SURAT
TERBUKA UNTUK YANG BERBHG. DATUK REKTOR
KOLEJ
UNIVERSITI INSANIAH
KAMPUS
KUALA KETIL
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sememangnya
kedatangan surat terbuka buat tatapan Datuk ini tidak diundang tetapi saya rasa
terpanggil untuk berbuat demikian memandangkan pengurusan Kolej Universiti
Insaniah di bawah naungan Datuk sedang menuju kehancuran.
Ingin
saya membawa Datuk untuk mengimbau kenangan pahit kakitangan dan pelajar sejurus
selepas kedatangan Datuk ke KUIN. Kedatangan Datuk ke KUIN dihadapi mereka dengan
perasaan bercampur-baur – antara suka dan duka.
(1) Suka kerana mereka sudah terlepas daripada cengkaman Dato’ Wira
Jamil Osman [JAZAN] yang selama lebih 5 tahun berada di KUIN telah menggunakan pentadbiran
kuku besi ala Hitler dan mengambil kesempatan penuh untuk menghancurkan satu
pusat pengajian Islam yang dibina atas dasar untuk menghidupkan ilmu berasaskan
Islam di rantau ini. Kehancuran yang dibawa oleh beliau itu ialah apabila lebih
45 program pengajian dibawa masuk tanpa satupun tinjauan pasaran dibuat untuk
melihat kebolehpasaran program-program yang baru diperkenalkan. Akibatnya,
lebih banyak kerugian yang terpaksa dihadapi daripada keuntungan yang diharap-harapkan.
Akhirnya, bermulalah episod kehancuran yang memberi kesan perit kepada kakitangan
apabila gaji lambat dibayar dan pembayaran kepada pihak ketiga tidak dibuat. Kakitangan
menghadapi kepayahan disaman bank dan institusi kewangan. Jadi, apabila
turunnya Dato’ Wira [JAZAN] pada ketika itu dan bangkitnya parti Barisan
Nasional di bawah kepimpinan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir, kakitangan merasakan
kebahagiaan sebentar cuma.
(2) Duka kerana
mereka mengharapkan sarjana Pengajian Islam yang datang untuk memimpin mereka
ke arah kecemerlangan. Sebaliknya, yang datang ialah seorang yang hanya
mempunyai ijazah Sarjana tiada PhD dan di dalam bidang Ekonomi pula. Keresahan
timbul pula apabila mereka mendapat tahu yang pemimpin yang mereka harap-harapkan
ini menuntut gaji yang terlalu mahal – RM40 ribu sebulan. Ini bukan satu amaun
yang sedikit, Datuk. Ditinjau gaji-gaji Naib-naib Canselor IPTS atau CEO IPTS
pun tidak sampai jumlah sebegini lumayan. Apakah hebatnya Datuk ini jika
dibandingkan dengan Profesor Jomo Sundaram, pakar ekonomi Universiti Malaya, atau
Profesor Emeritus Mohamed Ariff, MIER, misalnya? Sebenarnya, Datuk ini ibarat
“orang masuk bakul, angkat sendiri”. Anugerah CMO Asia yang Datuk perolehi itu
pun bukanlah satu anugerah berprestij
seperti yang diuar-uarkan. Lihat sahajalah para para juri dan panel yang berada
di dalam lembaga CMO Asia tersebut? Boleh dilihat hampir semua juri orang
negara INDIA. Apa hebatnya? Tak hebat pun! Calon calon yang bersaing pun dalam
kategori anugerah itu boleh dipertikaikan. Menang tanpa bertanding kah Datuk?
Bayar yuran keahlian mahal, penganjur kena ciptalah anugerah kan? Kakitangan
tidak sedikit pun merasa hairan dengan anugerah tersebut kerana kebahagiaan
mereka telah dirobek oleh dasar kepimpinan Datuk yang haru biru ini.
Yang Berbhg. Datuk
Sebenarnya terlalu banyak persoalan yang sedang
bermain di dalam kotak pemikiran semua kakitangan KUIN. Pelbagai janji yang
masih ditagih. Berikut kakitangan senaraikan apa yang perlu dijawab oleh pihak
KUIN (khususnya Datuk sendiri) yang selalu ditanya oleh kakitangan. Di antaranya
adalah :
1.
Mengapa sudah berpuluh-puluh MOU telah
ditandatangai oleh pihak KUIN bersama pihak luar, tetapi apa yang berlaku
sehingga kini? Apa sudah jadi dengan perjanjian persefahaman Universiti
Alexandria, Mesir? Apa sudah jadi dengan Yayasan Pondok Malaysia? Apa sudah
jadi dengan Council of Islamic Chinese Relations? Apa sudah jadi dengan IAIN
Samarinda Indonesia? Apa sudah jadi Datuk? Kenapa tiada khabar berita? Apa
strategi Datuk dengan berpuluh-puluh MOU yang sudah Datuk tandatangani itu?
Jangan hanya mempamerkan MOU tersebut di almari kaca Datuk sahaja.
2.
Bagaimana perkembangan Sekolah Bestari? Khabarnya
sekolah tersebut telah dijual. Di manakah wangnya, Datuk? Berapa harga
jualannya? (Kakitangan pun ingin tahu juga). Mengapa satu ketika dahulu Datuk
beriya-iya benar untuk meneruskan sekolah itu walaupun diketahui ramai tidak
produktif, umpama “memikul biawak hidup”. Kenapa Datuk?
3.
Bagaimana dengan program Kejuruteraan dan
Multimedia Kreatif yang menelan belanja ratusan ribu ringgit? Kalau mahu
hentikan program-program tersebut mengapa pula dilantik Dekan yang baru
dan tidak pula diambil di kalangan staf
akademik sedia ada? Mengapa, Datuk?
4.
Di awal kedatangan Datuk, masihkah Datuk ingat
apabila Datuk dan team Datuk mensasarkan KUIN menjadi Universiti penuh pada
tahun 2015 tetapi sekarang telah dianjak
kepada 2016. Tak malukan Datuk ubah-ubah? Itu tanda tiada yakin dalam
kepimpinan. Tidakkah cukup pakar-pakar yang ada di KUIN untuk merealisasikan
hasrat ini? Mana pakar Ekonomi? Mana pakar Maqasid Syariah? Mana pakar
Perbankan Islam? Mana pakar Pendidikan? Mana Pakar Kaunseling? Mana pakar
Pengajian Islam? Di manakah mereka yang boleh mendokong hasrat Datuk ini? Adakah
mereka masih tetap di belakang Datuk? Mengapa kakitangan lihat yang lahir
adalah pakar cabutan minit dan pakar putar belit pengurusan HEA?
5.
Penyampaian akademik di KUIN masih di takuk lama.
Pendaftaran subjek masih lagi tunggang langgang, jadual waktu masih lagi
bertindih. Mana mungkin hasrat Datuk ini tercapai jika perkara asas ini masih
terkial-kial untuk diselesaikan. Mana mungkin, tak begitu, Datuk? Atau memang
Datuk yang pencetus penggemar budaya begini di ipt ipt tempat Datuk bekerja
sebelum ini?
6.
Sasaran pelajar asalnya sebanyak 9000++ jika
pindah ke Kampus Kuala Ketil, apakah sasaran ini telah dicapai? Ataupun sasaran
ini perlu ditangguhkan lagi dan lagi? Sasaran di atas kertas adalah sangat
mudah untuk dilakukan, tetapi realitinya cukap sukar untuk dilaksanakan. Dan
Timbalan Datuk selalu pula merungut sasaran pihak kewangan sebanyak 2800
pelajar terlalu tinggi. Apa sudah jadi dengan jumlah pelajar 9000++ yang Datuk
sasarkan di awal kedatangan dahulu? Mengapa tidak kesampaian, Datuk?
7.
Kemasukan pelajar dicanang seolah-oleh mencapai
sasaran tetapi kenapa pula tidak Datuk dedahkan % pelajar yang berhenti? Dengar
kata ramai yang keluar. Mengapa, Datuk?
8.
Isu penyelenggaraan seperti rumput, tandas, lif
dan sebagainya tampaknya masih haru biru dan kelam kabut. Kemunculan ular
tedung di halaman kampus Datuk bakal menimbulkan kegusaran para waris. Jika
mereka dikhabarkan pula dengan angin yang mengatakan ada kakitangan dipagut
ular, bayangkanlah apa persepsi masyarakat terhadap pengurusan Datuk. Janganlah
Datuk letakkan tanggungjawab itu kepada pihak Pembangunan atau mana mana pihak
sekali pun. Dengan gaji yang lumayan itu, Datuklah yang bertanggungjawab penuh
ke atas semua permasalahan ini. Bukankah begitu, Datuk?
9.
Perpindahan kakitangan dari Alor Star ke Kuala
Ketil meruntun emosi lebih separuh kakitangan Datuk. Ada yang terpaksa
berulang-alek dengan gaji yang entah seberapa, bukan macam gaji Datuk RM40k.
Ramai pula yang merungut terpaksa menaiki kenderaan awam dan bangun seawal 4
pagi untuk bersiap ke pejabat di Kuala Ketil. Ada pula yang mengadu sakit
belakang dan demam deman dek kerana terpaksa berulang-alik saban hari. Kontrak
penyambungan bas dari Alor Star ke Kuala Ketil juga masih samar-samar.
Kasihanilah kakitangan Datuk yang mengharapkan sesuap nasi berhempas pula dalam
dingin pagi untuk datang ke kampus hutan belantara Datuk ini. Seperkara lagi, Datuk
pernah menjanjikan perumahan kakitangan kepada kakitangan. Tetapi janji tetap
hanya tinggal janji. Di manakah perumahan kakitangan tersebut? Janganlah mereka
disuruh membayar 700-800 ringgit setiap bulan menyewa di kawasan Kuala Ketil
(yang begitu mahal kos sara hidupnya akhir akhir ini). Di manakah penghujungnya
isu perumahan kakitangan ini, Datuk?
10. Tidak
cukup dengan bebanan-bebanan seperti disebut tadi, Datuk tergamak memaksa kakitangan
untuk mengeluarkan wang yang tidak seberapa itu untuk menderma pembinaan surau
KUIN, berbelanja untuk jamuan Aidil Fitri 2015 dan segala macam derma yang
Datuk minta kakitangan beri kepada KUIN. Tidak cukupkah Datuk minta
kakitangan berkorban berpindah randah satu ketika dahulu dengan wang
ringgit poket sendiri. Tidak cukupkah pengorbanan kakitangan Datuk?
Mungkin inilah nasihat yang ingin disampaikan oleh
kakitangan kepada Datuk. Janganlah lena dibuai gah kejayaan anugerah-anugerah
yang dikatakan berprestij. Contohnya sudah jelas anugerah CMO itu bukan satu
anugerah yang boleh dibanggakan pun. Lainlah kalau anugerah daripada Universiti
Cambridge atau Oxford atau Harvard atau Al Azhar. Barulah gah, Datuk.
Yang Berbhg. Datuk
Silalah Datuk fikir-fikirkan lah apa yang diperkatakan ini. Datuk sebenarnya gagal membawa KUIN ke mana
mana. “Balik balik duk tang tu juga” kata orang Kedah. Semboyan telah berbunyi.
Datuk fahamlah siren yang dibunyikan menandakan Datuk sudah tidak diperlukan di
sini. Tidak perlulah menghantar Prof Che Ani Mad untuk mengirim surat sokongan
para Dekan kepada YAB Menteri Besar bagi memastikan kerusi jawatan Datuk di
KUIN terjamin. Masih ramai yang boleh dan mampu menggantikan tempat Datuk.
Masih ramai lebih layak, percayalah!
Terima kasih kerana sudi membaca
luahan ini, Datuk.
insan
peka tapi tak lena....