punca utama KUIN mengalami krisis yang teramat sangat parah adalah  samaada dalam kurapsi pengurusan, pentadbiran, kewangan  dan penyelewengan adalah disebabkan kepimpinan tertinggi KUIN yang diterajui oleh Jamil sebagai Rektor dan Azizan sebagai Pengerusi gagal melaksanakan kepimpinan Islam menerusi Sidiq, Amanah, Fatonah dan Tabligh. Mereka perlu takutkan pada Allah. 

Jika mereka buat kerja kerana manusia , dunia dan kuasa beginilah jadinya.

Mereka mewujudkan anak-anak syarikat KUIN yang sebenarnya mempunyai agenda tertentu bukanya untuk berniaga dan mendatangkan keuntungan kepada KUIN.

Dengan wujudnya anak-anak syarikat seperti Insaniah Holdings Sdn Bhd, Insan Maya Sdn Bhd, Insan System Sdn Bhd, Insan Hospitality sdn Bhd, Insan Medic Sdn Bhd dan Sekolah Insan Bestari Sdn Bhd , telah menyebabkan KUIN mengalami masalah kewangan yang sangat buruk dalam sejarah KUIN sejak penubuhannya pada tahun 1995.

Penubuhan anak-anak syarikat KUIN langsung tidak mendatangkan faedah dan keuntungan kepada KUIN bahkan menjadi penyebab utama krisis kewangan KUIN

Insaniah Holdings Sdn Berhad langsung tidak menjana kewangan dan keuntungan bahkan setiap bulan hanya tahu menagih simpati, mengambil dan menggunakan  wang milik KUIN yang mendapat peruntukan daripada Kerajaan Negeri sebanyak 15 juta setahun  yang juga merupakan wang rakyat.

Buktinya pada tahun 2011 pihak Insaniah Holdings telah menggunakan duit KUIN sebanyak RM6 juta.

Pada tahun 2012 kadar emolumen dan perbelanjaan Insaniah Holdings Sdn Bhd yang menggunakan wang KUIN naik mendadak 2 kali ganda iaitu  sebanyak RM12 juta (tidak termasuk perbelanjaan lain sperti sewa kampus, ultiliti, perjalanan dan lain-lain) sedangkan pendapatan Insaniah Holding daripada Yuran Pengajian yang diambil daripada pelajar yang berada di bawah Kuliah yang ditadbir oleh Insaniah Holdings hanya sbanyak 3.5 juta sahaja (2012). Itu pun kalau dicampur dengan kos yang mereka ambil untuk yuran akses internet pelajar sebanyak lebih kurang 360,000.00 setahun baru tak sampai 4 juta setahun

Bayangkan dengan kadar operasi Insaniah Holdings yang sangat tinggi dan setiap bulan buat memo minta duit KUIN untuk bayar gaji kakitangan Insaniah Holdings, sudah pastilah kewangan KUIN akan menjadi huru hara , lintang pukang.

Kecelaruan di dalam Insaniah Holdings dan anak-anak syarikat KUIN mungkin saya boleh gambarkan dari 9 aspek  :

PENTAS BERSIH 1.0 (OPSS TOLAK JAZAN) DALAM AKHBAR CINA 1 MAC 2013


Nanyang siang Pau

China Press

Liputan lebih 1 muka penuh dalam China Press


JAZAN , Cina pun mula sedar perlu tolak Jamil & Azizan Sin Chew Daily

BERSIH : Sin Chew Daily

Guang Ming Daily


PENTAS BERSIH 1.0 (OPSS TOLAK JAZAN) : KUIN DALAM AKKHBAR 1 MAC 2013


Utusan Malaysia

Utusan

Berita harian

METRO

Sinar Harian


STAF KUIN DEDAH ISU PENTAS BERSIH KUIN 1.0

Sumber :Bernama/Utusan


ALOR SETAR 28 Feb. - Staf Kolej Universiti Insaniah (Kuin) hari ini membuat pendedahan berhubung isu membabitkan institusi itu pada perhimpunan

'Pentas Bersih Kuin 1.0' yang dihadiri lebih 200 orang awam, staf dan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Tampil mendedahkan isu yang didakwa telah menjejaskan kebajikan warga kerja KUIN itu ialah Penolong Pendaftar Kanan Kuliah Usuluddin, Mohd. Baihaqi Hassan; Ketua Program Kuliah Muamalat, Ahmad Faizal Asmy Mohd. Yunus dan Pensyarah Kuliah Hospitaliti dan Perkhidmatan Halal, Mohd. Farid Alias .

Pada perhimpunan lebih sejam yang diadakan di kawasan Jalan Suka Menanti di sini, mereka turut mendesak Rektor Kuin, Prof. Datuk Dr. Jamil Osman supaya meletak jawatan.

Antara isu didedahkan pada 'Pentas Bersih KUIN 1.0' itu ialah dakwaan salah laku Rektor seperti membuat dokumen palsu, lantikan kroni dalam pengurusan tertinggi Kuin, kegagalan pembayaran gaji mengikut waktu dan kelewatan bayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Mohd. Baihaqi dalam ucapannya berkata, pelajar KUIN turut teraniaya apabila diarah berpindah segera ke kampus induk di Kuala Ketil sedangkan kolej kediaman tidak disediakan oleh pihak pengurusan kolej universiti itu.

"Sebelum ini dijanjikan ada penginapan untuk tampung 7,000 pelajar di Kuala Ketil, tapi pembinaan dibatalkan sebab nak potong kos, masjid pun tidak dibina.

"Rumah sewa di Kuala Ketil yang dulunya hanya RM250 sebulan naik hingga RM1,500 dan pelajar terpaksa menyewa kerana tiada tempat tinggal selain harga roti canai (dan makanan lain) pun dah naik mendadak," kata Mohd. Baihaqi.

Ahmad Faizal Asmy pula berkata, warga kerja Kuin terpaksa mengadakan perhimpunan seperti ini kerana pintu rundingan dengan kepimpinan tertinggi iaitu Pengerusi Lembaga Pengarah Kuin yang juga Menteri Besar, Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak sudah tertutup.

"Sebab itulah kami terpaksa memilih jalan ini (bertemu media dan mengadakan perhimpunan) bagi menegakkan kebenaran," katanya.

Mohd. Farid pula berkata, walaupun menerima tekanan daripada pihak pengurusan tertinggi KUIN kerana berjuang habis-habisan untuk menuntuk hak mereka, beliau tetap menjalankan tugas dengan baik kerana menyedari tanggungjawabnya sebagai pendidik.

"Kuliah Hospitaliti diletakkan di bawah Insaniah Holdings (anak syarikat Kuin) secara terpaksa namun kami tetap buat kerja... sepatutnya anak syarikat buat untung untuk KUIN tapi yang berlaku sebaliknya sebab Insaniah Holdings tak buat untung langsung," katanya.

Penolong Pendaftar Kanan Kuin, Muhammad Azki Hafizi Ibrahim pula memberitahu, sembilan warga kerja yang mendedahkan isu-isu Kuin sebelum ini telah diminta menyediakan surat tunjuk sebab dalam tempoh 14 hari atau akan dikenakan tindakan tegas oleh pihak pengurusan.

"Kami menerima surat itu sejak semalam dan hari ini dan jika gagal sediakan surat tunjuk sebab dalam tempoh 14 hari kami akan menghadapi tindakan buang kerja atau digantung perkhidmatan.

"Perkara ini berlaku selepas kami mula membuat pendedahan kepada media secara lebih agresif baru-baru ini," katanya.

Muhammad Azki Hafizi berkata, pihaknya akan menganjurkan 'Pentas Bersih Kuin 2.0" dalam masa terdekat bagi mendesak Jamil dan Azizan berundur daripada KUIN. - BERNAMA

PENTAS BERSIH KUIN 1.0 (GELOMBANG PUTIH 05/2013) BERJAYA DENGAN SAMBUTAN LUAR BIASA

28 Feb - Sangat luar biasa sambutan kepada PENTAS BERSIH KUIN anjuran skuad BERSIH KUIN. Dengan bertemakan GELOMBANG PUTIH MEGA OPSS GEMPUR JAMIL DAN AZIZAN, dianggarkan lebih 500 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat menghadiri majlis tersebut. Keadaan dihadapan Politek MARA Jalan Suka Menanti sesak

PENTAS BERSIH menampilkan Us Baihakhi,Penolong Pendaftar Kanan,Tuan Jai (Fahrizal Asmy), Pensyarah Kulliyyah Muamalat, En Farid Alias, Pensyarah Hospitality dan di pengerusikan oleh En Asri Abdul.

Majlis yang bermula jam 3.30 petang dan berakhir jam 4.30 petang dihadiri oleh penonton yang majoritinya berpakaian serba putih dan mereka tetap bertahan walaupun hujan turun dengan lebat di tengah-tengah bicara pantas BERSIH

Turut kelihatan di dalam Pentas tersebut Dato Mukhriz Mahathir, SETPOL MB Kedah, Setiausaha Sulit Belia MB Kedah, Skuad Penerangan Kerajaan Negeri Kedah,

Lagi gambar di bawah

SURAT CINTA DARI PENDAFTAR KEPADA PEJUANG


Surat Tunjuk Sebab yang dikeluarkan Latifah setelah diarah Jamil

Seperti yang dijangka bahawa Jamil pengecut akan mengarah Pendaftar sebagai Mak turut bagi mengeluarkan surat CINTA gertakan bagi tujuan tatatertib kepada kakitangan KUIN yang mendedahkan kemungkaran yang dilakukannya.

Saya dimaklumkan Dato L (Latifah) adalah bekas pendaftar UUM, tapi dalam surat ini tak betul dala prosuder "tunjuk sebab". Sepatutnya di dalam surat tersebut perlu disebut dengan jelas pekeliling/peraturan/undang-undang/statut mana yang boleh disabitkan dan yang benar-benar dikatakan bersalah ?

Mana perginya penasih-penasihat undang-undang Jamil yang terdiri dari pensyarah KUIN.

Kalau orang tengok surat ini amat memalukan seolah-olah KUIN tak pandai ambil tindakan disiplin sedangkan ada penasihat yang tahu undang-undang pun tak tahu nak nasihat

Tapi Majlis tertinggi BERSIH KUIN semalam telah berbincang dengan peguam memberi jaminan , jika tindakan disiplin diambil, kuasa undang-undang akan digunakan dan kita akan lawan KUIN walaupun mungkin KUIN akan ambil Kapal Singa sebagai peguam. Yang peting kakitangan KUIN jawab dulu surat tunjuk sebab itu dan kita akan terus mendedahkan kemungkaran Jamil dan Azizan beserta dengan bukti dan fakta.

Wednesday 27 February 2013

TERKINI : PERSIAPAN PENTAS BERSIH KUIN BERJALAN LANCAR

28 Feb - Sehingga jam 1.15 tengahari tadi, cuaca di dapati cerah dan persiapan sudah 90 %, Semua lapisan masyarakat dijemput hadir di Jalan Suka Menanti. Kita gempur habis habisan Jamil dan Azizan







STAF KUIN BERJANJI AKAN AJAR JAMIL DAN AZIZAN : KUASA RAKYAT MENJATUHKAN ORANG ZALIM


28 Feb - Jamil menyorok (sembunyi) di belakang Azizan. Azizan pulak nak tunjuk dia ada kuasa sebagai Menteri besar dan Pengerusi KUIN. Azizan sangka staf KUIN penakut bila dia gertak. Sebalinya Azizan terkejut , semakin staf KUIN diasak , semakin berani rupanya. Dia mungkin tak sangka yang dia lawan ni semua panglima-panglima. Azizan silap strategi rupanya. Hujah politiknya menjerat dirinya sendiri

Azizan kena ingat dia berlawan dengan orang cerdik pandai , orang orang keluaran universiti, orang yang mengaji Universiti dalam dan luar negara, bukan beruk yang hanya pandai panjat pokok cermai atau pokok nyior.  

Yang lawan Azizan dalam KUIN adalah gabungan antara kakitangan akademik, pentadbiran, staf sokongan, staf pengurusan profesional termasuk gred tertinggi. 

Yang lawan Azizan dalam KUIN adalah gabungan antara penyokong PAS, UMNO, PKR dan yang tak pernah ambik tau pasai parti pun.

INSAN TULIS MENULIS DI UTUSAN28

28 Feb : Utusan Nasional ruang Forum

JANGAN LUPA PETANG INI JAM 3.30 PETANG : PENTAS BERSIH GEMPUR JAMIL DAN AZIZAN


28 Feb (Khamis)- Semua warga KUIN, masyarakat bersekitaran , pimpinan NGO, kepimpinan parti politik , waris pelajar KUIN dan sesiapa sahaja dijemput ke PENTAS BERSIH KUIN yang akan bermula jam 3.30 petang bertempat di kawasan lapang berhadpan Kolej Politek MARA Jalan Suka Menanti, Alor Setar.

Semua urusan mengenai keselamatan, lalulintas dan permit telah diselesaikan oleh pihak BERSIH KUIN.

Hadir dengan pakaian putih sebagai sokongan.

Jumpa di sanaaaaaa!!

"STAF IS THE BOSS"



HARI KELUARGA BERSIH KUIN 2 MAC DI PANTAI MERDEKA


Kepada semua kakitangan diminta untuk memberikan nama dan bilangan ahli keluarga kepada amil-amil di setiap Jabatan untuk menyertai HARI KELUARGA BERSIH KUIN seperti berikut :

Tarikh : 2 Mac 2013 (Sabtu)
Masa   : Pendaftaran bermula jam 10 pagi di Pantai Merdeka Resort
Lokasi : Pantai Merdeka Resort
Perjalanan : Naik kereta sendiri

Tiada yuran dikenakan, maksudnya percumalah. 

Makan tengahari dan petang akan disediakan , cuma bawalah makanan tambahan jika perlu

Bawa pakaian mandi, dan alatan yang sesuai dengan tepi laut.


GELOMBANG PUTIH 05/2013 : KITA GEMPUR JAZAN,SEMUA STAF KUIN PAKAI PUTIH KE PEJABAT GANTI BAJU BATIK

27 Feb - Semua kakitangan KUIN diseru untuk memakai pakaian bewarna putih pada esok hari (Khamis) sebagai menggantikan baju batik kerana KUIN tidak terikat dengan etika pemakaian batik.

Pakaian PUTIH melambangkan semangat dan harapan untuk meBERSIHkan KUIN daripada kurapsi dan penyelewengan yang dilakukan oleh JAZAN (Jamil dan Azizan)

BERANI 2013, tidak ada mana-mana peraturan yang boleh disabitkan undang-undang jika kita memakai pakaian PUTIH.

Pada petangnya kita turun di Majlis PENTAS BERSIH yang memulakan  acara jam 3.30 petang (Kita buat luar waktu pejabat, jangan takut hadir kerana hak rakyat bebas untuk mendengar, kehadiran kita dilindungi oleh Perlembagaan Malaysia)

Tuesday 26 February 2013

KARTUN JAZAN : EDISI SELEPAS MELETUP DALAM MEDIA


Mesej Kartun ini ditujukan kepada orang yang menandatangani surat 'CINTA' sebab untuk menakut-nakutkan staf.


KUIN DALAM AKHBAR CINA MAAA......

Isu KUIN  juga mendapat liputan 4 akhbar utama Cina antarnya yang sempat dimuatkan ialah

1. GUANGMING DAILY


 

 2. CHINA PRESS

 

3.  SIN CHEW DAILY



J A Z A N : Jamil dan Azizan


SIARAN MEDIA 27 FEB : ANAK SYARIKAT PUNCA KRISIS KUIN


Berita Harian

Utusan Malaysia

The Star

Sinar Harian
Sinar



JOM HADIR JAYAKAN 'PENTAS BESIH KUIN'




26 FEBRUARI, BULETIN UTAMA JAM 8 MALAM - TV3, TV7, TV ALHIJRAH : DESAK TUTUP INSANIAH HOLDINGS






KUIN STAFF ASK HIGHER EDUCATION MINISTRY'S INTERVENTION

Sumber :
BERNAMA

ALOR SETAR, Feb 26 (Bernama) -- A staff at the Kedah government-owned Kolej Universiti Insaniah (Kuin) has asked the Higher Education Ministry to intervene and investigate allegations of irregularities in the top management of the institution.

Kuin senior assistant registrar, Muhammad Azki Hafizi Ibrahim also suggested that the ministry formed a special committee to investigate Kuin Rector professor Datuk Dr Jamil Osman, beleived to be a primary cause in Kuin facing serious financial problems.

"They have an agenda when creating the Kuin subsidiaries, rather than for business or to bring profits to Kuin.

KUIN TURNS TO HIGHER EDUCATION MINISTRY FOR HELP

Sumber : NSTP 

ALOR STAR: The 400-odd employees of financially troubled state-owned Kolej Universiti Insaniah (Kuin) are turning to the Higher Education Ministry for help.

Having lost confidence in Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak to solve their problems, including late salary payments, the unhappy lot has proposed the ministry to set up a special committee to probe Kuin’s mismanagement.

The group’s spokesman, Muhammad Azki Hafizi, also blamed Kuin rector Prof Datuk Dr Jamil Osman for all the problems.

Muhammad Azki, who is Kuin senior assistant registrar, said Kuin ran into financial difficulties after Jamil had set up seven subsidiary companies for the university college.

KAKITANGAN KUIN MINTA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI CAMPUR TANGAN

Sumber : 

ALOR SETAR 26 Feb. - Warga kerja Kolej Universiti Insaniah (Kuin) meminta Kementerian Pengajian Tinggi campur tangan dan menyiasat dakwaan penyelewengan dalam pengurusan tertinggi institusi itu.

Penolong Pendaftar Kanan Kuin, Muhammad Azki Hafizi Ibrahim turut menyarankan agar kementerian itu menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat Rektor Kuin, Prof. Datuk Dr. Jamil Osman yang didakwanya penyebab utama Kuin mengalami masalah kewangan serius.

"Mereka mewujudkan anak-anak syarikat Kuin yang sebenarnya mempunyai agenda tertentu, bukannya untuk berniaga atau mendatangkan keuntungan kepada Kuin.

"Dengan wujudnya anak-anak syarikat ini, Kuin mengalami masalah kewangan yang sangat buruk dalam sejarahnya ditubuhkan pada 1995," dakwanya pada sidang media, di sini hari ini.

Katanya, siasatan juga perlu dilakukan terhadap Menteri Besar selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Kuin, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, bagi mengetahui sama ada beliau mempunyai kepentingan dalam penubuhan semua anak syarikat berkenaan.

SIDANG MEDIA KHAS BERSIH KUIN SEMPENA OPSS GEMPUR JAMIL DAN AZIZAN

Us Aski memberi kenyataan kepada media

26 Feb - Skuad BERSIH KUIN terus BERANI 2013 mengorak kehadapan dengan mengadakan sidang media khas sempena Opss Gempur JAZAN (Jamil dan Azizan) bertempat di Syamim Cafe Jalan Sultanah Mergong.

Kehadiran media elektronik dan cetak amat ramai termasuk wartawan dari akhbar-akhbar cina. Sidang media itu terpaksa dilakukan kerana sikap Azizan dan Jamil nampak enggan mengambil jalan penyelesaian dalam isu kebajikan kakitangan KUIN.


Sebahagian wartawan khusyuk mendengar pendedahan isu KUIN

Antara perkara yang didedahkan ialah mengenai kewujudan Insaniah Holdings dan anak-anak syarikat yang langsung tidak menguntungkan KUIN bahkan menggunakan wang KUIN untuk membayar gaji mereka. Selain itu hal berkaitan pengabaian kebajikan pelajar dan pensyarah juga didedahkan.

Turut diumumkan GELOMBANG PUTIH 05/2013 "PENTAS BERSIH" yang akan diakan di kawasan lapang bersebelahan Politek MARA Jalan Suka Menanti pada 28 Februari (Khamis) bermula jam 3.30. Pada hari tersebut semua masyarakat termasuk pemimpina PAS, UMNO, DAP, PKR dan apa sahaja dijemput hadir. Digalakkan memakai pakaian putih.
Sajiah Yaacob, mendedahkan kekusutan akademik di KUIN

Wakil KUIN yang memberi kenyataan ialah Us Mohd Aski Ibrahim dan Puan Sajiah Yaacob.

Lagi gambar sekitar sidang media di bawah

Monday 25 February 2013

LAGI INSANIAH HOLDINGS BAKAL DISAMAN KERANA TAK BAYAR HUTANG

Arizal Jailani peguam yangmewakili DiMedic Enterprise dari Selangor telah telah mengemukakan notis tuntutan kerana anak guamannya membekalkan peralatan glassware untuk Kuliah Perubatan bernilai RM 46,926.00 pada bulan 8 tahun 2011, Sehingga kini Insaniah Holdings masih gagal membayar hutang berbaki bernilai RM 40,633.00.

Tempoh kena bayar dalam masa 14 hari , jika tidak ... kena saman lagiiiiiiii.. Bukti seperti di bawah :



KUIN DALAM MEDIA 25 FEBRUARI: AZIZAN KENA TAMPARAN MAHADIR KHALID DAN FARID HOSPITALITY


SINAR

SINAR
Berita Harian
Patutlah Azizan tak bertindak Jamil arah dokumen palsu, dia pun buat janji palsu !!!