Pages

Friday 23 May 2014

PENTADBIRAN KUIN ZALIM : POTONG GAJI STAF TANPA KEBENARAN

      Setelah menunggu saat gaji bulan Mei di bayar, kini sah sebagai permulaan beberapa orang staf telah dipotong gaji tanpa kebenaran, ini bermaksud perang dengan blog merah telah bermula. 
    
     Tiada kompromi dengan hal kebajikan staf yang diabaikan, biar siapa pun mereka yang teraniaya. Bahkan jika ahli GBK berkompromi dengan penzalim-penzalim yang bertopengkan super hero KUIN mereka juga di kalangan orang zalim. Kita kena tolong orang yang kena zalim dan perang habis-habisan 

Al kisah ramai staf dapat surat mengenai pendahuluan diri yang belum diselesaikan pada awal april 2014. Dalam surat tersebut mengatakan perlu memberikan pelarasan sebelum 30hb april 2014.

Pada awal mei 2014 jumlah staf yang membuat pendahuluan diri rm5000 ke atas adalah  6 orang staf telah dapat surat pemberitahuan pemotongan gaji  hj besar, sayuti, sajiah, hasliza, ustazah azlina dan roshidi dengan jumlah amaun yang berbeza.
Pemotongan akan dibuat bermula bulan mei bagi jumlah ini potongan adalah sebanyak enam kali bermula bulan mei.
Salah seorang dari mereka telah menggunakan wang pendahuluan diri atas urusan  ke Jeddah pasal event kuin. Lebih kurang 40,000 lbh 

Ada seorang lagi membuat pendahuluan KUIN atas urusan KUIN ke Bangkok berjumlah 30,000 

Ada seorang lagi pulak tu  atas perbelanjaan yang berlaku dalam event Life 1 KUIN di LAngkawi  di awana porto malai langkawi berjumlam rm10,000, 

Seorang lagi pulak buat pendahuluan diri untuk tujuan promosi KUIN di Brunei sebanyak rm5,000  dan rm34,180 untuk minggu siraturahim KUIN  2009.  tu pun nama orang lain cuma dah masuk akaun seorang ni, so seorang ni lahhh kena tanggung.

Ada seorang lagi buat pendahuluan KUIN mengenai urusan KUIN dengan  jabatan pasport.

Orang-orang di atas telah dipotong gaji mereka mulai Mei  2014 ini. kerana kononnya tak buat pelarasan diri. dan ada ramai orang lagi  akan kena potang mulai bulan - bulan hadapan.

Mari saya nak ajar cara pentadbiran KUIN berfikir ala panda cina.......

1. Mereka semua buat pendahuluan diri wang untuk kegunaan dan kepentingan KUIN bukan untuk kepentingan diri sendiri seperti beli kereta baru, ubah suai rumah dan lain-lain lagi...so adakah wajar mereka dihukum zalim begitu, panda cina pun boleh berfikir.... kenapa Universiti yang ramai profesor dan pentadbiran yang diimport tak boleh pikiaqqqq.

2. KUIN kena sedar antara sistem dan manusia .... nak urus manusia atau betoi bendul dengan sistem ? Kalau nak ikut sistem betul-betul .... kalau kereta parking tak masuk kotak samanlahhhh... kalau tak berstiker  samanlahhhhhh....
 
3.  Takkan gaji tinggi dan pentadbiran import tak boleh fikir cara selesai masalah KUIN dengan berhemah dengan berperi kemanusaiaan... sepatutnya gaji tinggi dan pentadbiran import kena lebih matang berkualiti bukan berotak mati.

Mari kawan-kawan kita mula step pertama semua jangan :

1. Jangan lagi buat pendahuluan diri untuk kegunaan KUIN kerana risiko anda yang tanggung untuk diaudit oleh orang tertentu.

2. Mari tiap -tiap malam bangun awal jam 5 terutama bulan rejab dan Syaaban serta ramadhan untuk solat hajat kepada orang zalim yang menzalimi staf KUIN macam kita buat dulu.

3. Jangan bagi muka dengan orang zalim... apa yang kita boleh buat.. kita buat , tak perlu habaq kat orang , yang penting staff di pelihara kebajikan... 

4. Kita berusaha dengan apa cara sekali pun untuk lenyapkan kumpulan penzalim di KUIN .

'DOA ORANG YANG DIZALIMI MAKBUL'


Wednesday 21 May 2014

POTONG ATAU TAK POTONG?

Masa yang kami Gerakan Bersih Kuin (GBK) beri dah hampir tiba. Kami masih menaruh harapan rektor yang luas pengalaman di kuala lumpur boleh selesaikan masalah kami di kedah. Harapan kami jangan ganggu gaji staf kerana gaji adalah hak staf....STAFF IS THE BOSS! Kalau harapan kami berkecai, jadilah macam lagu "....Harapan.....harapan menjadi layu.....lalalalala...." Bila harapan berkecai, GBK akan bangkit! Pentadbiran baru KUIN ada banyak jalan nak selesai benda ni kan? KUIN ni meeting bejabuuuu dan panjang bejelaaa tapi result hampeh tindakan lemah. Ringkas dan tepat dah laaa...TOP MANAGEMENT la, MANAGEMENT la, SENAT la, MAJLIS PENGARAH la, MAJLIS DEKAN la.....iskh iskh iskh takkan admin nak ajar cara meeting pulak kan? Kami mahu TAK POTONG!!!

Friday 16 May 2014

BLOG MERAH MUNCUL SEMULA

potong gaji tanpa kebenaran atau dengan paksa ?
Setelah sekian lama blog merah Gerakan Bersih KUIN (GBK)  berdiam diri kerana memberi peluang yang selluas-luasnya kepada pihak Pentadbiran baru KUIN mengendalikan isu-isu KUIN. Walaupun ada beberapa isu yang ramai staf kurang senang tapi bagi pihak GBK tak mengapalah biar sama-sama mengalah namun dalam sebulan ini berlaku isu yang tidak langsung menyenangkan kakitangan KUIN kerana beberapa kakitangan akan dibuat pemotongan daripada gaji staff tanpa mendapat persetujuan sehingga ada mencecah lebih dari 2 K atau 3 K sebulan.

Kalau isu lain kami boleh sabar, isu gaji , kami akan mulakan kembali GBK habis habisan, KERANA GAJI ADALAH HAK KAKITANGAN.... STAFF IS THE BOSS

Namun sebagai permulaan kami mengharap pihak Rektor dapat mengenal pasti puncanya yang menyebabkan isu gaji meletup bimbang takut-takut ia adalah silent protest orang tertentu terhadap pentadbiran baru KUIN.

JAZAN kami lawan pun sebab gaji yang tak tunai hak kepada kami ? Lupakah anda ?

Jika ia memang keputusan KUIN dan direstui oleh orang atasan maka kami baru akan berbincang untuk bertindak, tapi kami masih mengharapkan pihak Rektor dapat mnggunakan kuasa dan janjinya untuk menyelesaikan masalah staf dan KUIN secara baik bukan dengan apa yang dah jadi kepada sebahagian kakitangan KUIN baru- baru ni.

Sunday 2 March 2014

SEMOGA SEGERA SEMBUH....

Admin dimaklumkan bahawa salah seorang pengawal keselamatan INSANIAH telah di tahan di PMC kerana pembedahan batu hempedu. Beliau yang dimaksudkan adalah Saudara Nordin bin Abdullah. Sama-sama kita mendoakan agar beliau sentiasa sihat sejahtera dan kembali bertugas seperti biasa.

Saturday 1 March 2014

STATUS STAF INSANIAH DI BANK-BANK TEMPATAN

Admin menerima satu email daripada pembaca blog merah berkenaan status kakitangan INSANIAH di bank-bank tempatan berkenaan pinjaman.

1. Public Bank-masih menyatakan INSANIAH swasta-rate swasta..

2. Bank Rakyat dan AmBank - nak  surat penjelasan daripada pihak KUIN berkenaan status 

 (kerajaan/swasta??)

3.Bank Islam-Kuin Swasta

4.Agro Bank-hanya menerima staf yang berstatus tetap dan kontrak sahaja.

Admin : Kepada pihak pengurusan tertinggi, sila lakukan sesuatu untuk memudahkan kakitangan KUIN membuat pinjaman. Isu ini tergantung dari dulu lagi. Selesaikan....

Monday 24 February 2014

STAF KUIN MENERIMA SUMBANGAN BKS


Add caption

En. Sobri (atas) dan Pn. Kamaliah menerima sumbangan daripada Pengerusi BKS, Ustaz Hazli Ismail
Alor Setar - Bertempat di Pusat Komuniti, Kolej Universiti INSANIAH, Mergong satu majlis khas yang berbentuk sumbangan telah diadakan untuk kakitangan KUIN yang telah ditimpa musibah kesihatan. Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Badan Kebajikan Staf KUIN (BKS) iaitu Al-Fadhil Ustaz Mohamad Hazli bin Ismail. Puan Kamaliah bt. Osman daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan En. Mohamad Sobri bin Ghazali dari Jabatan Bendahari adalah diantara penerima sumbangan tersebut.

Pengerusi BKS, dalam majlis itu memberi kata-kata harapan dan semangat kepada kedua-dua kakitangan tersebut agar sentiasa menjaga kesihatan supaya sentiasa sihat sejahtera.

Turut hadir pada  majlis tersebut adalah Timbalan Pengerusi BKS iaitu Dr. Akli bin Ahmad dan Bendahari BKS iaitu En. Zulhilmi bin Mat Nayan @ Ahmad serta beberapa orang tetamu yang lain.
Pada masa yang sama, En. Mohamad Sobri bin Ghazali menyatakan kesyukuran di atas sumbangan tersebut dan berterima kasih terutamanya kepada Pengerusi BKS kerana sudi menyampaikan sumbangan. Beliau turut menyatakan bahawa BKS yang diterajui oleh Pengerusi yang baru adalah seorang yang amat prihatin dan sentiasa  menjaga kebajikan warga INSANIAH.

http://www.insaniah.edu.my/portal/index.php/berita-semasa/230-staf-kuin-menerima-sumbangan-bks

Admin : Tahniah kepada BKS KUIN dan teruskan membela kebajikan warga INSANIAH

AYAT YANG TELAH LAMA KAMI TINGGALKAN....




“Sekiranya tidak mahu berpindah….berhenti dari INSANIAH”

Jangan diguna ayat ini…….
Jangan disebut ayat ini……
Jangan diulang ayat ini…...
Jangan diseru ayat ini…..

Kelak akan merugikan……
Kelak akan membinasakan……
Ayat ini telah lama kami tinggalkan….

Ayat ini tidak mahu kami dengar lagi…
Ayat ini sangat kami benci…
Ayat ini tidak perlu disebut lagi…
Ayat ini simpanlah ditempat yang tersembunyi…
Ayat ini simpanlah didalam peti….

Ayat ini menjadi saksi…
Ayat ini sebagai bukti…..
Ayat ini sangat tidak berhati…
Sesungguhya ayat ini untuk orang yang pernah dizalimi….
Sesungguhnya ayat ini perlu dijauhi…


-YHJ-

Sunday 23 February 2014

PERLUKAH KITA MELUPAKAN KENANGAN ITU??

Perlukah kita melupakan kenangan itu??
Mengapa begitu mudah kita melupakan??
Adakah kita yakin bahawa kenangan itu tidak berulang kembali??
Pernakah kita mengalami situasi kereta ditarik??
Pernahkah kita mengalami bayaran rumah tertunggak??
Pernahkan pihak bank menelefon kita??
Perlukah dengan mudah kita melupakan kenangan itu?
Pernahkah kita menerima notis lupus pihak insurans?
Pernahkah kita mengalami anak, isteri, suami sakit tetapi pihak hospital swasta tidak menerima kita?
Adakah begitu mudahnya kita perlu melupakan semuanya??
Pernahkah kita tidak diterima di klinik panel??
Pernahkah kita tidak menerima kenaikkan gaji??
Pernahkah kita tidak pernah menerima bonus??
Begitu mudahnya kita bercakap untuk melupakan kenangan itu??
Perlukah kita melupakan kenangan itu??
Yang tidak pernah tahu kenangan itu, mudahlah untuk berkata-kata..
Tetapi yang pernah tahu pengalaman itu, pahitnya akan terasa....
Perlukah kita melupakan kenangan itu??
Tidak sama sekali......


hasil nukilan
-YHJ-

ISU PERPINDAHAN....


 ALOR SETAR - Semua pelajar Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) akan dipindahkan semula ke kampus induk, Kuala Ketil pertengahan tahun depan sejurus asrama pelajar siap dibina.
Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, hanya pelajar Kuliyyah Perubatan akan kekal beroperasi di kampus Mergong.

“Sebelum ini, pelajar Kuliyyah Muamalat diarah berpindah ke kampus Mergong dari Kuala Ketil berikutan masalah tiada asrama. Kita bukan menganiaya pelajar kerana asrama sedia ada tidak cukup. Setelah masalah ini diatasi, pelajar akan meneruskan pengajian di Kuala Ketil,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pada sidang Dun baru-baru ini, peruntukan sebanyak RM5 juta diluluskan bagi menyiapkan asrama yang terbengkalai kerana berlaku masalah dalam perjanjian dengan kerajaan negeri terdahulu.

“Kemudahan asrama bagi 1,300 pelajar dijangka siap Mac 2014, pihak kontraktor memberi jaminan ia dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan,” katanya.

Tajul Urus yang juga Ahli Lembaga Pengarah Insaniah berkata, apabila asrama berkenaan siap, pelajar Kuliyyah Muamalat yang diarah berpindah ke kampus Mergong akan ditempatkan semula di asrama baharu di Kuala Ketil.

“Kita tidak melantik kontraktor baharu, sebaliknya dibuat perjanjian baharu yang memuaskan hati semua pihak. Saya juga ingin tegaskan, kampus Mergong tidak akan ditutup tetapi dijadikan kampus bandar untuk pelajar perubatan,” katanya.

Sebelum ini, ura-ura mengatakan akan berlaku perpindahan pelajar sekali lagi dan difahamkan Rektor Insaniah, Profesor Datuk Dr Mohd Yusof Kasim yang dilantik pada 16 September lalu, menggantikan Profesor Datuk Dr Jamil Osman yang
mengundurkan diri, 20 Jun lalu, sedang menyiapkan kertas kerja berhubung perpindahan itu untuk dibentangkan kepada Menteri Besar, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Insaniah.

Tajul Urus berkata, setelah isu asrama diatasi, pihak pengurusan akan menaik taraf kemudahan lain termasuk membina sebuah masjid di kampus Kuala Ketil.

Mac lalu, pelajar Kulliyyah Muamalat, Perhotelan, Kejuruteraan, Multimedia dan Pusat Pengajian Asasi diarah berpindah ke kampus Kuala Ketil bagi peringkat pertama. Bagaimanapun, pelajar Kuliyyah Muamalat diarah berpindah kembali ke kampus Mergong berikutan asrama pasang siap yang dijadualkan siap 17 Mac, masih tidak dapat disiapkan.

Pelajar Kuliyyah Muamalat diarah berpindah selepas cuti Aidilfitri (Ogos) berikutan asrama diduduki di Bukit Selambau bersifat sementara. Hanya Kuliyyah Muamalat diarah berpindah, manakala kuliyyah lain kekal di Kuala Ketil. Jumlah pelajar terlibat mencecah 1,200 orang.

Berikutan itu, pelajar menyerahkan memorandum membantah perpindahan itu kepada Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, Julai lalu.

Ulasan Admin : GBK dari awal-awal lagi menyatakan bahawa pengurusan baru INSANIAH agar berhati-hati membuat sebarang keputusan dan kenyataan terutamanya berkenaan isu perpindahan kerana isu ini amat sensitif kepada seluruh kakitangan. Kalaulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Mak Jemah ke, Mak Baning ke..staf INSANIAH takkan terkejut dan melompat. Tetapi kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang exco kerajaan negeri yang memegang portfolio pendidikan, sudah tentulah seluruh kakitangan INSANIAH kelam kabut dan pening. Jadikan ini pengajaran didalam membuat sebarang keputusan terutamanya berkaitan perpindahan. Perlukah menyalahkan kakitangan dalam hal ini??

KAKITANGAN INSANIAH ADALAH BADAN BERKANUN NEGERI KEDAH


Sebahagian kakitangan yang hadir pada majlis bersama Rektor

Admin ingin menegaskan bahawa Kakitangan INSANIAH adalah badan berkanun kerajaan negeri Kedah. Itu yang dijanjikan oleh lawatan YAB MB Kedah pada Julai 2013. Kita tidak menuntut perkara yang sukar, cuma jadikan Kakitangan INSANIAH tertakluk kepada badan berkanun Negeri Kedah agar ada pengawasan daripada pihak yang berautoriti. Itu yang kita perjuangkan selama ini. Kenangan lama yang pahit tidak mudah untuk kita lupakan. Demi untuk kebajikan warga INSANIAH, demi untuk masa depan warga INSANIAH, kita tetap dengan pendirian kita. Terlalu banyak kelemahan apabila kita diletakkan dibawah swasta seperti kemudahan di hospital kerajaan, pinjaman di institusi kewangan, isu kronisme, nepotisme dan sebagainya. Bagi yang bergaji puluhan ribu, ianya tidak menjadi masalah. Bagaimana yang bergaji rendah, apabila segala kemudahan ini tidak dapat. Kakitangan INSANIAH adalah dibawah badan berkanun Negeri Kedah. TITIK.........

Saturday 22 February 2014

Friday 21 February 2014

BAGUS DAN TAHNIAH...

Kulliyyah Medic, INSANIAH
Admin dimaklumkan bahawa Kulliyyah Perubatan akan diserapkan dibawah INSANIAH. Bagus dan Tahniah....Kewangan INSANIAH akan kembali terbeban. Apa dah jadi dengan kerjasama dengan pihak MAHSA?? Admin tidak mahu mengulas berkenaan isu ini. Perkara ini sudah banyak kali dicakap dan ditegur tetapi tidak diambil peduli. Pengalaman lama masih tidak dijadikan pengajaran. Kita sebenarnya tidak diberi tempoh "bertenang". Segalanya hendak dibuat dengan cepat dan terburu-buru sehingga tidak diambil kira berkenaan kewangan INSANIAH yang tidak stabil. Keputusan terburu-buru inilah yang menyebabkan kewangan INSANIAH suatu ketika dahulu tunggang-langgang dan huru-hara. Admin nak beri peringatan kepada sesiapa sahaja di dalam INSANIAH.

SEKIRANYA MASALAH-MASALAH LAMA BERLAKU LAGI SEPERTI :-

1. MASALAH KELEWATAN PEMBAYARAN GAJI KEPADA KAKITANGAN
2. MASALAH KELEWATAN PEMBAYARAN PEMBIAYAAN PERIBADI KEPADA PIHAK BANK
3. MASALAH KELEWATAN PEMBAYARAN KERETA KEPADA PIHAK BANK
4. MASALAH KELEWATAN PEMBAYARAN RUMAH KEPADA PIHAK BANK
5. KAKITANGAN INSANIAH MENDAPAT AMARAN DARIPADA CRISS DAN CTOS
6. MASALAH PEMBAYARAN KEPADA PIHAK ZAKAT
7. MASALAH PEMBAYARAN KEPADA PIHAK KOPERASI
8. MASALAH KELEWATAN PEMBAYARAN MOTOSIKAL KEPADA PIHAK BANK
9. MASALAH PEMBAYARAN KEPADA PIHAK INSURANS SEHINGGA KAKITANGAN 
    MENDAPAT NOTIS LUPUS
10. KAKITANGAN INSANIAH MENDAPAT NOTIS MAHKAMAH

GBK tidak teragak-agak akan :

1. BERDEMO DEMI MENUNTUT HAK YANG DIABAIKAN
2. MEMBUAT LAPORAN POLIS
3. MEMBUAT LAPORAN KEPADA PIHAK SPRM
4. MEMBUAT ADUAN KEPADA PIHAK CUEPACS DAN MTUC
5. MEMBUAT ADUAN KEPADA PIHAK KPT
6. MENGHANTAR MEMORANDUM KEPADA YAB MB KEDAH

Kepada rakan-rakan GBK. Sentiasa update Blog Merah!!!

Tuesday 18 February 2014

SIAPA ITU????

Admin dimaklumkan bahawa terdapat salah seorang kakitangan sedang sibuk dan kalut untuk menjadikan INSANIAH ni swasta. Tunggu dulu. Selesaikan dulu pelbagai masalah yang berlaku dalam INSANIAH nii...selesaikan dulu hutang piutang kepada pembekal. Selesaikan dulu isu pelajar dan staf. Kuatkan dulu kewangan INSANIAH. Jangan dok kalut sangat....Siapa kah dia......????Admin ada jawapannya...gambaq pun admin ada....gambaq keta pun admin ada...gambaq kasut apa yang dia pakai pun admin ada, tumit tinggi ka...tumit rendah kaa...kiranya semua admin adalah.....;-) Nak dedah ke...tak payah la kot...kita tengok dulu...sejauh mana apa yang dia boleh buat....

MBJ....



ASSALAMUALAIKUM  YANG  BERBAHAGIA TUAN PENDAFTAR..

Terlebih dahulu, saya sebagai salah seorang kakitangan INSANIAH ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sikap Tuan Pendaftar selama ini yang sentiasa mempertahankan hak dan kebajikan kakitangan INSANIAH. Sesungguhnya kami warga INSANIAH berterima kasih diatas apa yang telah Tuan lakukan selama ini. Sesungguhnya, kami sangat-sangat menantikan seorang pegawai tertinggi yang sentiasa bercakap perkara yang benar dan telus. Cuma saya memohon jasa baik Tuan Pendaftar agar melaksanakan Mesyuarat MBJ agar kakitangan INSANIAH dapat menyuarakan rasa dan pendapat mereka kepada Pengurusan Tertinggi. Ini kerana MBJ sudah lama tidak dijalankan. Sekurang-kurangnya, dengan adanya MBJ ini dapatlah kiranya para kakitangan meluahkan apa yang terpendam selama ini. Adalah diharapkan perkara ini mendapat perhatian daripada pihak Tuan Pendaftar. Semoga Allah S.W.T. sentiasa bersama-sama tuan. Terima kasih…

Yang ikhlas
-YHJ-

Admin : Sangat setuju…..

Monday 17 February 2014

RAKAN-RAKAN GBK…DIMANA ANDA BERADA???




Lambang Keramat

Kemana menghilang??
Kepada semua penggerak-penggerak GBK…dimana anda berada sekarang?? Mengapa semuanya senyap. Adakah anda sedang lena diulit keselesaan. Adakah anda sedang berada dalam zon yang amat tenang. Sedarkah anda, perpindahan ke KKK semakin dekat? Mengapa hanya berdiam diri? Dimana 10 OKT KUIN. Dahulu anda disanjung, mengapa kini anda kelihatan murung? Kepada Tawfek, Jai, Sajiah, Asri, Arip……Apa yang sedang anda lakukan? Mengapa kehilangan Ustaz Azki, kita seolah-olah kehilangan segala-galanya??? Dimanakah roh GBK anda?? Adakah kita hanya berdegar-degar cakap dibelakang..tetapi apabila berhadapan..kita senyap dan tunduk membisu? Inikah pengakhiran perjuangan kita selama ini. Setakat inikah perjuangan kita yang kita bina selama ini?? Lakukan sesuatu untuk maklumkan kepada MB bahawa kakitangan INSANIAH sangat terkesan dengan isu perpindahan ini...Bangun....!!!!

Anda senyap…maknanya anda SETUJU dengan perpindahan…TAHNIAH!!!

Yang ikhlas : -YHJ-


Admin : Sedarlah wahai sahabat-sabahatku….bangkitlah….bangunlah…

Friday 14 February 2014

LAWATAN MB KEDAH MENZIARAHI EN. ASRI DI PMC

En. Asri dan keluarga bersama MB Kedah
 GBK menghargai keprihatinan MB Kedah yang telah menziarahi En. Asri di PMC pada 12 Februari 2014. Sebagai salah seorang pendokong GBK, kami mendoakan anda sihat sejahtera. Untuk MB Kedah, kami berbangga dengan anda. Admin juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mantan Pemangku Rektor iaitu Dato' Hajah Che Barni kerana sudi hadir melawat En. Asri di PMC pada 11 Februari 2014. Terima kasih dari warga INSANIAH.

UTUSAN MALAYSIA, 14 FEBRUARI 2014 (JUMAAT)

Utusan Malaysia, 14 Februari 2014
Benarkah apa yang dikatakan oleh penulis? Anda nilaikanlah sendiri....

AIU BAKAL DITUTUP?

Keratan Akhbar Mingguan Malaysia, 9 Feb. 2014
Mungkin INSANIAH boleh mengambil alih kompleks universiti ini. Admin dimaklumkan semua kelengkapan seperti asrama pelajar, perumahan staf, masjid berada di dalam kampus ini. Ini hanya pandangan admin. Siapa tahu, suatu hari nanti ianya menjadi kenyataan. Mari kita sama-sama berdoa. Perancangan Allah S.W.T lebih hebat dari perancangan manusia.



KUISAS BAKAL DINAIKTARAF SEBAGAI UNIVERSITI IPTA

Keratan Akhbar BH
Tahniah dari kami GBK. Pengurusan sangat-sangat memahami kehendak warga anda.

Tuesday 11 February 2014

IT KEMBALI LAGI...TERIMA KASIH IT....



Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Salam perjuangan….semoga rakan-rakan berada di dalam keadaan sihat. Admin melihat kedatangan kakitangan ke program yang dianjurkan samaada oleh INSANIAH ataupun tidak sangatlah membanggakan. Apa yang penting, sebagai seorang kakitangan INSANIAH….kita tidak menentang semua. Apa yang baik, kita ambil..apa yang tidak baik..kita akan tentang habis-habisan..” Admin menerima satu lagi email daripada pembaca setia blog merah…..INSAN TULIS…….mari kita sama-sama membaca ulasan beliau….

SWASTA ATAU KERAJAAN? IMPAK DISEBALIK DUA AYAT TERSEBUT KEPADA KAKITANGAN INSANIAH
Saudara blogger yang dihormati…

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan sakalung tahniah kepada kakitangan INSANIAH kerana sentiasa bersatu dalam segala hal dan keadaan. Apabila kakitangan kita ditimpa musibah, maka ramailah datang semata-mata untuk menziarah. Apabila rakan-rakan kita tidak sihat, kutipan derma dibuat tanpa disuruh oleh sesiapapun. Saya amatlah berbangga semangat yang ditunjukkan oleh kita semua, Tahniah saya ucapkan.

Pembaca blog merah yang dihormati..

Pada kali ini, saya akan membahaskan isu yang seringkali kita ucapkan iaitu adakah INSANIAH SWASTA atau KERAJAAN? Kita sedia maklum bahawa kita pernah bersusah-payah berjuang semasa kerajaan terdahulu salah satunya adalah kerana isu ini. Swasta atau kerajaan? Adakah kakitangan INSANIAH boleh menjawab isu ini. Tanyalah sesiapapun di dalam INSANIAH, sudah tentulah mereka tidak mampu menjawabnya dengan tepat. Isu inilah yang membelenggu kakitangan INSANIAH dari dulu sehingga kini. Kakitangan INSANIAH mungkin akan merasakan perubahan apabila kepimpinan baru mengambil alih, tetapi tekaan kita silap kerana pelbagai legasi daripada kepimpinan dahulu tetap diteruskan sehingga kini. Adakah semua kakitangan INSANIAH berasa tenang dan bahagia dengan kepimpinan yang ada sekarang? Adakah anda berasa apa-apa perubahan  sehingga kini?  Saya ada jawapannya…anda bagaimana?

Pembaca yang dihormati…

Beberapa impak daripada isu ini telah memberikan sedikit sebanyak kesan kepada kehidupan harian kita. Contohnya, pernahkah anda ingin membuat pinjaman peribadi di bank-bank tempatan? Apa yang akan mereka akan tanya terlebih dahulu? Apakah syarat yang ditetapkan oleh pihak bank kepada anda? Yang pertama sekali…pihak bank akan mengklasifikasikan INSANIAH sebagai kakitangan SWASTA. Betul? Yang kedua syarat seorang peminjam adalah anda perlu bergaji melebihi RM2000 sebulan. Betul? Syarat yang ketiga…anda perlulah mencari penjamin terlebih dahulu. Betul? Dah selesai ketiga-tiga perkara tersebut? Belum lagi…Giliran anda pula bertanya kepada pihak bank…bagaimana faedah yang dikenakan oleh pihak bank kepada kakitangan swasta? Tinggi?  Membebankan? Ya..sangat-sangat membebankan… Kerana apa…sebab anda adalah swasta…Mungkin perkara ini mudah kepada mereka yang layak. Tetapi bagaimana bagi mereka yang bergaji dibawah RM2000 sebulan? Bagaimana mereka cuba menyakinkan ahli keluarga atau para sahabat agar menjadi penjamin kepada mereka? Adakah pening dengan situasi ini? Tak perlulah anda pening…kerana kita sudah sedia pening dengan situasi ini. Ok…bagi mereka yang bergaji puluhan ribu, bagi mereka yang sudah mempunyai pencen tetap, bagi mereka yang segala-galanya hebat, tidak perlu khuatir dengan situasi ini. Tetapi bagaimana pekerja bawahan yang baru terkial-kial untuk memulakan kehidupan? Adakalanya membuat pinjaman wang boleh mengurangkan beban. Saya tidak menggalakkan kakitangan INSANIAH membuat pinjaman dengan pihak bank. Tetapi  dalam sesetengah situasi, pinjaman diperlukan terutamanya untuk menanggung kos perubatan, anak menyambung pelajaran, pembesaran rumah, perkahwinan dan sebagainya. Dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang, berapa banyak yang anda boleh simpan dengan duit gaji anda? Seribu? Dua ribu? Tiga ribu? Mereka yang bergaji tinggi tidak perlu memikirkan situasi ini, Tetapi bagi yang bergaji rendah, situasi inilah memberikan sedikit sebanyak gangguan dalam kehidupan. Kita bukannya bertaraf Dato’, Prof. hatta Encik pun bukan. Kita hanyalah pekerja bawahan yang hilangnya seringgit, mencari satu kampung. Kita tidak mempunyai PhD hatta Diploma pun tiada. Yang ada hanyalah sekeping sijil PMR ataupun SPM sebagai penyambung hayat untuk mencari peluang pekerjaan. Itupun kalau ada.

Saya tidak mahu mengulas panjang berkenaan isu ini. Sudah banyak perkara ini diketengahkan, namun sayangnya tiada jawapan. Pentadbiran kepala biawak dan ekor ular inilah yang menyebabkan isu ini terus menjadi polemik yang tidak berkesudahan. Yang mana menguntungkan INSANIAH AKAN DIKUTIP SATU PERSATU TANPA TINGGAL SEINCI PUN. Tetapi yang mana menguntungkan staf, akan ditinggalkan begitu sahaja tanpa khabar berita. Anda ikut Skim gaji kerajaan..Ya..betul. Tetapi bagaimana dengan pinjaman perumahan, pinjaman kereta, motor dan sebagainya. Adakah kakitangan INSANIAH menikmatinya? Tidak? Sudah lama kita tidak menikmatinya. Sayang seribu kali sayang…Anda pening dengan situasi ini? Saya pun pening? Kerana apa anda pening…kerana INSANIAH Swasta pun bukan…Kerajaan pun bukan…pening??? Habis tu…INSANIAH ni apa??? Kata P.Ramlee…” hantam sajalah….” Arghhhh….cukup…saya  pening dan pening….

 * saya berdoa kepada rakan-rakan kita yang tidak sihat agar bersabar dengan dugaan ini. Kepada Puan Kamaliah, En. Sobri dan En. Asri...banyakkan berehat..Makanlah ubat seperti disarankan oleh pihak doktor. INSANIAH masih memerlukan anda. Terima kasih.

-IT-

ADMIN : Peninggggg.....